Wednesday, July 14, 2010

Ayam Goreng Berempah

Mmg suka resepi ni..sekali try terus jatuh chenta..dah lama dah simpan resepinya tp br je berkesempatan mencubanya. Hari-hari masak menu yg biasa2 je. X sempat2 nak membelek koleksi2 yg dah di copy n save dlm pc..hehhehe..byk dah beratur. X tau la bila blh cuba semuanya. Ok kita layan ni dulu..MJ jumpa resepi dari blog K.Nor secubitgaram. Tp K.Nor copy resepi tu dari K.Love..wah cam surat berantai plak...apa2 pun, mmg best n tks to both of u:D.

Ayam Goreng Berempah Serai ~ Love

  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 7 ulas bawang merah~ ditumbuk
  • 2 inci halia~ ditumbuk
  • 2 batang serai~ ditumbuk
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1 bj limau nipis ~ perah amik air dia (nak letak lemon pun tak per)
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)~ k.nor tak letak
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak utk menggoreng
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

No comments: