Thursday, August 29, 2013

Puding Roti Karamel Lapis Coklat Sedap

Wuhuuuu lamanya x melawat blog..sampaikan password hampir lupa hehehe...ok sementara Syawal masih ada ni, MJ nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog MJ..(perasan la ko kan, mcm la ramai..ayat mcm retis gitu)..

Ok, sebelum mood mengupdate lari...MJ nak share dessert yg MJ dapat resepinya dari FB..serius sedap uolss..meh la cuba..Kita dah biasa sgt dgn puding karamel kan tp resepi ni siap lapis coklat lg. Anak-anak MJ mmg peminat puding karamel, bila tambah coklat lg la seronok tgk diorg habiskan..Kepuasan seorg ibu adalah apabila melihat anak2 makan makanan yang disediakan dgn penuh selera! Kan ibu2!!

Ok..kita kasi potong puding tu...
(loading lama gile..sblm mood update blog hilang...aku post je terus..stress mak!)

Puding Roti Karamel Lapis Coklat
Oleh:Khalijah Hussin
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
3 biji telur (saya guna gred AA) – dipukul lembut dan ditapis
7 keping roti gardenia – dicarik-carik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (optional)

Cara-cara:
1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30 minit dengan api sederhana.
8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan.

Info:
* Telur: Jika menggunakan telur size kecil, kurangkan kuantiti roti.
* Tepung jagung: Sekadar untuk pejalkan puding. 1 sudu kecil sudah memadai.

Tips: 
* Untuk elak puding tertanggal: Cakar permukaan adunan coklat terlebih dahulu sebelum dicurahkan adunan plain. 
* Bila puding dah suam-suam kuku, cuba pusing atau putarkan permukaan puding. Jika ia berputar, bermakna puding dah boleh diterbalikkan.

3 comments:

myza said...

resepi kali ni nmpk pelik sikit sbb ada kuku cakar pusing terbalik hehehe nmpk sedap kalau makan sejuk2 kan fffuuuhhhh

Mamajenn said...

tu blm level lompat tikam siram hahahahha sedap woooo...ce try

umi alya said...

terliur tengok..