Sunday, July 24, 2011

Pengalaman Caesarean (1)

fuhhh bizinya org ni. Hari ni br sempat memblog. MJ ingin berkongsi dgn sesiapa yg mencari info atau pengalaman org yang di ceaser.

Ceaser dilaksanakan dalam keadaan kecemasan atau telah dijangka. Misalnya mereka yang mempunyai kandungan songsang, biasanya doktor akan menentukan tarikh untuk ibu berkenaan di ceaser. Kes-kes kecemasan apabila berlaku perkara yang tidak dirancang di bilik bersalin, contohnya. Bagi kes MJ, doktor terpaksa decide untuk ceaser setelah bacaan degup jantung bayi makin perlahan. Walaupun, agak kecewa sebab laluan telah buka 6cm, Mj terpaksa redha demi menyelamatkan nyawa bayi MJ.

MJ sgt2 berbangga dengan kecekapan staf Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Sgt cekap. MJ rasa dari bilik bersalin di tolak ke bilik pembedahan dan proses mengeluarkan bayi serta jahit semua, dalam 15 minit dah siap.

Masa bius dicucuk di tulang belakang, sakit çontraction'hilang serta-merta. Kemudian, MJ dah x rasa apa2 dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Bius tu dibuat separuh pinggang. Boleh la dgr segala percakapan doktor n staf serta yg paling bahagia bila dengar suara baby menangis. Semasa di operate, MJ rasa sejuk sgt, menggigil2 sampai gigi pun berlaga2. Mulanya MJ ingat sebab aircond bilik tu ke..tp bila MJ suarakan pada nurse, dia kata itu mmg effect dari bius tersebut. Masa nurse tunjukkan baby untuk kita sahkan sendiri jantina bayi, bergenang sekejap airmata. Satu lagi Amanah Illahi yang wajib kami corakkan.

Selepas sahaja selesai, MJ rasa nak muntah. Ini adalah normal kesan dari ubat bius tersebut. Terharu sekali lagi, apabila nurse di bilik bedah tersebut sanggup menadah tangannya untuk menadah muntah MJ gara-gara dia x sempat nak capai mangkuk. Sib baik perut dah memang kosong sbb makan last pukul 9.30 mlm. So, air kuning yg pahit tu je la yang keluar. Kalau x, mesti nasi, isi ikan, ayam sume bersepah hehehe...

Selepas itu MJ ditolak ke sebuah bilik dan ditempatkan di situ untuk beberapa ketika. Untuk tujuan monitoring kot. MJ x tanya sgt sbb dok rasa sejuk n nak cakap pun susah sbb gigi berlaga2 hahaha..tp ada sorg doktor dok sebelah n tgk2 kat komputer. Dia cek maklumat MJ dll.

Ok pengalaman seterusnya di entry seterusnya...ok x leh panjang2..kang muak pulak korg baca hikhikhik

7 comments:

Cendana Kasih said...

tahniah atas kelahiran yang beru.... bagus juga servis hospital putrajaya ni yer...

Mamajenn said...

Terima kasih:D Saya mmg suka dgn servis Hosp. Putrajaya..Sejak 1st baby lg. tu yg berusaha jugak utk bersalin di sana w/pun kawan2 ramai bgtau akan ditolak ke Hosp. Serdang juga sbb ikut alamat ic. Sib baik misi berjaya hehehe

naufal/afif/go said...

tahniah wat qashima n da geng....
jaga2 k..moga sihat sepenohnyer..heheh

Mamajenn said...

mekasih munirah...insya-Allah

Cho Zila said...

akakpun suka ngan hospital putrajaya... gitulah pengalaman ceaserkan, akakpun der mengalaminya tapi di PPUMler.. sekarangni hospital kerajaan dah ok kot.. kat ppumpunok sesangat...

Mamajenn said...

hehehe diorg dah makin improve. mcm tu la br nampak ikhlas memilih bidang kejururawatan kan..

Anonymous said...

SALAM, BOLEH SAYA TAHU KOS UNTUK PEMBEDAHAN CZER DI HOSPITAL PUTRAJAYA?