Wednesday, November 25, 2009

Daging salai lemak kuinin

Menggigil nak siapkan mknn ni. Bkn kerana perasan sedap hehehehe tp sbb bau kuinin tu sgt la terliurnya.

X yah resepi la ye. Salai je daging tu. MJ x de la berarang2 bagai...salai atas dapur gas je. Pastu hiris2. Masak je macam masak lemak kuning biasa tu. Kot nak pedas2 sikit, tumbuk je cili api. Pastu dah mendidih campak je kuinin yg dah dipotong2. Nak guna mangga muda pun blh yo. Ikut le tekak memasing. Tp jgn la cr yg dah ranum sgt. Nnt lembik sgt x sedap lak nak mkn..

Tuesday, November 24, 2009

Asam Pedas Melaka

Menu ni MJ cuba dah lama...cuma x sempat2 nak update...byk sgt menu yg q utk i upload di sini. Cikun dengan izin dari blog k.Ina KL. Saja nak bertukar selera dengan yang biasa buat. Ok, sedap jugak cuma hari tu termasam sikit. Seronok sgt curah air asam jawe ngeeeee....

MJ cnp je dr blog k.ina. Malas plak nak menaip banyak2..angin meng'update' blog belum marii..
  • 5 keping ikan pari-nak ikan lain pun boleh (hari tu MJ guna ikan tenggiri)

Bahan tumbuk/kisar

  • 6 biji bawang merah-
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 8 sudu makan cili kisar
  • 2 batang serai-dititik

Bahan tumis

  • 1 bawang besar-hiris
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa ikut keperluan
  • air ikut keperluan
  • 1 biji tomato di belah 4
  • 5 biji kacang bendi
  • 2 bunga kantan-dibelah 2
  • se cekak daun kesum
  • minyak masak secukupnya
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan bahan kisar/tumbuk kecuali cili dan biarkan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan garam, kacau sehingga pecah minyak atau cili masak.
  3. Masukkan air asam jawa dan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.
  5. Rasa garam dan masukkan tomato dan bendi.
  6. Bila mendidih terus padamkan api.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas

Wednesday, November 18, 2009

Angkara seekor nyamuk

Blog ini tidak dapat di update buat sementara waktu kerana kesuntukan masa menguruskan my DH yg dimasukkan ke Hospital Serdang semalam 17 Nov 09 disebabkan denggi. Last platelet reading tghr smlm drop 62 (normal for adult men :150-400). Mohon doakan kesihatan beliau.


*Nnt MJ update gambar2 DH masa admit hr tu. Skrg DH dah ok & menghabiskan MC yang diberi oleh hospital.

Friday, November 13, 2009

Kek pisang lembab CMG

My passion in baking........Wah konon...apa2 pun terima kasih kepada encik MG sbb sudi berkongsi resepi dengan rakyat jelata. Murah rezeki hendaknya dgn perkongsian ilmu ini...mintak izin berkongsi selera dan C&P dgn pengunjung blog saya ye..Hasil kek ni MJ kirim sikit kat my youngest SIL, balik cuti semester baru2 ni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2.
4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

Monday, November 9, 2009

Nasi minyak Puteri Saadong

Hari tu saje2 mencari2 resepi2 nasi. saja nak menjamu kelaurga di hari minggu dengan menu yg jarang2 dibuat masa hari kerja..sedap jugak nasi ni..saya sgt sukah!! MJ godek umah k.ummi nun jauh kat Kuantan. K.ummi mintak izin ye kopipes kat sini..memang sedap.

Nasi ni sebenarnya warna mcm merah2 sikit sbb ada guna sos kan...tp disebabkan kamera kitorg tu 'canggih' sesgt, x tau la apasal kaler dia jadi camni..cuba la ye..

Bahan2nya:-

5 cawan beras basmathi (mcm biasa MJ x guna basmati)

5 cawan air (air ni sukat la ikut kebiasaan kita masak nasik)

5 sudu makan minyak sapi

5 sudu makan sos tomato

5 sudu makan sos cili

2 biji bawang besar - mayang

2 sudu makan kismis

2 sudu makan bawang goreng

2 helai daun pandan


Bahan Rempah Tumis:-

5 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis


Cara Memasak:-
1.Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan rempah bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu.

2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air.
Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama-sama dengan daun pandan.
4. Biarkan hingga mendidih, barulah dimasukkan beras. Kacau rata.
5. Kemudian masaklah seperti masak nasi biasa.

6.Taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi apabila nasi telah kering. Gaul perlahan. Hidangkan dengan lauk kegemaran

Nota hujung entry:
Hari tu masak nasi ni dia mcm x cukup air. Keras2 gitu. Pastu MJ teringat kawan masa study dulu kata, klu nasi x cukup masak (kurang air), letak cawan yg ada air dlmnya dan tahan panas kat tengah2 nasi dlm periuk tu. Tutup permukaannya periuk dgn foil paper dan tutup penutup rice cooker tu. Biarkan nasi dlm setting 'keep warm' dalam 20 minit gitu atau sehingga ia lembut dan blh dimakan. Insya-Allah ok.

