MJ kadang tu bila bosan2 suka gak buat aktiviti 'blog walking' ni. Kadang tu kalau rajin, tinggalkan jejak dan kadang tu lalu je :D. Tp bila dah byk umah MJ pegi, x kira la apa jua blog yg MJ rasa menarik untuk dibaca, atau sekadar tgk gambar2 sahaja, ada jugak image2 yg masih kekal di kepala MJ ni.
Ada pemilik2 blog ni yg juga menjalankan perniagaan online (baking nye cite ek), MJ terjumpa pihak2 yg tidak bertanggungjawab telah mengambil gambar dr blog org lain dan letak di page sendiri dan mengaku turut menyediakan kek/cuppies yg sedemikian sama sedap dan cantik dekorasinya. Sgt tidak jujur menjalankan perniagaan sebegini. Jika ambil dr blog org, mintak izin empunya blog dan tulis la sikit kat blog sendiri gambar tu sumbangan/ehsan dari si Polan, si Polan. Kalau nak lebih jujur, letak la link blog/website pemilik asal berkenaan. Tp ni x, selamba jeeeee...dah 2 blog/FP MJ sembur sbb x jujur menarik pelanggan n MJ jumpa gambar2 asal tu dr blog org lain. X tau malu sungguh. Klu betul dia yg buat, apasal entry tu dah x de langsung, ada tu yg delete semua org lain punya komen lagi...huhuhuhu rasa bersalah ke? kalau betul dia yg buat, knp x balas je komen2 tu. So, kita tau la yg ada 'kek dua serupa' kat mesia yg kecik ni. X gitu?
Sesiapa yg pernah atau biasa merias kek mesti tahu bagaimana jerit-perihnya untuk menghasilkan kek mengikut citarasa pelanggan. Itu la kelebihan pembeli kek/cuppies online ni. Diorg blh request apa sahaja. Sakit kepala gak nak perah idea tambah2 klu jenis ad-hoc order. Lg sakit. Tp kepada 'peniru' itu, jgn la sesedap rasa ambil hasil usaha dan perahan otak org lain tanpa berterima kasih dgn meletakkan sekurang2nya nama pemilik asal dekorasi kek tersebut.
Apa yg aku bebel ni hahahahha...ye sy sgt x puashati dgn mereka2 yg 'melanun' gambar2 dr blog org lain dan mengaku kek sendiri. Dan blog itu, MJ pernah order kek dr dia..
P/S : Sapa2 yg duduk area serdang, sila dtg ke kedai Maulana Sri Serdang dan tgk gambar masakan kat bhgn atas2 papan iklan mereka...apa yg korg nampak? Confirm jumpa gambar siap ada link blog kak Hanieliza tu lg. Nak kira jujur ke apa ni? Sbb tu restoran ok. X tau la mamak tu mintak izin ke x, byr royalti ke x kat kak hanieliza. Selekeh betul! MJ jenis 'laser' ni tanya la mamak tu (ye, sy bkn jenis ckp blkg). "U dah bgtau ke org tu u ambik gambar masakan dia?" Dia sengih je. Eiii selamba sungguh.
4 comments:
Owh ada ek?Guna nama hanieliza tu?Haih mcm2...lenkali ko buh watermark terang2 sikit Mama Jenn...takleh la org nk cilok..hahaha
Nnt kot ekau nak singgah bazaar blkg balai polis tu, ekau poi la kodai mamak tu. Confirm jumpa. Den punya deco x cukup melotop lai...tu yg den x kisah..tp den kesian kek org2 yg di'lanun' hasil kerjanya. Dah tentunya yg cantik2.
P/s: Bilo maso ekau buat choc? Den baru yo upload cito ni, ekau dah siap komen..hebat. Sambil mencairkan choc, sambil membaca blog :D
Den kan hebat..huarghhh..ngantoks ni..500 pcs mlm tadi siap packaging!
gilak! hahahaha
Post a Comment