Thursday, February 25, 2010

HM Choc n cheese cake order

Penat gak bulan ni..every weekend mesti ada aktiviti memenuhi tempahan org. dr coklat sampai la ke kek. Alhamdulillah, Tuhan bg rezeki lebih sikit bulan ni...:D

Mula dengan tempahan dari my lil C's- Capt. Pait (200 pcs). Kononnya untuk diberikan pada rakan2 pejabatnya bg mewar-warkan kelahiran puteranya. Suruh buat pelbagai bentuk n perisa. So layan je. Tanya gak, kenapa x buat kenduri cukur jambul..pastu dia kata, x yah tu sume bidaah. Zaman nabi x buat!...katanya gitu. Terkedu i yg kurang ilmu ni hahahaha..

Ok ni gambar sebahagian tempahan sebelum packing.

Selepas packing..TQ le sudi menempah dr kakak mu ini..

Next order ciskek plak..

Tempahan dari kawan lama MJ. Nama dia Siti Khadijah tp panggil Cat je. Auntie ni la yg rajin melayan anak2 kami di stable....you can reed more here..So bila Cat tempah, MJ bgtau anak2 Adam yg kek tu Auntie Cat yg order..wahhh x renti2 sebut kuda la, carrot la...Kek Cat ni MJ puas cari patung kuda, tp x de stok. So buat cam stable je n kuda ala-ala dah larik gitu hahahaha...

Tempahan seterusnya dari officemate MJ - En. Mayudin. X request apa2 design. Katanya utk makan2 dgn keluarganya sahaja.

Terima kasih atas tempahan semua dan memberi kepercayaan kepada saya untuk menyediakannya. Harap2 berpuashati la semua customer2 MJ: D.

Kerabu tomato & ikan bilis

Hadoiiii MJ masih lagi batuk sesema. Byk dosa kot tu yg lambat sgt nak baik hahahaha..X pe la. moga2 penyakit2 itu menghapuskan dosa2 MJ yg secara sedar atau tidak melakukannya:D Amin..

Jadi, bila badan x sihat ni, menunya kalau blh yg ringkas2 tp nak gak pilih yg masam2. Tekak x merasa sgt la. Masakan 2 minggu ni pun x tau la cemana rasa sbb bila test masa masak tu pun deria rasa cam x respon je disbbkan hidung yg tersumbat.

Buat sikit je sbb MJ je suka meratah menu2 gini. DH x de, keje.

Senang bangat mahu menyediakan menu begini:
- Goreng ikan bilis hingga garing dan asingkan.
- Hiris bawang merah, tomato, cili padi. Campurkan bersama ikan bilis.
- Perah limau kasturi/ limau nipis/nampla.
Dah siap....

Monday, February 22, 2010

Nasi Lemak Pandan

Jumpa resepi ni kat umah k.nur. Tp sayangnya masa buat ni MJ x pandai nak agak brp byk daun pandan nak guna sbb buat separuh dari resepi k.nur. Pewarna hijau plak, blh kehabisan. Tu yg nampak x berapa nak hijau nasil lemak ni hahahaha..tp apa2 pun mmg sedap n harum.

Bila makan nasi lemak x de telur rebus, timun, rasa mcm x lengkap je. Tp disbbkan kedai jauh sgt, MJ belasah je la apa yg ada kat dapur untuk menambah selera.....errr MJ sebenarnya;p

Ok resepinya MJ C&P je dr blog k.nur. Minta izin ye kak share dgn tetamu blog saya..Tks for sharing such a delicious recipe.

Nasi Lemak Pandan ~ Hajah Zahara Sudi


Bahan-Bahan:
1 kg beras basmati (cuci bersih dan ditoskan)
5 helai daun pandan yang lebar di kisar dan ambil air nya.
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih (kalau ingin menggunakan santan kotak, kita perlukan tiga kotak).
1/2 batang serai
2 cm halia
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah kecil
garam secukup rasa


Bahan-bahan sampingan untuk menghidang:
3 batang timun (di kupas kulit nya dan potong serong)
sambal tumis untuk nasi lemak
1 kg ikan selar kuning - di goreng
1 kg kepak ayam - di goreng
250 gm ikan bilis dan segenggam kacang tanah - di goreng
Beberapa keping rempeyek atau keropok belinjau
Beberapa helai daun pisang



Cara- Cara:
1. Serai, halia, bawang putih dan bawang kecil, dititik, dipecah2kan dan di-ramas.
2. Satukan bahan-bahan yg diramas dengan santan dan garam kedalam periuk.
3. Gaul rata dan masak sehingga naik wapnya.
4. Kemudian masukkan beras yang ditoskan tadi.
5. Kacau rata dan masak hingga tanak.

Friday, February 19, 2010

Hantaran untuk Cik Yam

Ahaksss lupa plak nama betul anak jiran MJ ni..selalu panggil 'Yam' je. Hantaran sempena majlis pertunangan beliau pada 15 Feb 2010 yg lalu. Tema putih + silver. So coklat tu dibuat ikut tema bunga2 yg diberi dan tema majlis. Semoga pertunangan berakhir dgn ikatan yg sah sebagai suami dan isteri. Amin

Thursday, February 18, 2010

Kangkung goreng belacan

Hari cuti CNY baru ni, DH bw kami sekeluarga gi tgk Pameran Mamalia kat Presint 15 Putrajaya. Saja layan anak2 sambil2 mencari tempat2 yang sejuk. Panasnya Selangor masa cuti hr tu. Sampai demam2 MJ dibuatnya.

Kat pameran tu ditunjukkan binatang2 mamalia (replika je). So anak2 adam blh la pegang2 replika tu. Ramai betul ibubapa yg bawa anak2 ke pameran tersebut. Apa yg best, MJ br tau ada binatang yg dinamakan KONGKANG. Mula2 MJ nak letak entry ni tp dgn nama yg terbalik. Kangkung -> Kongkang. Tp bila dah tahu itu adalah sejenis spesis monyet yg tidak berekor, berjalan dgn perlahan dan berhati, terus x jadi nak samakan makanan dgn haiwan itu hahahaha..

ok, sudah2 tu kekarutan MJ kali ini. Jom jenguk bahan dan cara penyediaan sayur yg mudah ini. Ni cara MJ tau..kalau sudi try le.

Bahan-bahannya:-
  • Seiikat kangkung - dipotong mengikut kesesuaian
  • 2 biji Bawang merah- ditumbuk bersama *
  • seulas bawang putih - ditumbuk bersama *
  • 1sdt sedikit belacan yg telah dibakar dan hancur2kan sedikit (qty belacan ikut la selera memasing n byk mana kangkung yg nak dimasak
  • garam secukupnya
  • 1 1/2 sdt sos tiram
Cara-caranya:-
  1. Tumiskan bawang yg telah ditumbuk.
  2. Masukkan kangkung dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Masukkan belacan dan sos tiram. Gaul sekata.
  4. Perasakan garam.
Siap! Mudahkan...

Wednesday, February 17, 2010

Coklat & Orange Marble Cake

Gong Xi Fa Chai...pada yg menyambutnya. Banyak dpt limau mandarin?..MJ pun sama. Yg kat opis ni sampai x larat2 nak makan. Tu ke yg menyebabkan MJ batuk skrg nih? Hmmm x sure plak..ok meh perabihkan limau2 tu..

C&P dari blog k.jun yummylicious..mintak halal ye kak tepek kat sini. Anak2 Adams agak kureng sikit dgn kek ni. Maybe x memenuhi citarasa mereka. MJ ok je, semua bedal hahaha..

Bahan-bahannya:-
•175 gm gula castor
•175 gm mentega (tanpa garam) - suhu bilik
•175 gm tepung naik sendiri
•1 sudu teh baking powder
•3 biji telor saiz besar - dipukul sikit
•1 sudu besar fresh orange juice
•2 sudu teh parutan kulit oren
•1 sudu besar serbuk koko - dibancuh dengan 2 sudu besar air panas

Untuk Topping:
•100 gm plain chocolate (cooking chocolate)
•15 gm mentega
•1 sudu besar golden syrup
•sedikit parutan kulit oren untuk hiasan

* Untuk topping MJ buat simple je - Didihkan 200ml whipping cream, kemudian masukkan 300 g coklat masakan yg telah dihiris. Kacau sampai larut, last baru masukkan sesudu besar butter. Double boil ye proses ni sume.

