Monday, March 8, 2010

Chicken Pie

Hahahaha dah lama buat tp baru sempat nak update. Lama dah pun mintak 'petua' dari Puan Peek A Boo, cemana nak dptkan kulit pie yg rangup n ringan...ha ini jawapannya:

X yah pening2, bersusah2 nak pikir untuk menyediakan menu yg ringkas dan sedap untuk keluarga. Mmg MJ suka. Sambil2 nak basuh pinggan lepas masak tghr, sempat je membakar pie ni. Kebetulan DH plak keje petang. So, dapatlah bekalkan sikit untuknya.

Kulit pastri tu boleh dapat kat kebanyakan giant supermarket - Jusco, Carre4, Giant, Tesco. So no fussy to get this instant pastry okey.

Untuk intinya MJ buat camni je:
Bahan2nya:
a. Bawang besar - potong dadu
b. Setengah peket daging cincang (±250g)
c. Sebiji kentang - potong dadu
d. Carrot - potong dadu (qty agak2 le)
e. Sedikit serbuk lada sulah
f. garam secukup rasa
g. sos tiram
h. 1 sdt tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Cara2nya:
1. Goreng kentang, jgn sampai garing sangat dan asingkan.
2. Tumiskan bawang merah hingga agak layu dan masukkan daging cincang. Jangan biarkan daging bergentel besar. Jadi, cincang2kan masa dlm kuali tu.
3. Masukkan carrot, kentang yg telah digoreng tadi, serbuk lada sulah, sos tiram dan garam.
4. Kacau sehingga agak2 carrot empuk dan masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan inti ini tidak berair sgt ye. Nanti kulit pastri blh pecah.
5. Biarkan inti sejuk seketika.

Meng'pie'kan ia:
1. Ambil sekeping kulit pasti dan isikan inti tadi (±1 1/4 sdb).
2. Lipatkan dan tekan setiap tepi kulit pastri dgn garfu. Pastikan tiada yg terbuka.
3. Sapukan luaran pastry dengan kuning telur. MJ kelar2kan (tp x tembus ke inti tau) luarannya. Saje suka.
4. Aturkan dalam tray yg telah digris dan bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit.

2 comments:

Nowwa Fitri said...

Sonangkan...tak payah susah2 uli...hahaha...den lak terliur ni...sibuk buat cekelat ha..nk kirim tak?
Kok sok balik den takdo nk jual harga den boli doh..den UP dah mould tu...hahahah

Mamajenn said...

nowwa : den x monyompek yo nak bukak web tu..bln ni bln sakit la...ni pun demam2 dtg opis dr dok umah yg panas membahang tu, baik lepak opis. Kojo den menimbun x siap2..x laratnya... x po la, ekau nak up hargo pun den x kisah do. mano yg berkenan nnt den boli la kek kau. sgt2 x larat ni...