Friday, March 11, 2011

Chocolate Peppermint Cake

Ini semua hanya cerita-cerita basi yang dikorek2 dari memory hp yg murahan itu. Maaf la gamabr x berapa cantik n hebat kan..hehehe. Resepi ini MJ jumpa di blog En. Mat Gebu. Tu yang teringin nak try sbb cam tertanya2, cemana kek rasa mint. Aiskrim atau pun gula2 dah biasa sgt kan kita rasa :D. Tu yang bersemangat nak try jugak kek ni. Cuma En.Mat buat nampak gebu n lembab. Maybe dia simpan semalaman baru potong kot..memandai je teori aku ni:p

Ok ini resepi yang MJ C&P dari blog beliau. Dah mintak izin tp lama dahhhh....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
120 gram gula halus
1/2 camca besar ovallate
15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
1 camca besar serbuk koko*
1 camca teh coklat emulco*
1/2 camca teh esen vanilla*
3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Sedikit pewarna hijau
3 titik perisa pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  4. Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
  5. Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...

No comments: