Tarikh hari ni merupakan tahun ke 9 bonda MJ pergi menemui Penciptanya. Arwah mak merupakan seorg wanita yg kuat, tabah, sabar mengharungi hidup melawan penyakit yg ditanggungnya sehingga saat akhir. Pada MJ, beliau sentiasa menjadi favorite di kalangan ipar-duainya kerana kehebatannya di dapur. Itu tidak ditambah lagi dgn hasil2 kerja tangannya- menjahit, menyulam (masa tu guna benang yg mcm kaler emas2 gitu. Tekad ke org panggil), bercucuk tanam dan macam2 lagi. Kiranya semuanya menjadi di tangan beliau.
9 tahun lalu MJ bkn la wanita yg betah di dapur. Seorg yg tidak mengenal periuk belanga. Tambah2 segala rempah ratus yg entah apa gunanya dan bagaimana rupanya. Pelbagai alasan yg MJ gunakan utk tidak menyumbang tenaga di dapur. Hinggakan arwah mak pernah kata, "Nanti kawen laki ko makan kat kedai je la" Hahahahha...sib baik mulut dia x masin:) MJ agak terkilan sebenarnya kerana tidak menimba sebanyak mungkin ilmu beliau terutamanya bidang kulinari. Maka, mertua, ipar-duai, kawan2 di alam cyber ini la yg menjadi rujukan MJ utk turut mengikuti kehebatan arwah mak menyediakan sajian utk keluarga.
Masih teringat lagi, selang bbrp minggu/bulan dari tarikh kehilangan mak, Raya Haji Aidil Adha muncul. Ayah kata nak makan rendang daging. Masa tu MJ rasa nak nangis pun ada sbb langsung x tau cemana nak buat. X tau pun ada guna santan ke apa ke dan kena tunggu plak sampai kering. Sudahnya ayah yg ajar. Selesai tu MJ pergi rumah makcik x jauh dari rumah MJ. Cerita perihal tu. Entah cemana, ada jiran yg memasang telinga. Jenis mulut x de insuran. Anak dia x skolah tinggi pun..blh pulak sound. "Tu la sibuk sgt belajar tinggi2, masak pun x reti. Buat malu je jadi pompuan" Wahhh! Panas sekejap muka MJ masa tu. Kalau ikutkan hati, nak je ku sound makcik tu biar sampai gugur rambut2 dia..
Maaf, sy tidak mampu menulis untuk entry ini...
Al-Fatihah utk Bonda Zainab Mahmud. Semoga nilai kasih sayangmu kepada kami adik-beradik dibalas oleh-Nya dengan keampunan dan rahmat kepadamu....Amin
2 comments:
lamenye gua x bukak blog mu....nyaris terlupe 9 taun dh mak gi....tetibe gua jd sidis lak....uwaaa...dh le tgh kat perantauan...rindunye mskan omak...hah tu le dl gua pandei mkn je...nasib le sompek lajo skit2 wpun rasenye ikut sodap tokak gua je...kalu x masin jugak ckp omak...muakahkahkahkiok
hahahha hampes lu...ni yg gua malas nak komen lebih2...blm komen lg air mata dah bergenang2...waaaaa rindu jugak ngan masakan mak...
p/s: ko tgk akak 'bg' makan abg bob cemana, sehat n kuat...apasal wan kerempeng je hahahahaha (gelak penjahat)Ko jgn masinkan mulut mak tu plak wehhh
Post a Comment