Selamat Hari Jadi Mysara


Moist choc cake (2 layer)
+
Choc sponge cake (1 layer)
+
Ganache + bc

Tempahan dari Puan Hasnah hari sabtu lepas untuk anak saudaranya. Surprise party katanya! Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada akak dgn tempahan ini. Sorry ye mcm x berapa kemas sbb order last minute sgt. Akak x cukup masa nak mendeco elok2. Next time kalau sudi blh order lagi tp order la awal2 sikit ye:D

Kepada Mysara:
"Didoakan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan nnt. Selamat ulang tahun ke17"

Friday, November 6, 2009

Kek Kurma Kukus

Tayang gambar dulu.........

Ini edisi memperabihkan stok kurma puasa hari tu..Walaupun operasi ini berjaya, kitorg ada sekotak lagi dlm peti ais..argghhhh bila nak abis....

Resepi dia sama mcm kek prune kukus, cuma gantikan prune dgn kurma. Klu kurma yg jenis kering, kukus seketika untuk memudahkan isinya diblend. Cubalah..Sedap jugak. Bawa opis sikit, DH bw sikit gi workshop dan selebihnya habuan kami di rumah.

Hakimi @ Jabatan Rehabilitasi

Ni sebenarnya 2nd time appointment. Yg 1st time, DH yg attend. So, gilir2 la kan..Kang ada plak kata "Ko ingat ni opis abah ko ke suka2 nak kuar tiap2 bulan" hehehe..manalah tahu kan..kita makan gaji..

Ok date appointment 4/11/09 9.30pg. Bgn pagi je abg dah nangis2. Kena kejut tidur pastu kena paksa mandi. Kesian plak. Tp nak buat cemana, klu x asuh dr sekarang bgn pagi, nx yr dah nak masuk pre-school. Maka, akan berlakulah adegan tarzan dlm hutan di pagi hari...waaa sana, waaa sini...eiii x leh nak imagine nx yr cemana rupa MJ pepagi hari..

Sampai kat jabatan tu, kena tunggu utk nama dipanggil. Kebetulan dlm deretan kat tempat menunggu tu, ada sorg ibu bersama anaknya yg 'tidak sihat'. Duduk atas wheel chair. Nampak mcm dah umur 5/6 tahun. MJ perhatikan gelagat anak dan ibu itu..entah kenapa tetiba terasa sebak n x sedar air mata mengalir. Anak OKU tu terkial2 mahu keluar dari wheel chair dia. Tp dipasangkan ibunya pengikat pada kerusi tu. Dia x bersuara, cuma buat bunyi2 sahaja dan tergapai2 menarik2 tudung ibunya utk bgnkan dia dr kerusi tu...wohhh MJ rasa nak je peluk ibu tu. Tabahnya dia menguruskan anak sebegitu. Maha Suci Tuhan, aku bersyukur krn aku tidak diuji sebegitu. Anakku sempurna zahir dan batin. Cuma growth development agak terganggu.

Aksi budak x diam sebelum tunggu sesi bermula

Sampai masanya, nama kimi dipanggil. Kami diarahkan ke bilik terapi (fizikal). Terapi ini utk improve fine motor kimi. Mula2 gi bilik lampu (Pelatih tu ckp tu nama bilik). Ada 3 org dlm group kimi. 2 lelaki dan sorg perempuan. 2 org bermasalah autistic dan kimi doktor x diagnose apa2 lagi. Masuk bilik lampu tu, ada juraian2 lampu dlm tube(mcm kat kedai mkn selalu diorg buat deco tu) tp ni jenis halus2 mcm mee. Bilik digelapkan...cuma ada chy pada juraian tali tu dan mat yg berlampu2. Diorg pasangkan slow music. Budak2 tu disuruh masukkan bongkah dlm slot kecik n muat2 saiz bongkah tu. Nampak cam senang je..tp diorg kadang2 blh masuk slotnya kadang2 x blh. nampak cam simple je diorg ajar..tp itulah latihan utk mereka.

Kemudian kami dibawa ke bilik lain. Kimi kena masuk dlm 'kolam' tp dipenuhi bola2 plastik yg berwarna-warni. Abg mmg takut dgn 'kolam' camni. Pernah try bg dia main masa kat Bukit Tinggi..Mmg dia menjerit n menggelupur takut..aparaaa..Pastu pelatih tu angkat jugak dia, masukkan dlm kolam tu, waaaa aku rasa 1 blok tu dgr dia menjerit2 takut n nangis2..Last sekali, pelatih ckp, 'mak masuk sekali dlm kolam tu. tgk cemana' aaa sudah. Dah la pakai baju kurung, nak masuk plak dlm tempat2 camtu..aduuuhaii..tp sbb kimi, mama terjun gak dlm kolam tu..malu beb! Alhamdulillah lps tu kimi blh plak siap x nak balik lg. cis sungguh! Habis sesi date baru diberi, which is nx month.

Seronok plak aku rasa sesi yg ni hahaha..Emm senang juga dlm berkongsi cerita dgn ibu2 yg dtg pada hari tu. Semuanya faham keadaan masing2. Ada sorg yg autistic tu, berkali2 ulang salam pelatih2 tu. Kelakar pun ye jugak. Ok sambung cite kimi nx month nnt.

Masak lemak ketam

Tersangat la bznya minggu ini. Hari ni br dpt nak upload cite baru. Menu ni dah lama buat tp dek kebiziaan yg melampau2, br hari ni sempat buka bahagian 'NEW POST'. Ala menu biasa2 je nak tayang. Antara 'haiwan' yg MJ x suka makan. Bukan apa, leceh nak mkn ketam ni..kena gigit2 sana-sini..Crab stick x pe, senang, tinggal ngap je. Ok kita layan gambar dulu..

X yah la resepi la ye..masak macam masak lemak cili api tu tp x yah la bubuh cili api. Cuma klu suka pedas2 sikit, tumbuk le sekali cili api tu 3/4 biji.

Sunday, November 1, 2009

Roti inti sardin

Idea ni sbnrnya MJ olah dari blog2 orang dan operasi memperabihkan stok fridge. Rasanya dari blog k-ina kl ideanya. X sure plak. Kebetulan plak DH bawa balik roti frankfurter sebungkus. Ada la dlm 12 ketul kalau x salah. Lama sgt pun roti tu bertapa. Kena habiskan cepat sbb takut expired. Disamping tu, nak clearkan stok2 yg menimbun dlm peti ais..waaa byknya barang entah apa dlm fridge ku itu...rimas mak!

Bahan2 'menyadin':
1 tin sederhana besar sardin dlm tin
1 biji bawang besar - potong dadu
2 biji bawang putih - hiris
1 sdk cili giling - saje nak bg pedas2 sikit, x nak bubuh pun x pe
1@2 biji Limau kasturi - ambil jusnya
mayonis

Caranya 'menyadin':
- Tumis bawangan hingga kekuningan.
- Masukkan cili boh. Kacau agak2 cili dah masak, masukkan sardin dan sos2nya sekali.
- Balik2kan sardin dan kacau hingga mendidih sambil di hancur2kan dengan sudip. Jika anda suka garam lebih, masuk la sikit. Klu x suka, x pe. Masukkan mayonis secukupnya dan gaul.
- Masukkan perahan limau kasturi. Siap dan sejukkan seketika.

Cara 'meroti sardinkan':
- Kerat 2 roti tu. Ambil sebelah dan buatkan lubang pada bhgn tengah roti (diameter roti). Bkn pada bhgn atas roti ye puan2...paham ke instruction ni. X paham, angkat tangan..
- Lubang tersebut jgn sampai tembus ke hujungnya. Ok, sumbatkan sardin yang telah disediakan pada awal tadi.
- Pecahkan telur dan celupkan roti ke dalam telur tersebut.
- Gaul dengan bread crumb dan masak atas non-stick pan atau kuali leper sbb menu ni MJ rasa x sesuai digoreng sbb bun akan meresap minyak yang banyak. So, balik2kan sahaja roti di atas pan sehingga telur yg disalut masak. Buat sehingga semua bun selesai. Selamat mencuba.

Nasi minyak hujan panas

Dah banyak kali buat tp baru kali ni sempat n teringat nak snap gambar. Nasi ni korang blh bubuh apa-apa warna yg digemari. Tapi yang kali ni MJ malas nak bubuh banyak kaler. So, titikkan kaler 'orange brown' je.

Biasanya nasi2 begini org suka guna beras basmati. Lebih sesuai gitu. Tp kitorg jarang nak beli beras ni sbbnya jarang2 angin rajin ku dtg untuk masak nasi sebegini rupa. Nanti terbuang je berkulat beras tu. So, MJ hanya guna beras biasa tu je. Jom tgk bahan2 dan cara menyediakannya..

Bahan-bahan:
4 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 sekawan (Bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
1" halia
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar minyak sapi
seketul kiub ayam
sedikit garam

Bahan2 lain (optional):
Pewarna
kismis
gajus - panggang dulu
daun sup/bawang
bawang goreng

Cara2nya:
- Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi. Tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau.
- Masukkan bawangan yg dihiris. Kacau hingga kekuningan.
- Masukkan beras dan gaul seketika.
- Transfer semua tu ke dalam rice cooker.
- Masukkan air dan susu. Kalau agak2 air tidak mencukupi tambah sikit. Ikut sukatan mcm biasa korg masak. Ataupun guna jari pun blh...eh mcm iklan syampu
- Masukkan kiub ayam (yg ni MJ hancurkan dulu supaya cepat larut dan sebati), garam. Kacau rata dan masak.
- Apabila nasi telah masak, biarkan dalam 5 minit. Jgn terus gaul sbb nnt nasi tu mcm patah2. X cantik. Kemudian barulah titikkan pewarna yg digemari. Jgn bubuh byk sgt...nnt jadi nasi hujan ribut pulak sbb kaler meriah sgt. Gaul2kan. Tabur gajus dan kismis. Gaul lagi.
- Angkat dan taburkan hirisan daun sup serta bawang goreng.
- Hidangkan.