Thursday, February 18, 2010

Kangkung goreng belacan

Hari cuti CNY baru ni, DH bw kami sekeluarga gi tgk Pameran Mamalia kat Presint 15 Putrajaya. Saja layan anak2 sambil2 mencari tempat2 yang sejuk. Panasnya Selangor masa cuti hr tu. Sampai demam2 MJ dibuatnya.

Kat pameran tu ditunjukkan binatang2 mamalia (replika je). So anak2 adam blh la pegang2 replika tu. Ramai betul ibubapa yg bawa anak2 ke pameran tersebut. Apa yg best, MJ br tau ada binatang yg dinamakan KONGKANG. Mula2 MJ nak letak entry ni tp dgn nama yg terbalik. Kangkung -> Kongkang. Tp bila dah tahu itu adalah sejenis spesis monyet yg tidak berekor, berjalan dgn perlahan dan berhati, terus x jadi nak samakan makanan dgn haiwan itu hahahaha..

ok, sudah2 tu kekarutan MJ kali ini. Jom jenguk bahan dan cara penyediaan sayur yg mudah ini. Ni cara MJ tau..kalau sudi try le.

Bahan-bahannya:-
  • Seiikat kangkung - dipotong mengikut kesesuaian
  • 2 biji Bawang merah- ditumbuk bersama *
  • seulas bawang putih - ditumbuk bersama *
  • 1sdt sedikit belacan yg telah dibakar dan hancur2kan sedikit (qty belacan ikut la selera memasing n byk mana kangkung yg nak dimasak
  • garam secukupnya
  • 1 1/2 sdt sos tiram
Cara-caranya:-
  1. Tumiskan bawang yg telah ditumbuk.
  2. Masukkan kangkung dan sedikit air. Kacau rata.
  3. Masukkan belacan dan sos tiram. Gaul sekata.
  4. Perasakan garam.
Siap! Mudahkan...

2 comments:

Nowwa Fitri said...

Hush...itula tak nak tengok animal planet...den lamo dah tau kongkang tu spesis monyet...heheheh..jangan marah ha..

Mamajenn said...

den dok layan biggest loser je..tu yg x sompek2 melayan cite2 hewan ni..