Gambar close-up sikit dr entry tadi.
MJ CnP je dari Myresepi..tks sofinar for sharing this recipe.
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- 150g pisang emas - dilecek(MJ guna 4 biji pisang emas saiz sederhana)
- 180g tpg gandum
- 180g gula halus /gula icing (MJ kurangkan ke 140g dan guna brown sugar)
- 3 biji telor
- 120ml minyak masak
- 1 sudu teh ovelate
- 1 sudu teh soda bikabonat
- 1 sudu teh baking powder
- secubit garam
Cara-cara
- campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
- masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
- pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda
Bagi yang 'rajin' seperti MJ dan berangan2 nak guna blender, make sure bahan yg berbentuk cecair dimasukkan dahulu dan last sekali br tepung2..kalau x, berat jugak la blender nak pusing.
No comments:
Post a Comment