Monday, November 9, 2009

Nasi minyak Puteri Saadong

Hari tu saje2 mencari2 resepi2 nasi. saja nak menjamu kelaurga di hari minggu dengan menu yg jarang2 dibuat masa hari kerja..sedap jugak nasi ni..saya sgt sukah!! MJ godek umah k.ummi nun jauh kat Kuantan. K.ummi mintak izin ye kopipes kat sini..memang sedap.

Nasi ni sebenarnya warna mcm merah2 sikit sbb ada guna sos kan...tp disebabkan kamera kitorg tu 'canggih' sesgt, x tau la apasal kaler dia jadi camni..cuba la ye..

Bahan2nya:-

5 cawan beras basmathi (mcm biasa MJ x guna basmati)

5 cawan air (air ni sukat la ikut kebiasaan kita masak nasik)

5 sudu makan minyak sapi

5 sudu makan sos tomato

5 sudu makan sos cili

2 biji bawang besar - mayang

2 sudu makan kismis

2 sudu makan bawang goreng

2 helai daun pandan


Bahan Rempah Tumis:-

5 kuntum bunga cengkih

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis


Cara Memasak:-
1.Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan rempah bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu.

2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air.
Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama-sama dengan daun pandan.
4. Biarkan hingga mendidih, barulah dimasukkan beras. Kacau rata.
5. Kemudian masaklah seperti masak nasi biasa.

6.Taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi apabila nasi telah kering. Gaul perlahan. Hidangkan dengan lauk kegemaran

Nota hujung entry:
Hari tu masak nasi ni dia mcm x cukup air. Keras2 gitu. Pastu MJ teringat kawan masa study dulu kata, klu nasi x cukup masak (kurang air), letak cawan yg ada air dlmnya dan tahan panas kat tengah2 nasi dlm periuk tu. Tutup permukaannya periuk dgn foil paper dan tutup penutup rice cooker tu. Biarkan nasi dlm setting 'keep warm' dalam 20 minit gitu atau sehingga ia lembut dan blh dimakan. Insya-Allah ok.

Selamat Hari Jadi Mysara


Moist choc cake (2 layer)
+
Choc sponge cake (1 layer)
+
Ganache + bc

Tempahan dari Puan Hasnah hari sabtu lepas untuk anak saudaranya. Surprise party katanya! Terima kasih kerana memberi kepercayaan pada akak dgn tempahan ini. Sorry ye mcm x berapa kemas sbb order last minute sgt. Akak x cukup masa nak mendeco elok2. Next time kalau sudi blh order lagi tp order la awal2 sikit ye:D

Kepada Mysara:
"Didoakan semoga berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM tidak lama lagi dan diberi kesihatan yang baik sepanjang minggu peperiksaan nnt. Selamat ulang tahun ke17"

Friday, November 6, 2009

Kek Kurma Kukus

Tayang gambar dulu.........

Ini edisi memperabihkan stok kurma puasa hari tu..Walaupun operasi ini berjaya, kitorg ada sekotak lagi dlm peti ais..argghhhh bila nak abis....

Resepi dia sama mcm kek prune kukus, cuma gantikan prune dgn kurma. Klu kurma yg jenis kering, kukus seketika untuk memudahkan isinya diblend. Cubalah..Sedap jugak. Bawa opis sikit, DH bw sikit gi workshop dan selebihnya habuan kami di rumah.

Hakimi @ Jabatan Rehabilitasi

Ni sebenarnya 2nd time appointment. Yg 1st time, DH yg attend. So, gilir2 la kan..Kang ada plak kata "Ko ingat ni opis abah ko ke suka2 nak kuar tiap2 bulan" hehehe..manalah tahu kan..kita makan gaji..

Ok date appointment 4/11/09 9.30pg. Bgn pagi je abg dah nangis2. Kena kejut tidur pastu kena paksa mandi. Kesian plak. Tp nak buat cemana, klu x asuh dr sekarang bgn pagi, nx yr dah nak masuk pre-school. Maka, akan berlakulah adegan tarzan dlm hutan di pagi hari...waaa sana, waaa sini...eiii x leh nak imagine nx yr cemana rupa MJ pepagi hari..

Sampai kat jabatan tu, kena tunggu utk nama dipanggil. Kebetulan dlm deretan kat tempat menunggu tu, ada sorg ibu bersama anaknya yg 'tidak sihat'. Duduk atas wheel chair. Nampak mcm dah umur 5/6 tahun. MJ perhatikan gelagat anak dan ibu itu..entah kenapa tetiba terasa sebak n x sedar air mata mengalir. Anak OKU tu terkial2 mahu keluar dari wheel chair dia. Tp dipasangkan ibunya pengikat pada kerusi tu. Dia x bersuara, cuma buat bunyi2 sahaja dan tergapai2 menarik2 tudung ibunya utk bgnkan dia dr kerusi tu...wohhh MJ rasa nak je peluk ibu tu. Tabahnya dia menguruskan anak sebegitu. Maha Suci Tuhan, aku bersyukur krn aku tidak diuji sebegitu. Anakku sempurna zahir dan batin. Cuma growth development agak terganggu.

Aksi budak x diam sebelum tunggu sesi bermula

Sampai masanya, nama kimi dipanggil. Kami diarahkan ke bilik terapi (fizikal). Terapi ini utk improve fine motor kimi. Mula2 gi bilik lampu (Pelatih tu ckp tu nama bilik). Ada 3 org dlm group kimi. 2 lelaki dan sorg perempuan. 2 org bermasalah autistic dan kimi doktor x diagnose apa2 lagi. Masuk bilik lampu tu, ada juraian2 lampu dlm tube(mcm kat kedai mkn selalu diorg buat deco tu) tp ni jenis halus2 mcm mee. Bilik digelapkan...cuma ada chy pada juraian tali tu dan mat yg berlampu2. Diorg pasangkan slow music. Budak2 tu disuruh masukkan bongkah dlm slot kecik n muat2 saiz bongkah tu. Nampak cam senang je..tp diorg kadang2 blh masuk slotnya kadang2 x blh. nampak cam simple je diorg ajar..tp itulah latihan utk mereka.

Kemudian kami dibawa ke bilik lain. Kimi kena masuk dlm 'kolam' tp dipenuhi bola2 plastik yg berwarna-warni. Abg mmg takut dgn 'kolam' camni. Pernah try bg dia main masa kat Bukit Tinggi..Mmg dia menjerit n menggelupur takut..aparaaa..Pastu pelatih tu angkat jugak dia, masukkan dlm kolam tu, waaaa aku rasa 1 blok tu dgr dia menjerit2 takut n nangis2..Last sekali, pelatih ckp, 'mak masuk sekali dlm kolam tu. tgk cemana' aaa sudah. Dah la pakai baju kurung, nak masuk plak dlm tempat2 camtu..aduuuhaii..tp sbb kimi, mama terjun gak dlm kolam tu..malu beb! Alhamdulillah lps tu kimi blh plak siap x nak balik lg. cis sungguh! Habis sesi date baru diberi, which is nx month.

Seronok plak aku rasa sesi yg ni hahaha..Emm senang juga dlm berkongsi cerita dgn ibu2 yg dtg pada hari tu. Semuanya faham keadaan masing2. Ada sorg yg autistic tu, berkali2 ulang salam pelatih2 tu. Kelakar pun ye jugak. Ok sambung cite kimi nx month nnt.