Thursday, July 29, 2010

Skim cepat kaya tumpas




KUALA LUMPUR 28 Julai - Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000.

Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat.

> Adakah ini berkaitan dgn post ku sebelum ini....wang segera.

MJ x tau la ini ke group yang telah menganiaya MJ dahulu. Tp lokasi tangkapan itu sama seperti yg diberitahu sblm ini pada MJ, tempat perjumpaan mereka setiap hari Rabu. MJ juga pernah dijemput untuk menghadiri 'weekly meeting' mereka di situ. Alhamdulillah, Tuhan masih sayangkan MJ dgn hidayah-Nya, MJ disedarkan awal dan dapat bertindak awal. SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH PADA MU, TUHAN!!!ALLAHUAKBAR! Semua ini sangat mengajar MJ untuk lebih berhati-hati dgn pelbagai tawaran lumayan dan janji manis 'upline'. Untuk kawan2 di luar sana, hati2:D

"Paradise is surrounded by things that people don't like." Sahih al-Bukhari

Friday, July 23, 2010

Saya sangat mahu............

Waaaa stress nye skrg....sy sgt mahu meng'update blog...tp x cukup masa sbb student baru dah start masuk..nak kena prepare file student, majlis diorg lagi, nak audit lg, prosedur baru revise lg...dan ditambah nx wk sy exam 3 hari (±3 jam tiap hari) dan kesemuanya soalan esei...waaaa x larat dah nak baca buku bahasa2 rasmi ini...mahu rehat, mahu tido lena, mahu makan2, mahu baking, mahu jalan2, mahu amik order semula dan segala mahuuuuu ...

Monday, July 19, 2010

Perbezaan Ikan keli (makan bahan haram @ halal)...betul ke?

Salam semua. MJ dapat ni dr email yang di fwd oleh my x-schoolmate. So, x sure samada sumber ini betul atau tidak. Tapi mungkin kita akan lbh berwaspada selepas ini bila membeli atau menyediakan menu ikan keli untuk keluarga.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (
Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (
diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Friday, July 16, 2010

Minyak naik....gula naik....apa lagi nak naik

Haduii x tau nak komen cemana...tp tu la hakikat yg kena diterima oleh sume rakyat. Belum sempat ramadhan muncul, harga gula dah naik dulu. Betul ke peniaga makanan x akan naikkan harga barang. Hmmm cemana raya tahun ni? Nak beli ke nak buat sendiri biskut2 raya ek? Dilema ni...

Dalam tension harga naik hahahhaha MJ pun nak mencelah gak tentang majlis semalam..wahhh naik pentas. Semalam, sempena Majlis Gemilang Putra 2010, MJ dan seorg lagi rakan office, Puan Fiza (berganda2 rezeki lps kawen ye) telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009. Ini adalah penilaian mutu dan hasil kerja kami bagi tahun 2009 melebihi 90%.

MJ tgh ambik sijil yang disampaikan oleh Tan Sri VC UPM dan disaksikan oleh Pendaftar kami. DH ambik gambar dari seat tetamu..sgt lah jauhnya..

MJ siap suruh DH cuti lagi semata-mata untuk hadir majlis tu. Memang susah sebenarnya untuk dipilih bagi anugerah tersebut. Ni bukan ayat belagak ok hehehe..Bersaing dikalangan senior sebenarnya perit juga. Maklumlah untuk orang2 yang baru masuk sektor awam, seperti MJ baru je genap 2 tahun 8 bulan, dah nak terima anugerah ni. Alhamdulillah rezeki. So, terimalah dengan hati yang berbunga2 dan bangga gile hehehe..

Surat makluman dan ganjaran

Wednesday, July 14, 2010

Ayam Goreng Berempah

Mmg suka resepi ni..sekali try terus jatuh chenta..dah lama dah simpan resepinya tp br je berkesempatan mencubanya. Hari-hari masak menu yg biasa2 je. X sempat2 nak membelek koleksi2 yg dah di copy n save dlm pc..hehhehe..byk dah beratur. X tau la bila blh cuba semuanya. Ok kita layan ni dulu..MJ jumpa resepi dari blog K.Nor secubitgaram. Tp K.Nor copy resepi tu dari K.Love..wah cam surat berantai plak...apa2 pun, mmg best n tks to both of u:D.

Ayam Goreng Berempah Serai ~ Love

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 7 ulas bawang merah~ ditumbuk
  • 2 inci halia~ ditumbuk
  • 2 batang serai~ ditumbuk
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1 bj limau nipis ~ perah amik air dia (nak letak lemon pun tak per)
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)~ k.nor tak letak
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk menggoreng
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

Monday, July 12, 2010

Musim durian tiba....

