Wednesday, April 20, 2011

Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

Actually I wish to have 1 hr extra everyday:p, just to update my blog. Yes, i have not much time lately to update my blog. Kesian saya:( But, when i think of my pregnancy that already reach 32 weeks, I cannot wait to complete just another 8 weeks!!! Huhuuuuu..So no need the extra 1 hr lol hehehhe..

Ok, the info(s) below here are for me and those who are looking more tips about breast feeding. kali ni nak pulun jugak...harap2 berjaya. Dear friends, readers and sedara-mara ai. I really need more info or tips about this. If you dont mind, please share with me:)

Copy and paste from http://mimialya.blogspot.com/search/label/pengurusan%20susu%20ibu

PENYIMPANAN SUSU IBU (EBM)
Pendahuluan:
Susu ibu yang diperah boleh disimpan. Ia mengandungi sel hidup dan perlu disimpan dengan kaedah yang betul bagi memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu mempunyai bahan anti-bakteria menjadikan susu ibu kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

Bekas plastik atau botsusu bebas BPA (Bisphenol-A)s kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)


Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu.

Tempoh Penyimpanan EBM
  • Suhu bilik (19 hingga 26 °C), ( Sehingga 4 jam )
  • Bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), ( Sehingga 12-24 jam )
  • Peti sejuk (kurang 4 °C), ( Sehingga 7 hari tetapi bergantung kepada keadaan cuaca, tetapi di Malaysia sehingga 2-3 hari))
  • Peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), (1 pintu - tahan sehingga 2 minggu, 2 pintu - tahan sehingga 3 bulan dan sehingga 6 bulan
Cara Penyimpanan Susu Ibu - Expressed Breast Milk (EBM)
  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh bersih (menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan)
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • Susu yang baru diperah sebaiknya disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Cara mencairkan susu perahan yang sejuk @ beku
Pendahuluan
Suhu yang terlampau panas boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu perlu dicairkan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.


Langkah-langkah:
1. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk
  • Lalukan bekas / botol susu di bawah aliran air paip beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air suam ( Sukatan: 2 bahagian. air panas + 1 bahagian air sejuk).
Nota: Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika. Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan perlahan botol beberapa ketika untuk menyamaratakannya. Peringatan: Jangan goncang terlampau kuat dan panaskan susu terus di atas api dapur , microwave oven dan didihkan susu perahan kerana ia boleh merosakan komposisi nutrien yang terdapat didalam susu ibu!!

2. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan harian) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam (supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. dan akan menjimatkan masa)
  • Ikuti langkah seperti diatas.

** Boleh juga menggunakan Pemanas (Warmer) untuk memanaskan EBM
Nota
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan
  • Cair dan panaskan susu perahan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (w/pun tidak diminum oleh bayi). Ia perlu dihabiskan dalam masa 1 jam.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Ia perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 2-3 hari (Bergantung kepada suhu sesuatu tempat, Jika di barat, ia bertahan sehingga 7 hari).