Friday, December 7, 2012

Cili Jeruk

Macam biasa..cerita lama. MJ buat ni gara-gara terpengaruh dgn Masterchef Selebriti musim lepas. Mas tu episod penyingkiran. Double A tu khennn buat mee hailam kalau x salah.Pastu dia sediakan cili jeruk. I terpengaruh dgn kesungguhan dia menyediakan semua menu tu u...Malang khenn..tersingkir plak dek menu yg dipilihnya itu.Khennn....fuhhhh kipas2..

Kebetulan pulak masa tu MJ dpt sebungkus cili masak + cili hijau. Sapa bg ek masa tu. Tp seingat MJ mmg sgt la byknya..Walaupun tlh distribute kat adik-beradik n jiran2 tp masih byk bakinya. Cili masak bknnya MJ selalu guna dlm masakan. Habis2 pun sebagai hiasan je. Bila mau abis kan Kiah...So, utk bg dia blh dinikmati dgn lama, MJ jerukkan dia. Boleh makan ngan mee goreng ke, kuetiaw goreng ke....perghhh nikmat tauuuu..

MJ ambik dari blog akak yang hebat ni..http://www.potretkasih.com/2010/06/30/lada-jeruk/...byk dah resepi2 yang dikongsi di blognya..Cili jeruk pun ko x reti buat? Ate, dah teman ni pun br blajo..mmg le merujuk merata nak dpt ilmu hikhikhik..mekasih ye kak. Saya minta izin berkongsi di blog saya pula.

Resepi Lada atau Cili Jeruk
Sumber: Potret Kasih

Bahan-bahan:
20-30 biji cili hijau ( anggaran ) atau jika suka boleh gunakan cili padi
1/2 cawan gula
1 sudu makan penuh garam
2 cawan air panas
3/4 cawan cuka ( atau 1 cawan jika mahu lebih masam )*
 *MJ kurangkan cuka tp lebihkan garam sbb MJ ada gastrik. So sgt x blh dgn menu bercuka.

                                                                                    Cara Penyediaan:
1. Cili hijau di potong-potong tapi tak perlu nipis-nipis. Kasar-kasar je!.
2. Letakkan cili tadi di dalam mangkuk yang sesuai saiznya kemudian curahkan air panas. Rendam selana 2-3 minit.
3. Kemudian toskan airnya. Masukkan dalam botol bertutup kemudian buat air cukanya.
4. Satukan gula, garam dengan air panas. kacau hingga larut. Kemudian masukkan cuka makan tadi.
5. Tuang air cuka kedalam botol bertutup yang mengandungi cili yang telah di celur dengan air panas tadi.
6. Tutup dan biarkan sehingga warnanya bertukar ( dalam 2-3 jam ). Bolehlah dihidangkan dengan Mee goreng atau kue teow.
*** Jika lama di simpan air cuka akan mula berubah warna…. keluarkan cili, tapis semula dan buang air cuka yang lama tu….Buat air cuka yang baru guna resepi yang sama….. masukkan semula cili tadi dalam air cuka baru…. dan simpan dalam bekas semula.

Cubalah.