Musim durian tiba ek..MJ pun x la melepaskan peluang menjadi 'tetamu musim buah' hehehhe..x de la..DH memang susah nak cuti hari sabtu ahad. Kebetulan plak dapat cuti sabtu n ahad last week. Excited nye pasal, hari Jumaat malam kitorg dah gerak ke Pekan, Pahang. Lama sungguh x jumpa keluarga mertua. X byk pun yg dpt update. Meriahnya bau2 durian di sana. Tp masa tu jugak la penyakit bulanan tu nak datang. Masa tu jugak la dia nak dtg dlm keadaan yang menyakitkan...heeee rugi sungguh. X lalu nak mengadap durian yg dah tergolek2 depan mata. Semuanya jadi x lalu nak makan. Bila bawa balik Serdang sikit je la yg blh muat keta kami yg kecik itu huhuhuhu..

Hari ni MJ menjamu kawan-kawan opis dgn durian. Mula2 bw yg dah siap kopek sbb kat opis ni x cukup alat (parang/pisau tebal) utk kopek. Bawa 2 bekas....habis..siap ckp x cukup tu...Pastu atas ehsan DH, dia hantar lagi sekarung, dengan parang2 sekali...hahahahha..

Yg pompuan tudung kaler biru tu...aaaaaaaa sudah tentu........bkn MJ..tp Pengarah MJ hehehe

So, hari ni kami mmg kenyang mengadap durian. Sorg pun x keluar lunch. Ditambah pula dgn keropok leko yg dihidangkan dengan hanya dipanaskan menggunakan microwave. Sihat sungguh. X yah masak atau goreng2 guna minyak pun. Yg x biasa makan camtu, semua dah jadi biasa. Janji perut terisi, ye tak?
Ni la tukang kopek durian...sampai luka2 jari..hebat sgt.

TQ la kat family mertua dgn segala bagai 'hasil bumi' disuruh bawa pulang. Sgt suka dan berterima kasih. Kat Serdang ni sume mahal2. Nak makan sekali sekala blh le hehehe. Klu ikutkan hati, sume nak diangkut (ceh selamba nye menantu). Tp tu la kan, keta kecik, sume nak dibawa. Mana muat. Sib baik blh naik bukit-bukau sepanjang nak balik (ishh org luar yg x biasa dgn jln pantai timur mesti ingat susahnya nak sampai kpg org ni hehehe).

Friday, July 9, 2010

Menu malas

Sebenarnya Mj x sempat2 nak edit gambar2 yang ada dlm memory card. So, ni pick je mana yg dah ada dlm pc ni. Dah siap2 edit. Dah basi la menu ni sume hehehe..tp tepek je la kat sini..kadang tu bkn apa, kita ni rayau2 blog org, bknnya nak ambik resepi sgt tp disamping menambah kenalan, nak cr idea gak apa yg nak dihidangkan utk keluarga..kan..

Kangkung ni MJ tumis biasa lps tu curah sos tiram je. Tp sos tiram ni tercair plak..hmm mungkin masa ni sos ku hampir habis dan sudahnya kukocok2 botolnya dgn air je hahahaha.

xlain dan x bukan...tadaaaaaa...telur rebus masak kicap...hehehehe...nowwa ko nak resepi x kekeke...

Tuesday, July 6, 2010

Telur itik masak lemak

Malu nak letak gambar kat atas sbb mcm ngeri je gambar dia hahahaha...ni gara-gara kamera merajuk plak baru-baru ni x leh nak snap. Bila kita dah ambik gamabr guna hp cap ayam ni, pastu ckp nak angkat baru.....tetiba plak dia nak sambung kontrak meneruskan khidmat..ishhh sabo je la. Lauknye dah lama selamat di makan..

X yah resepi la kot. Sama je mcm kita masak lemak kuning biasa tu, cuma pecahkan telur masuk dalam kuah tu masa santan dah mendidih. Tu je. X sangka plak anak2 MJ suka makan masakan ni. Ni 1st time MJ masak menu ni. Itu pun kebetulan gi kenduri kawen officemate kat K.Pilah n sepanjang jalan menghala kampungnya tu, byk plak org jual telur itik. Ok selamat menjamu mata ye..

Tips dari kawan den, biniaskar, untuk mendapatkan bentuk telur yg cantik selepas masak, asam keping dimasukkan last sekali. Kalau MJ, asam keping tu masuk bila telur tu dah start 'mengenyal' dlm kuah tu..kira mcm dah separuh masak la.

Monday, July 5, 2010

Cheese Cake Baking Class wit Chef Matthias

Hari Sabtu lepas, MJ berkesempatan mengikuti kelas baking anjuran UPM untuk staf. Rasanya semua org akan setuju yg semua orang boleh membakar kek sendiri. Tp tidak semua orang tahu teknik sebenar mengadun dan membakar yg betul. Bagi la resepi apa pun, semua akan kata x yah gi kelas pun leh buat hehehe...MJ sendiri banyak yang kurang dalam hal-hal begini. Kebetulan DH 'dengan rela hatinya' mengorbankan cuti (beliau keje shift, so sabtu n ahad pun kadang2 kena duty), untuk menjaga anak2 sewaktu MJ attend kelas tersebut. Ni MJ tunjukkan salah 1 kaedah yang MJ sendiri baru tau kaedah sebenar untuk membalut mould/ring sebelum kita membakar cheese cake.

video