Monday, July 12, 2010

Musim durian tiba....

Musim durian tiba ek..MJ pun x la melepaskan peluang menjadi 'tetamu musim buah' hehehhe..x de la..DH memang susah nak cuti hari sabtu ahad. Kebetulan plak dapat cuti sabtu n ahad last week. Excited nye pasal, hari Jumaat malam kitorg dah gerak ke Pekan, Pahang. Lama sungguh x jumpa keluarga mertua. X byk pun yg dpt update. Meriahnya bau2 durian di sana. Tp masa tu jugak la penyakit bulanan tu nak datang. Masa tu jugak la dia nak dtg dlm keadaan yang menyakitkan...heeee rugi sungguh. X lalu nak mengadap durian yg dah tergolek2 depan mata. Semuanya jadi x lalu nak makan. Bila bawa balik Serdang sikit je la yg blh muat keta kami yg kecik itu huhuhuhu..

Hari ni MJ menjamu kawan-kawan opis dgn durian. Mula2 bw yg dah siap kopek sbb kat opis ni x cukup alat (parang/pisau tebal) utk kopek. Bawa 2 bekas....habis..siap ckp x cukup tu...Pastu atas ehsan DH, dia hantar lagi sekarung, dengan parang2 sekali...hahahahha..

Yg pompuan tudung kaler biru tu...aaaaaaaa sudah tentu........bkn MJ..tp Pengarah MJ hehehe

So, hari ni kami mmg kenyang mengadap durian. Sorg pun x keluar lunch. Ditambah pula dgn keropok leko yg dihidangkan dengan hanya dipanaskan menggunakan microwave. Sihat sungguh. X yah masak atau goreng2 guna minyak pun. Yg x biasa makan camtu, semua dah jadi biasa. Janji perut terisi, ye tak?
Ni la tukang kopek durian...sampai luka2 jari..hebat sgt.

TQ la kat family mertua dgn segala bagai 'hasil bumi' disuruh bawa pulang. Sgt suka dan berterima kasih. Kat Serdang ni sume mahal2. Nak makan sekali sekala blh le hehehe. Klu ikutkan hati, sume nak diangkut (ceh selamba nye menantu). Tp tu la kan, keta kecik, sume nak dibawa. Mana muat. Sib baik blh naik bukit-bukau sepanjang nak balik (ishh org luar yg x biasa dgn jln pantai timur mesti ingat susahnya nak sampai kpg org ni hehehe).

4 comments:

Dessert Queen said...

apo tak bagi den sket?
[sian laki den hantu durian..tapi den tak goma!]

Mamajenn said...

den nak boghi jiran sblh pun x cukup2..sumo isi umah den yg perabihkan hahahaha...cemano nak past kek kau..

sehati sejiwa said...

itula makngah..den dah khobar ee..beli keto bosar sket..len kali boleh angkut sumo hasil bumi tuh!! HAHAHAHAH...

Mamajenn said...

hahahha ngada2 k.long..telur itik mak bg hari tu sedap le...nnt balik ry blh lah belikan siap2 ek (demand plak:p)