Cara Membuat:-
1. Sediakan loyang 18 x 25 c, (7 x 10in) yang telah digris dan dialas dengan baking sheet.
2. Masukkan gula, mentega, tepung, baking powder dan telor ke dalam mangkuk besar.
3. Pukul dengan electric mixer selama 3 - 4 minit sehingga putih dan berkrim.
4. Pindahkan sebahagian adunan ke dalam mangkuk lain. Campurkan dengan orange juice dan parutan kulit oren tadi. Kacau rata.
5. Dalam adunan yang sebahagian lagi, campurkan pula bancuhan coklat tadi. Gaul rata.
6. Tuangkan adunan oren ke dalam loyang dan diikuti dengan adunan coklat. Buat pusingan marble dengan menggunakan pisau. (akak guna chopstick je).
7. Bakar pada suhu 180C selama 35 - 40 minit/hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan biarkan kek selama 5 minit, kemudian keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk atas wire rack.
8. UNTUK ICING/TOPPING: Dalam bekas tahan panas, masukkan chocolate, mentega dan golden syrup. Masak secara double boil atas dapur. Kacau selalu hingga bahan cair. Angkat dari dapur dan biarkan sejuk dan pekat sedikit sebelum dituang ke atas kek.

Tempahan choc (Jenn's Home Made Choc)

Amboi lamanya x bersiaran..Org lain berehat2 bercuti, tp MJ 'berjaya' memenuhi masa yg panjang di rumah dgn pelbagai aktiviti yg bermanfaat..siap demam2 lagi nih hahahha...melampau betul pengisian cuti ku kali ni.

Ok ni hobi baru MJ n Partner (My C's je hehehehe) Membuat coklat di rumah. Nak kata terapi yg baik, x jugak sbb sgt penat mengadap benda kecik2 ni. MJ dah la jenis nak cepat siap. Tu sbb lbh suka ambik order kek dr cupcakes. Sekali bancuh, terus masuk oven, dah siap. Deco pun atas sebiji kek je. Kot CC tu, ada gak la yg deco main tepek edible sbb nak cepat siap hahahaha...

Ok meh layan hasil keras tgn kami..Belum touch-up lg Pakai baju.
Tempahan sulung...Tempahan seterusnya
Sekarang MJ paham knp Puan Nowwa sampai nak muntah mengadap tempahan coklat... blueeekk gak

Friday, February 12, 2010

Khasiat tauge

*Dapat info dr email..so tepek kat sini untuk pembacaan semua

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita.
Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.


Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.


Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air.
Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Blueberry cheese cake (order lagi)

Tempahan Blueberry Cheesecake lagi dari anak jiran MJ, Puan Hasnah (lagi) untuk suami tercintanya, bapa beliau dan adik bongsu beliau. Semuanya dalam bulan Februari. Senang sekali kumpul semua atas 1 kek ehehehe..Kek ini selamat 'dikendurikan' semalam, pick up lepas opis hr kat umah MJ.

Terima kasih Hasnah kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada akak untuk menyediakan kek bg majlis mereka. Semoga mereka dikurniakan kesihatan yg baik dan berpanjangan serta dimurahkan rezeki dunia akhirat.

Thursday, February 11, 2010

Pulut kuning + rendang daging

Buat ni ahad lepas. Masa tu Dh br bangun tido petang (keje shift malam..so tidonya bersambung lepas zohor). Bila kejut bangun suruh minum petang, DH nampak menu ni atas meja. Ayat pertama dia, "Besar betul hajat awak ni" hehehehe sambil tersengih. Knp ek, klu masak pulut kuning mesti org kata kita berhajat sesuatu. Jawapan MJ,"Yes, please take a leave and we go for vacation" Jwpn DH, "Ooopsss!"

