Thursday, July 29, 2010

Skim cepat kaya tumpas




KUALA LUMPUR 28 Julai - Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000.

Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat.

> Adakah ini berkaitan dgn post ku sebelum ini....wang segera.

MJ x tau la ini ke group yang telah menganiaya MJ dahulu. Tp lokasi tangkapan itu sama seperti yg diberitahu sblm ini pada MJ, tempat perjumpaan mereka setiap hari Rabu. MJ juga pernah dijemput untuk menghadiri 'weekly meeting' mereka di situ. Alhamdulillah, Tuhan masih sayangkan MJ dgn hidayah-Nya, MJ disedarkan awal dan dapat bertindak awal. SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH PADA MU, TUHAN!!!ALLAHUAKBAR! Semua ini sangat mengajar MJ untuk lebih berhati-hati dgn pelbagai tawaran lumayan dan janji manis 'upline'. Untuk kawan2 di luar sana, hati2:D

"Paradise is surrounded by things that people don't like." Sahih al-Bukhari

2 comments:

Dessert Queen said...

dh hbis exam?

Mamajenn said...

masa post ni aku tgh excited tgk berita tu..exam abis keesokan hrnya:D Release gile