Monday, March 15, 2010

Sup Ayam Hadnyai

Amboi jauh datangnya resepi ni hehehe tp MJ jumpa masa rayau2 ke Terengganu, umah k.Nor blog secubitgaram. Pernah gak MJ jumpa sup yg dimasuk serai tp x pernah nak try plak sbb takut nnt ada yg kutuk berbakul2 masakan MJ ahaksss..:)



Gambar mcm x selera je tgk kan hahahaha harap maklum la kamera MJ yg x canggih itu...tp cuba buat dulu dan rasa la perbezaannya :D

Jom tengok resepinya. K.Nor mintak halal ye tepek resepi kat sini untuk dikongsi dgn blogger/reader lelain.

Bahan-bahannya:


Blend:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah,
  • 3 biji cabai (yg ni MJ x bubuh sbb anak2 yg makan)
  • 4 cm halia
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih

Bahan lain:

  • Sebelah ayam dipotong-potong
  • 7 cm lengkuas dihiris sederhana nipis dan tumbuk untuk pecahkannya
  • 5 batang serai (ketuk sehingga bhgn bawah yg putih tu pecah)
  • 2 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 ketul kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri

Cara-Cara:-

  1. Tumiskan semua bahan yg dikisar dan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas,serai sehingga menaikkan bau yang semerbak harum dan mewangi.
  2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa kedalam tumisan tadi dan gaulkan sehingga rata tutup dan biarkan 5 minit.
  3. Masukkan batang sadri
  4. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  5. Tambahkan garam secukup rasa n sedikit saja gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.
  6. Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan. Perahkan sedikit limau nipis. Sedia untuk dimakan dan dihirup.....

Anak2 adam dok hirup sup je, nasinya makan sikit sgt.

2 comments:

StarAnise said...

slalu kita wat sup nih biasa2 ja kan. skrang nih sy pon letak serai wangi ckit. mak mertua saya wat siap ltak serai n daun pandan lg dan apa lg tah tgok dia wat bihun sup masa raya dulu. kena korek rahsia hehehe

Mamajenn said...

Harus dikorek dan dikongsi tu hehehe..salam kenal.