Ok meh MJ kongsi cara menyediakan pulut kuning:

- Rendam beras pulut bbrp jam sebelum mulakan operasi mengukus. Campurkan serbuk kunyit n asam keping dalam air rendaman beras pulut tu. Bila tiba time mengukus, cuci beras dan kukus seperti biasa.
- Setelah 1/2 jam mengukus, keluarkan pulut dari kukusan dan gaulkan pulut dengan santan yg telah dibancuh dengan sedikit garam. Gaul rata ye.
- Masukkan kembali pulut ke dalam kukusan dan kukus sehingga pulut masak sepenuhnya.
- Hidangkan bersama rendang daging/ayam atau sambal ikan bilis atau ikan masin.

Anak2 adam hanya makan pulut kosong je. Tu pun siap bertambah2. Kononnya nak bg sikit kat mak cik, ha langsung x dapat sbb habis dimakan ahli kelaurga MJ hehehe..

Wednesday, February 10, 2010

Ikan Talapia Goreng Mentega

Ini antara ikan sungai yang MJ kurang makan asalnya. Tp setelah berkahwin dgn En.DH ni, MJ mula belajar makan ikan2 begini. Walaupun org tua MJ berasal dari kampung, tp diorg sendiri x makan ikan2 sungai. X tau la kenapa. Bila DH belikan ikan2 sungai seperti ikan talapia ni, mula la x tau nak masak apa. Tambah2 plak, tiba musim keje yg sibuk, kat rumah pun sibuk, sampai x sempat google ke mana2. Jadi, inilah rekaan menu MJ hahahha..ambik idea dr resepi butter prawn cuma x de la buat sarang2 yg guna telur tu. DH kata sedap ngeeeeee;p

Masak sekor je masa tu sbb taktau sapa nak makan. Sekali MJ dah rasa, alamak cam x cukup je..

Bahan-bahannya (Untuk kuantiti seekor ikan sederhana size):

Ikan talapia sederhana saiz - dipotong dan dikelar sikit
Bawang besar - dipotong bulat2
Setangkai daun kari
2/3 biji cili padi - dititik/pecahkan aje
2 sdb butter
1 sdt gula
garam secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Ikan yang telah dibersihkan, disapukan kunyit dan garam. Goreng dan asingkan.
  2. Masukkan butter dalam kuali dan cairkan.
  3. Masukkan daun kari dan kacau hingga daun kari agak layu. Masukkan bawang besar, gula, garam sikit je tau, cili padi, kacau2 sikit terus masukkan ikan yg dah digoreng tadi.
  4. Gaul rata dan angkat.
  5. Siap.

Tuesday, February 9, 2010

Rindu ini datang lagi..

Tarikh hari ni merupakan tahun ke 9 bonda MJ pergi menemui Penciptanya. Arwah mak merupakan seorg wanita yg kuat, tabah, sabar mengharungi hidup melawan penyakit yg ditanggungnya sehingga saat akhir. Pada MJ, beliau sentiasa menjadi favorite di kalangan ipar-duainya kerana kehebatannya di dapur. Itu tidak ditambah lagi dgn hasil2 kerja tangannya- menjahit, menyulam (masa tu guna benang yg mcm kaler emas2 gitu. Tekad ke org panggil), bercucuk tanam dan macam2 lagi. Kiranya semuanya menjadi di tangan beliau.

9 tahun lalu MJ bkn la wanita yg betah di dapur. Seorg yg tidak mengenal periuk belanga. Tambah2 segala rempah ratus yg entah apa gunanya dan bagaimana rupanya. Pelbagai alasan yg MJ gunakan utk tidak menyumbang tenaga di dapur. Hinggakan arwah mak pernah kata, "Nanti kawen laki ko makan kat kedai je la" Hahahahha...sib baik mulut dia x masin:) MJ agak terkilan sebenarnya kerana tidak menimba sebanyak mungkin ilmu beliau terutamanya bidang kulinari. Maka, mertua, ipar-duai, kawan2 di alam cyber ini la yg menjadi rujukan MJ utk turut mengikuti kehebatan arwah mak menyediakan sajian utk keluarga.

Masih teringat lagi, selang bbrp minggu/bulan dari tarikh kehilangan mak, Raya Haji Aidil Adha muncul. Ayah kata nak makan rendang daging. Masa tu MJ rasa nak nangis pun ada sbb langsung x tau cemana nak buat. X tau pun ada guna santan ke apa ke dan kena tunggu plak sampai kering. Sudahnya ayah yg ajar. Selesai tu MJ pergi rumah makcik x jauh dari rumah MJ. Cerita perihal tu. Entah cemana, ada jiran yg memasang telinga. Jenis mulut x de insuran. Anak dia x skolah tinggi pun..blh pulak sound. "Tu la sibuk sgt belajar tinggi2, masak pun x reti. Buat malu je jadi pompuan" Wahhh! Panas sekejap muka MJ masa tu. Kalau ikutkan hati, nak je ku sound makcik tu biar sampai gugur rambut2 dia..

Maaf, sy tidak mampu menulis untuk entry ini...

Al-Fatihah utk Bonda Zainab Mahmud. Semoga nilai kasih sayangmu kepada kami adik-beradik dibalas oleh-Nya dengan keampunan dan rahmat kepadamu....Amin

Mee sup

Hambik gambar dgn kamera enpon yg x berapa canggih:(

Menu ni dah lama buat tp disbbkan kesibukan MJ mengalahkan Datuk Najib, tu yg br sekarang sempat upload menu ni. Anak2 Adam kami mmg suka segala masakan mee/spageti. Asalkan tidak pedas dan sayur sekadar hiasan sahaja. Sapa yg sudi nak cuba, silakan..

Bahan-bahan sup:
Bahan A
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sdb jintan manis
2 sdb jintan putih
2 sdb ketumbar biji
4 sekawan
halia

- Blend semua ramuan di atas kecuali 4 sekawan.

Bahan B
Meat ball/ayam/daging

- Dipotong dan dibersihkan

Bahan C
1 sdt lada hitam (blh dikurangkan, ikut suka)
1 sdt lada putih (blh dikurgkan, ikut suka)

- Tumbuk kasar


Bahan D
Sawi/carrot/tomato

Cara menyediakan sup:
1. Tumis bahan A sehingga wangi dan kekuningan. (Tumis dulu 4 sekawan baru masukkan Bahan A yg diblend)
2. Masukkan air secukupnya. Masukkan Bahan B dan biarkan sehingga bahan empuk.
3. Masukkan Bahan C, garam secukup rasa dan sesudu besar kicap manis. Akhir sekali, masukkan sayur2an.
4. Hidangkan bersama mee yg telah dicelur dahulu, bawang goreng, daun sup dll

Monday, February 8, 2010

Ikan tenggiri masak kicap

Masak asam pedas, sudah. Masak taucu, sudah. Goreng biasa pun sudah...dah x tau nak masak menda lagi dgn 2 ekor ikan tenggiri DH beli minggu lepas. Sampai ke hari ni pun ada lagi bakinya...waaaa. Meh layan je gambar ni..

Kepada Puan Nowwa, sapa kata x de org google cari resepi masak kicap. Mesti ado punyo. Mako den seikhlas hatinyo menempekkan kek sini masakan berkicap ni yo..

Untuk 'ratu2 dapur' yg tetiba diserang sindrom 'M', buleh yo cubo caro den masak kicap ni ha. Sonang yahamat...

Bahan & caro2 eii sekali:-
- Goreng dulu ikan yg nak dimasak kicap tu.
- ekau blend bawang putih, bawang merah. Agak2 la brp banyak. Kok masak ikan, x yah do bubuh halio. Masak daging ko, ayam ko, baru ekau bubuh sikit yo minah..
- Den suko tumihkan sikit bungo lawang n kulit kayu maneh. Dah wangi baru campakkan bwg yg diblend tadi. Kacau sampai bawang kekuningan.
- Masukkan sedikit air asam jawa, kicap manis & air sikit. Ikut la byk mana kuah yg korg nak.
- Masukkan ikan yg dah digoreng tadi. Masukkan bawang merah yg dipotong bulat. Perasakan garam. Gaulkan agak lama sedikit supaya kuah2 dan ramuan tadi meresap dlm ikan tu.
- Last sekali, masukkan cili masak yg dihiris serong atau dibelah 2 sahaja. Ok siap.

