Thursday, March 31, 2011

Resepi update nnt...

Nampak seperti puding truffle tp resepi dia simple. Cuma nnt sy update yg betul2 nye seperti dlm majalah yg sy baca. X bawa plak kat opis hr ni..tunggu:D

Thursday, March 24, 2011

Tom Yam (MatApis Style)

Lama sudah perap gambar n menu ni. Baru sekarang sempat nak post. Itu pun gara2 dah give up layan keje n orang2 keliling...eh blah plak gitu ye hahahha..ok. Udang2 yg tergolek2 dan besar2 kat dalam tu pemberian MIL MJ. Fresh dari Sg.Pahang..ye ke? memandai je hahaha..Tp Mj mmg suka tomyam dicampur udang compare dgn sotong sbb rasa udang tu mempengaruhi rasa tomyam tu. Dia cam manis2 gitu. tekak ai ok..meh tgk resepinya..

Disebabkan resepi ni MJ dpt pun tidaklah mempunyai kuantiti tertentu, So, memasing cuba jaya ye..Insya-Allah menajdi.

Bahan-bahannya:
Air
1 tin kecil tomato puree
sos nampla
sebiji bawang holland - potong berbaji
sebatang saderi - hiris serong2
cili padi (ikut pedas yg disukai) - ketuk
serai - ketuk
daun limau purut
garam
gula (resepi asal tp Mj x bubuh pun)
jus air limau nipis (MJ suka masam so bubuh byk sikit)
fishball (saje tambah)
tomato - belah 4
Lengkuas - pecahkan/ketuk
sayur2 - carrot, bunga kobis dll

Cara-caranya:
1. Rebus seketika atau separuh empuk sayur2 yang keras dalam periuk lain. Buang airnya dan tos serta asingkan.
2. Dalam periuk lain, campurkan ±3 sdb tomato puree + air utk kuah (ikut byk mana nak buat kuah dan mesti tambah atau kurangkan ikut kecairan/kepekatan tomato puree) + serai + cili padi + daun limau purut + bawang + saderi + lengkuas. Didihkan.
3. Masukkan udang dan fish ball. Kacau seketika.
4. Agak2 nampak udang dah masak, campurkan sayur2, sos nampla, gula, garam (garam kena test sbb sos nampla tu dah bg rasa masin). Masukkan tomato, kacau sekejap.
5. Tutup api dan masukkan perahan jus limau nipis. Kacau seketika dan bolehlah dihidang.

Friday, March 11, 2011

Chocolate Peppermint Cake

Ini semua hanya cerita-cerita basi yang dikorek2 dari memory hp yg murahan itu. Maaf la gamabr x berapa cantik n hebat kan..hehehe. Resepi ini MJ jumpa di blog En. Mat Gebu. Tu yang teringin nak try sbb cam tertanya2, cemana kek rasa mint. Aiskrim atau pun gula2 dah biasa sgt kan kita rasa :D. Tu yang bersemangat nak try jugak kek ni. Cuma En.Mat buat nampak gebu n lembab. Maybe dia simpan semalaman baru potong kot..memandai je teori aku ni:p

Ok ini resepi yang MJ C&P dari blog beliau. Dah mintak izin tp lama dahhhh....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
120 gram gula halus
1/2 camca besar ovallate
15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
1 camca besar serbuk koko*
1 camca teh coklat emulco*
1/2 camca teh esen vanilla*
3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Sedikit pewarna hijau
3 titik perisa pudina

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  4. Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
  5. Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...