Tuesday, February 9, 2010

Mee sup

Hambik gambar dgn kamera enpon yg x berapa canggih:(

Menu ni dah lama buat tp disbbkan kesibukan MJ mengalahkan Datuk Najib, tu yg br sekarang sempat upload menu ni. Anak2 Adam kami mmg suka segala masakan mee/spageti. Asalkan tidak pedas dan sayur sekadar hiasan sahaja. Sapa yg sudi nak cuba, silakan..

Bahan-bahan sup:
Bahan A
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sdb jintan manis
2 sdb jintan putih
2 sdb ketumbar biji
4 sekawan
halia

- Blend semua ramuan di atas kecuali 4 sekawan.

Bahan B
Meat ball/ayam/daging

- Dipotong dan dibersihkan

Bahan C
1 sdt lada hitam (blh dikurangkan, ikut suka)
1 sdt lada putih (blh dikurgkan, ikut suka)

- Tumbuk kasar


Bahan D
Sawi/carrot/tomato

Cara menyediakan sup:
1. Tumis bahan A sehingga wangi dan kekuningan. (Tumis dulu 4 sekawan baru masukkan Bahan A yg diblend)
2. Masukkan air secukupnya. Masukkan Bahan B dan biarkan sehingga bahan empuk.
3. Masukkan Bahan C, garam secukup rasa dan sesudu besar kicap manis. Akhir sekali, masukkan sayur2an.
4. Hidangkan bersama mee yg telah dicelur dahulu, bawang goreng, daun sup dll

No comments: