Thursday, May 27, 2010

Berehat seketika..

Tu arr, org lain ada blog, ko nak buat blog.
Pastu ko biar je blog ni jadi tukun.
Org masuk pun tgk benda2 dah basi
.
.
.
.
.
.
Hahahahaha! Saya sekarang tgh malas tahap gaban.
Mood belum mari lagi untuk memblogging.
.
.
Apakah terapi yg bagus?
.
.
.
.
Shopping?
Hmmmm menarik....lalalala..
(Jumpa nanti ye. Insya-Allah akan kembali bersiaran tidak lama lagi)

Wednesday, May 12, 2010

Masak lemak ikan tenggiri

Biasanya klu masak2 lemak cenggini, MJ rebus je. X de la nak tumis2 sbb pikir byknya ambik lemak n minyak 1 hari. Tp sbbkan teringin sgt nak mencuba cara masakan yg lain, MJ buat gak. Alhamdulillah mendapat pujian dr DH:D. Bangga you x kisah la dpt resepi dr internet pun, sekurang2nya yg menyediakan masakan tu bini dia ni ha...hikhikhik

MJ mmg suka keje2 CnP ni;p So, mintak izin kat k.nooreen kat UK sana tu utk kongsi resepi yg tlh dia cuba jugak dan dpt dr org lain. Hehehe mmg best!

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tenggiri - potong ikut suka
1/2 biji kelapa parut - diperah dengan 1 cawan air
1 keping asam keping
1 batang serai - dititik
daun limau purut/daun kunyit - dihiris
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
5 batang cili padi hijau - nak pedas boleh tambahkan

cara:
  • ikan diperap dengan serbuk kunyit dan garam
  • gorengkan sekejap dan ketepikan
  • panaskan minyak
  • tumiskan serai sehingga wangi
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik minyak
  • setelah itu perasakan dengan garam
  • masukkan pula santan dan didihkan seketika (santan perlulah dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak)
  • apabila mendidih masukkan asam keping dan ikan tenggiri tadi
  • gaulkan rata
  • akhir sekali masukkan daun limau purut/daun kunyit
  • tutupkan api dan hidangkan dengan nasi

source: k.nis

Tuesday, May 11, 2010

Ayam Harum Thai

Sawadikap....
Ok pembuka selera minggu ni MJ hidangkan masakan ala Thai..MJ godek kat dlm MyR..pemilik resepi ni namanya Oshin..eh cam nama Jepun plak..hahaha..jom tukar selera dgn menu Thai pula..MJ rasa menu ni sedap makan masa panas2...klu dah sejuk, cam kureng sikit..

Dengan bangganya MJ menepek resepi yg di C&P dr MyR, tks ye oshin..

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos
  • 2 sudu besar - sos cili
  • 1 sudu besar - sos tomato
  • 2 sudu besar - pes tomyam
  • 2 sudu besar - kicap cair
  • 2 sudu besar - kicap manis
  • 1 biji air perahan limau nipis
  • daun sup (dihiris nipis)
  • Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam kuali tumiskan Bahan A hingga wangi Kemudian masukkan Bahan B & tumiskan
  2. Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut
  3. Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan & kacau2...
  4. Akhir sekali masukkan lada bengala/capsicum...
  5. Selamat mencuba.. sekali cuba pasti nak lagi.. hehehe


Kad Hari Ibu dr Makyong Ros@JMC :D

Cantik x ros tu...yg memberi pun org yg bernama Ros gak...tks byk2 ye dik sudi beri kad ni kat akak. Jaga elok2 baby dlm perut tu ye...jom terjah blog Ros. Rajin masak makyong ni...http://www.jintanmanis.com.

Assignment kedua : Award dr fiza ITA

Ni award dr bakal pengantin nih...mcm x dok diam je dtg opis hahahaha...sibuk mengira hari..hehehhe..tks la sudi bg award ni kat akak yg gojes niii...hikhikhihik...gorgeous ke mak ni uuu, awwww...x de syarat plak utk pas award ni...jadi dgn kuasa yg ada di tangan beta, beta anugerahkan award ini kepada :

  1. Nowwa - amik la...aku bg ni ha..bkn senang aku nak bg anugerah ni hikhikhik
  2. k.atie - tanda terima kasih sy atas ingat akak
  3. mamahawa - hehehe musim org pas2 award ni mama..sudi la ambik ye
  4. kak TnT - until now, i never know ur name. But i really admire ur cook sis.
  5. Ros JMC - org jauh tp mcm dekat je kat sini
Ha ok la tu dulu kot...

Assignment pertama : Award n tag dr k.atie muuahhhhsss!!

Lamanya MJ x update apa2. Bknnya x 'beroline' tp sibuk gugel benda2 lain. Ok nak settlekan hutg2 lama ni...Dr k.Atie yg sudi menzahirkan award2 ini utk MJ. Terima kasih daun keladi kak. Semoga persahabatan kita kekal abadi.

Ni sempena sambutan Hari Ibu baru ni..TQ kak.
>
>
>
>
>
Next- tag + award

tepek award dulu hehehe


1) Siapakah kawan baik anda?
- kawan + kawan baik tu lain maksudkan. Tp pada MJ sapa yg buat baik, sudi berkongsi suka n duka adalah kawan2 yg terbaik bg MJ...walaaaa ayat mcm nak jwb paper BM SPM hehehehe

2) 3 kenangan manis & 3 kenangan pahit
Kenangan manis:
- Konvo la kan...masa tu last ambik gambar ngan arwah mak
- Hari pertama disahkan bergelar isteri...fuuhhhh mmg kenangan terindah lah
- Hari pertama melahirkan setiap anak2 kami

Kenangan pahit:
- Waaaa gambar konvo last ambik ngan mak x menjadi plak...sedih sgt
- Masa bertandang umah suami (ni masa kenduri ni), pengantin kena tido dlm keta je. Dah la byk nyamuk, x selesa sungguh. Pahit ke..hahahhaha cam klakar plak.
- ishhh x de lagi la..yg pahit2 sume dah buang jejauh...wat pe nak kenang..

3) Kalau anda hanya diberi 1 minit untuk bersama kawan anda, apakah yang akan anda katakan padanya
- "bg aku id fb/ym/email/ctc no korg...nnt blh sambung cite berjam2"..aaa ok x..dah seminit je bg mana leh nak ckp byk2kan kan kan:D


4) Tag 3 rakan anda yang anda rasa mampu menjadi sahabat anda di alam blogger
- ish x leh la 3..semua yg add link MJ adalah sahabat MJ. So sapa2 yg sudi, terima la award n tag ini..

Ok x k.atie...harap2 berpuashati dgn jwpn2 sy:D

Thursday, May 6, 2010

Pandan Muffin Wif Raisin/Strawberry CC

Panjangnya nama...hehehe...sebenarnya nama asal dia pandan muffin je. Tp Mj menambah2 ngan choc chips n raisin. Saje nak bg option kat anak2 makan. Yg sorg x makan raisin, yg sorg lagi suka kutip choc chips..ni pun cite las week. Sementara nak gi kenduri kawen umah jiran tu, MJ bakar mufin ni dulu. Senang le sesgt. Sume suka lah kiranya...

Cik Mat minta maaf le MJ ubah mcm2....tengkiu share resepi ni..mmg syok


Pandan muffin - CMG

Bahan:-

180 gm unsalted butter (MJ guna salted butter)

140 gm gula halus

2 biji telor gred A

80 ml susu segar

1 camca teh esen vanilla

220 gm tepung gandum*

2 camca teh baking powder * (disatu dan diayak)

1 camca teh pandan paste (MJ guna pewarna hijau sikit + perisa pandan setitis 2)

sedikit chocolate chips untuk hiasan (MJ buat separuh cc yg strawberry flav., separuh raisin)


Cara Membuat:-

Putar butter, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telor satu persatu dan putar lagi hingga kembang. Masukkan esen vanila dan putar lagi. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan kacau agar warnanya rata. [Klu guna raisin, gaul dulu dgn sikit tepung dan masa campurkan dlm adunan, jgn gaul kuat sgt & lama sgt. Ni utk elak raisin tenggelam]. Sudukan ke dalam acuan mufin pilihan sebanyak 3/4 penuh, tabur sedikit choc chips dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 175C selama 20 - 25 minit. Bergantung kepada oven masing2.

Ni sample yg ada raisin (yg di'rabak'kan itu) dan yg strawberry cc tu x de la MJ rabakkan...hehehe sedap, gebu..

Wednesday, May 5, 2010

Kek pisang

Hari Sabtu lepas, jiran MJ buat majlis kenduri kahwin anak perempuan mereka. Sbbkan hari Jumaat MJ keje, MJ usahakan juga bake 2 biji kek pisang lps balik keje utk mereka. Adat yang biasa jiran2 MJ buat bila ada yg berkenduri-kendara. Makanan macam ni biasanya membantu tuan rumah utk menghidangkan juadah pada tetamu mereka. Ye la org berkendurikan..kadang tu x sempat nak sediakan mknn. Tp sbb tetamu kena lajugak hidangkan mknn.

ni kek 7", nampak cam muffin dalam bekas plak ek:D

Resepi? Alahai nnt update ye..resepi salin kat buku conteng2 kat umah..tp sgt mudah...sukat guna cawan2 je..x leh nak recall saat ni..

ok ni resepinya:
- 4 biji pisang sederhana besar
- 3 biji telur saiz B
- 1 3/4 cwn tpg naik sendiri
- 1/4 cwn tepung jagung
- 1 cwn gula kastor
- 1 cwn minyak masak
- 1 sdt soda bicarbonate
- secubit garam

Caranya:
- pukul telur + gula hingga kembang
- masukkan pisang yang tlh dilenyek dan gaul
- masukkan tepung naik sendiri, tpg jagung, soda, garam dan gaul lagi.
- masukkan minyak masak dan kaup balikkan adunan hingga sebati
- masukkan dlm acuan yg tlh dialas dgn kertas yg tlh digris.
- bakar selama 45 minit dgn suhu 150°C.

nota ; disebabkan hamba sgt ingin cepat siap, semuanya hamba mix guna mixer hingga proses masukkan minyak. Yg part minyak ni je br hamba buat kaedah kaup-balik guna spatula.

Angin rajin last wk

Hahaha tu last wknya cite...tp minggu ni entah knp malas sesgt nak masak n update blog. Ni gara2 nak berjalan minggu ni la..ke mana? Nnt MJ update. Meh tgk apa MJ sedaiakn utk keluarga last wk. Masak yg biasa2 je tp sbb DH ada kat umah, tu yg bersemangat nak masak berjenis2.

Menu yg sume org x heran nak buat hahaha - maggie goreng, pulut kuning + sambal ikan bilis. Anak2 adam makan sume kecuali sambal tu je...DH & ayah MJ layan sungguh pulut dgn sambal tu. Masa nak masak tu, MJ berkira2, x yah la masak pulut bebyk. sapa nak mkn sgt pepagi hr..tp sudahnya MJ sendiri dpt mkn sikit je isk isk isk...