Thursday, February 4, 2010

Apam ENO

Sedap, mudah, gebu, lembut.....apa lagi erkkk melampau2 plak memuji hasil keje diri sendiri hahahha..ok puan-puan dan tuan-tuan, kononnya si 'pemalas' ini turun ke dapur utk menyediakan juadah kpd keluarga. Tp sbbkan pemalas sgt, MJ main curah je dlm loyang bulat. Sekali bila nak potong, ha hambik ko! Susah & comot la pulak nak dipotong sbb gebu sgt apam ni. So, dinasihatkan sapa yg nak cuba resepi ni, elok la masukkan dlm cawan apam yg sebenar2nya:D Sy suka apam ni..

MJ jumpa resepi ni masa 'jalan2' kat Singapore umah k.nur...hehehhe tks kak sbb sanggup gali dr gobok MYresepi dan menepek resepi tu kat blog akak..Sy C&P je la kak ye. Malas gile nak menaip byk2 lately..

Bahan-bahan ( 40-45 biji )
(Resipi ~ Zara_Klate@My resipi.com)


* 300g tepung beras
* 8-10 sudu besar gula pasir
* 1 sudu besar yeast
* 280-300ml air
* 3 sudu kecil eno utk 3 warna berbeza (1 sudu kecil utk 1 bahagian)
* pewarna merah, hijau


Cara-cara

1. Tepung dibancuh dgn air sdikit². kemudian dimasukkan yeast dan gula. kacau sebati.

2. Bancuhan tepung itu tadi dibiarkan semalaman. (bancuh malam, kukus keesokan pagi)

3. Bancuhan tepung itu dibahagi 3. satu letak warna merah, satu letak warna hijau dan satu lagi dibiarkan warna asal.

4. Masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.

5. Sementara itu panaskan periuk kukus. bila mendidih, letak acuan apam skejap dlm periuk kukus. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dlm acuan yg telah dipanaskan.
kukus hingga masak.

6. Bolehla dihidangkan dgn kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam. (seeloknye kelapa parut itu dikukus sbentar supaya tak cepat basi)

Monday, February 1, 2010

Nasi ayam (My version)

Sbnrnya ni cara org malas nak masak tp selera x hengat:D. So sapa2 yg 'rajin' seperti saya, blh la cuba menu ini. Menu ni byk guna bawang putih dan halia.

Penyediaan nasi:
  • Bawang putih (hiris)
  • halia (hiris)
  • 4 sekawan
  • Butter sikit utk menumis
  • Kiub ayam
  • Beras (bersihkan dan tos)
  • Air secukupnya untuk masak nasi
  • garam sedikit
Caranya :
  1. Masukkan butter dalam kuali dan cairkan.
  2. Tumis 4 sekawan seketika hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuningan.
  4. Masukkan beras dan gaul seketika. Masukkan garam, gaul rata.
  5. Masukkan beras dalam periuk. Curah air dan masukkan kiub. Kiub tu seeloknya dihancurkan. Gaul sekata & masak.
  6. kalau nak nasi lebih kuning, blh masukkan sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning.
Penyediaan ayam:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Ayam yang dipotong mengikut saiz kegemaran (MJ potong ikut saiz anak2 nak pegang)
Caranya :
  1. Tumbuk bawang putih + halia. Perah jusnya dan curah atas ayam yang telah dibersihkan.
  2. Masukkan sedikit garam, kicap cair dan perap dalam 30 minit
  3. Goreng
Penyediaan sup ayam:
  • Masak sup ayam macam biasa. Campak je kiub, confirm sedap..la kata nak ikut org malas masak. Camni la gayanya :D
Penyediaan kicap
  • bawang putih - pecahkan
  • kicap manis
  • sup ayam yg dimasak tadi
Caranya :
  1. Tumis sikit bawang putih, masuk sup, masuk kicap. Nak masin2 sikit, blh je tambah garam. Siap.
Penyediaan cili
  • Cili merah (ikut kepedasan)
  • sup dlm sesenduk je
Caranya :
  1. Blend cili masak yg dibuang bijinya.
  2. Masukkan dalam periuk, letak garam sikit dan sup. Didihkan.
  3. Siap