Tuesday, March 2, 2010

Wang segera as segera as Mee Segera?

Dah lama x membebel kat sini. Asik sibuk melayan dapur je. Hari ni MJ nak berkongsi pengalaman tentang Wang Segera ni. Opppsss bukan nak promote apa2. Cuma berkongsi pengalaman MJ join benda2 mengarut ni semua akibat 'kabur' mata dgn segala mcm salinan cek2 upline.

Cerita initidak ramai yg tahu. Hanya bbrp kawan opis (yg tolong cover line bila terpaksa gi tempat2 tertentu:D), adik MJ sahaja, husband of course n 2 of my close friend. MJ telah ditipu sebanyak RM48k! Satu jumlah yg agak banyak bg org yg kurg berkemampuan seperti saya. Penat dah nak nangis, turun naik Kementerian dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bank dll. Puncanya, ayat pancing mereka, "tak perlu modal, x perlu jual barang, dlm tempoh 3 bln confirm blh dpt keuntungan. PERCAYA LA KAT SAYA, KAK"

Waaa sapa x nak duit bln2 dpt RM15k masuk account kan. Si 'makhluk' pompuan ini pun tidak menerangkan secara jelas apa sbnrnya yg diorg dagangkan. Katanya, akak sign dulu, lepas tu nnt br kita cerita lebih sikit, br seronok. Apa yg diminta adalah, salinan slip gaji, bil elektrik klu x salah. Masa tu sy memang x terfikir itu semua adalah benda2 yg diperlukan utk submit loan. Sbb apa yg MJ fikir tu semua adalah syarat utk menjadi ahli. Setelah 'FORM KOSONG' diberikan kepada MJ, Mj sign semuanya tanpa membaca secara detail apa syarat2/perjanjian dlm borg tu. Ala korg pun klu sign borg2 ni ada ke nak baca bahasa2 law yg berjela2 tu. Masa tu MJ mmg kering, x terfikir langsung yg semua tu adalah borg sebuah koperasi yg agak terkenal di kalangan penjawat awam. Semua loan blh dipohon melalui agen sahaja, client tidak perlu dtg. Lg la MJ x tau sbnrnya 1 loan selama 10 tahun telah dibuat di atas nama MJ dimana total amount + interest yg perlu dijelaskan sehingga 10 tahun adalah RM 108 xxx dan tidak boleh buat settlement dlm tempoh 3 tahun!

Apabila salinan surat dari koperasi berkenaan sampai, Mj terduduk terus. Rasa mcm nak mati pun ada, nak gila pun ada. Knp ada manusia yg sanggup menganiaya MJ yg langsung tidak tahu apa jua tujuan segala borg yg ditandatangan, salinan2 slip gaji yg diberi.Masa tu mmg x tau nak buat apa? Blur, sedih, tension, geram..hanya kerana percaya kepada seorg sahabat, perempuan, islam dan penjawat awam juga.

MJ x mahu cerita detail sgt di sini. Cuma mengingatkan kepada rakan2 semua dan ahli keluarga ku yg lain, jgn terjebak dgn drama wang segera ini. Rezeki kita telah ditentukan oleh-Nya. Jadi bersyukurlah dgn nikmat kurniaan yg diberikan. Tiada rezeki datang menggolek jika usaha tidak disertakan sekali.

Skrg ni bila ada kawan2 call ajak join MLM la, log in FB hari2 dpt RMxxx la, sms je Rmxx masuk account la, Mj rasa cam nak marah pun ye gak. Tp nak marah pun, bukannya mereka tahu cerita ini. Cuma rimas utk menolak dan x akan terjebak lagi. Insya-Allah.

Kepada suami MJ, terima kasih atas sokongan, bantuan dan kemaafan yg diberikan 5 bln yg lalu. Doakan saya sentiasa dilindungi dr niat jahat manusia & syaitan. X tau dah nak berterima kasih macam mana lagi sebab selamatkan saya:(

11 comments:

Anonymous said...

duit loan tu dapat kat sapa

Nowwa Fitri said...

Aduyaii...ekau pun terkono ko?

Takpolah kito anggapla itu sumo ujian..den 80k ekau 48k..Tuhan sayang kek kito..nak buek camno..

Mamajenn said...

anonymous : dpt kat upline. Tp klu loan 48k, dptnya dlm 40+ je. Koperasi tu ambik dekat 6-7k! Tinggikan. Memang menganiaya org.

Nowwa : Memang kena pasrah. Alhamdulillah ujian tu Tuhan ganti dgn ganjaran rezeki skrg. Ekau pun samo, makin mencurah2 orde yo:) Alhamdulillah!

sehati sejiwa said...

takper la makngah..lepas ni kena beringat..kepada yang menipu tuh..insyalla..confirm akan di balas...tengok arr..

Mamajenn said...

k.long, betapa dunia ni kecik, tup2 adik dia lapor diri kat tempat sy. Ringan je mulut sy nak komplen pasal kakak dia n bawa jumpa bapa dia sendiri. Geram sgt..x pe la. Adalah balasannya nnt utk pompuan tu..

kero said...

apa nama kompeni yg amik duit tu, kalau ikut law kompeni yg amik deposit ni kene ade lesen khas dr bank negara, kalau takde lesen kire illegal biz la tu. bole report bank negara kasi tutup biz tu

Mamajenn said...

ada lesen. dah cek pun ngan kementerian perdggn. Mmg blh tarik balik lesen under akta jualan langsung. Kitorg x cukup evidence n bila mintak copy mcm2 document, diorg lengah2kan n kata susah nak dpt sbb dah hantar HQ la bla bla bla. Pegawai kat kmtrn advise utk naik court tp fulus x de babe. klu lost <5k, kmtrn tgg. tp >5k kena bw civil court n duit sendiri. Kes koperasi tu dah settle. X yah kuar duit pun sbb consider kena tipu tp kena tampal dekat 7k gak la utk tutup loan tu.

rosediana said...

aihhhh kesian kawan aku nih...

Mamajenn said...

D, ko taukan betapa MURNInya kawan ko ni tp ada gak manusia yg sanggup aniaya aku hahahahha (still can laugh?)

myza said...

kesabaran yg tinggi perlu buat masa ni..mana kita yg daif ni tau bisnes tu illegal kan.lepas ni kena lbih hati2 nk pecaya org..my Hb pun pernah kene Rm3k lost dgn Noradz travel..dah pun diblacklist oleh Bank Negara..xpela..kira setiaP duit yang dicuri/rugi ditipu tu adalah satu proses utk membersihkan pndapatan halal kita di dunia ini..tu je prinsip kitorg kalau brg atau duit hilang..huhu sabarla,qASima..insyaAllah diberkatiNya..

Mamajenn said...

myza, klu nak di zakatkan pendapatan pun, akak x halalkan org camtu yg dpt. Dia menganiaya org utk kepentingan diri dia. Tp ikut cakap cikbob, kena redha ujian Tuhan dan lebih berhati2 slps ini. So tau la kan reason knp kitorg x join kelisa hehehehe kami lbh berhati2 skrg. Gud luck to both of u