Esen vanila la, serbuk vanila la....Selalu kita guna bahan ni dalam masakan (baking). Ada juga vanila yg dikomersilkan sebagai bahan pewangi. Tapi maybe x semua org pernah tgk rupa asal bahan ini. Ni MJ jumpa masa Pameran Siswazah UPM baru ni. MJ pernah gak dengar bos pergi seminar berkenaan penanaman pokok vanila ni yang agak kurang diusahakan tp permintaan tinggi dipasaran. Kebetulan plak masa pameran tu x plak pokok tu berbunga...rugi2. Kalau x, MJ blh tunjukkan gambar sebenar bunga vanila yang di extract untuk mendapatkan cecair dr bunga tersebut dan menghasilkan vanila yang kita gunakan dalam masakan. Menurut Pegawai Penyelidik Fakulti tersebut (betulkan sy jika ada yg silap ye), esen vanila yang kita gunakan dalam masakan tu telah dicampur bahan kimia dan hanya bbrp % sahaja extract vanila asli digunakan. Mula tu dgr cuak jugak. Aku letak bahan kimia ke utk keluarga aku makan? Hehehehe...terus MJ tanya, x bahaya ke bahan kimia tu. Dia kata x. Tu semua bahan kimia yang dibenarkan dan selamat untuk dicampur dalam bahan makanan. Fuhhh lega..
Pokok ni kena sokong macam pokok bunga orkid tu.
Ni pokoknya...
Gambar bunga ni MJ gugel je n tepek kat sini..
2 comments:
ooo..yerker..? masa kitorang sekolah dl..cikgu sejarah ckp..dulu parameswara lepak kat bawah satu pokok..tiba2 dia nampak seorang pemuda menari shuffle kat atas okok itu..parameswara tanya nama pemuda itu. Dengan sewenang-wenangnya pemuda itu bercakap.."Nama gue Vanilla Ice". Itu lah dia asal usul pokok vanilla itu.
ooo tu sejarah nama pokok tu ...bijak..bijak...sekolah kat mana dulu? Patut la keje repair train je hahahahaha
Post a Comment