Sunday, August 14, 2011

Menjaga luka caesar & berpantang (Pengalaman Ceasarean 2)

Susah nak cerita ni hahaha..MJ sebenarnya bukanlah org yang mengikut sgt pantang-larang melayu. Kebanyakan pantang-larang yg diberitahu org keliling ada yg MJ ikut dan ada yg tidak, mengikut rasionalnya utk dipatuhi dan juga keadaan moden sekarang.

Pernah dengar org bersalin x boleh minum air byk? Hmmm mitos yg MJ terima masa anak pertama. Akibatnya, susu badan kering dan luka lambat sembuh. Bagi ibu2 yang berhasrat untuk menyusui bayi anda, kita perlu minum sekurang2nya 3 liter air sehari. Insya-Allah susu badan akan mencukupi dan mengenyangkan bayi kita. Tentang luka pula, MJ ada terbaca di ruangan kesihatan Utusan Malaysia dlm tahun ni..tp lupa pulak nak ingat alasan2 dari segi perubatan tentang pentingnya air yg mencukupi dan sgt membantu untuk menyembuhkan kembali luka dgn cepat.

Cukup ke dgn air kosong sahaja? Tidak, bayi kita perlu cukup zat n vitamin yg semuanya diperolehi dari susu ibu tersebut. Jadi, perlu utk ibu itu mengikut piramid makanan dan jika perlu, vitamin atau pil2 tambahan diambil.

Masa MJ belum habis hari lagi, ada jiran datang bertanya itu dan ini. Kebetulan anak perempuannya juga caeser. MJ tanya dia makan apa .."Ala, acik bagi makan kentang dgn sawi je. Yg lelain acik x berani nak bagi takut menanah pulak". Perghhh sungguh tegar anaknya berpantang masa tu dah masuk 3 minggu dgn makan itu je dan anak dia masih tidak cergas dlm tempoh tersebut. Bukan nak membangga diri la kan, tp Alhamdulillah, MJ sudah mula buat kerja rumah seawal 2 minggu slps caeser. Mungkin terpaksa sbb DH MJ kembali bekerja dan MJ tiada maid. Mmg sakit jugak hendak bergerak tp digagahkan juga demi kesihatan diri sendiri n menguruskan anak yg 2 org lagi.

1. Perlu bergerak/berjalan
OK, org caeser x leh nak duduk or baring je, yang. Ambil air ujung katil pun nak suruh cik abang ambilkan hikhihik. Kena bergerak sendiri w/pun perlahan. Untuk bangun n duduk dari kerusi, just tekan/pegang sikit bahagian luka tu n bangun perlahan-lahan. Apabila kita bergerak, oksigen yg dibekalkan oleh darah akan dapat sampai ke bahagian luka tersebut. Luka tersebut memerlukan oksigen yg mencukup untuk pulih. Kata nurse kat Hosp. Putrajaya tu la. Nak terangkan secara medical term, bukan bidang MJ :p

2. Bersin/batuk/berdehem
Begitu juga ketika hendak bersin atau batuk. Part ni mmg MJ surrender. Rasa x puas batuk n bersin..So, sama juga. Tekan sedikit tempat luka n lepaskan. Tp mmg x puas beb. Bersabarlah dgn ujian-Nya

3. Mandi
Ada mcm2 cara yang MJ dengar org caesar mandi. i). Tutup luka dengan plastik yang panjang (plastik sampah kerat 2), ii). mandi terus n x cover apa2 di tempat luka, iii). lap badan sahaja sehingga tempoh luka kering....

Haaa MJ nye style lg best hahaha. Mandi mcm org rukuk dalam solat tu dan bahagian luka MJ cover dgn kain batik yg digulung2 n sarung/lilit je kat pinggang. Jirus bahagian kepala sampai pusat dan bawah kecuali tempat yg ada kain batik tu je hehehehe..cuak nak bagi air kena luka. Kena mandi n bersyampu juga untuk menjaga kebersihan diri sbb lps tu kita akan berkepit dgn baby. Dah sebulan, baru la MJ berani mandi terus tanpa lapik tempat luka.

Menurut doktor, sebenarnya boleh je mandi terus tp MJ yg takut sbb mcm2 cerita dgr jika tempat luka tu tidak dijaga betul selepas mandi.

4. Menjaga luka caesar
Ini perlu diambil perhatian untuk mengelakkan bhgn luka menanah. MJ tiada proper way utk menjaga luka ni. Hanya memastikan tempat luka sentiasa kering dr sebarang lembapan. Mungkin ini membantu dr pengalaman MJ sendiri.

a. Pastikan panties kerap ditukar dan buatannya dr kain kapas agar menyerap peluh. Setiap 4 jam, panty liner atau pad mesti ditukar.

b. Walaupun tempat luka ditutup semasa mandi, lapkan juga tempat luka selepas mandian. Guna sahaja tisu untuk memudahkan kita mengesan lembapan/air yg terdapat pada tisu tersebut slps mengelap.

c. Gunakan hair-dryer instead of kipas angin. Ini kerana dikhuatiri kipas angin tersebut tidak bersih atau menarik habuk sekitarnya dan menempel diluka tersebut.

d. Ada sesetengah private hospital bekalkan ubat luka. Sapukan sahaja.

e. JANGAN sapukan sebarang jel gamat la, minyak gamat la .....di tempat luka. Biarkan sahaja ia kering sendiri. Sebarang cecair/lembapan boleh menyebabkan kuman melekat dan seterusnya menyebabkan jangkitan pada luka.

5. Makanan & minuman
Mmg macam2 yang MJ dengar x boleh makan n minum. Tp pada MJ, usah dera wanita yg telah kehilangan banyak darah, terputus urat yg banyak sebab melahirkan anak:D. OK ni yg MJ makan n minum sepanjang pantang. Mungkin boleh cuba sedikit dahulu. Jika tiada sebarang masalah pada badan n anak, boleh la makan seperti biasa.

Sayur-sayuran
- Sawi - Pak choy - Kobis bulat - Lobak Putih - Pegaga - Taugeh - Carrot - Bayam hijau - Kobis daun - Kailan - Kentang - Suhun n fucuk - Sawi putih - Kucai - Tomato

Lauk
- Ikan merah - Ikan tenggiri - Ikan haruan - Ikan senangin - Ikan sebelah - Ikan selar - Ikan gelama - ayam n daging

Hey ppl, awak perlu ambil protein untuk cepat menyembuhkan luka tersebut. So jgn takut mkn ayam n daging. X gatal pun. Kalau x berani, cuba sedikit dahulu okey. MJ makan ayam dr 1st day operate. Alhamdulillah tiada masalah...hmm so blh la nak makan burger, kfc dll...no harm la. Jgn dera diri ok, makan je.

Minuman
- Milo - Horlicks - Soya Organic Melilliea Drink - Yogurt Drink (any flavor) - Nesvita - Oat Drink

Bukan la MJ nak menunjukkan diri ini hebat seperti SuperMak okeh...hanya berkongsi pengalaman dan ilmu yg cetek ini dgn adik2 diluar sana. Mungkin ada yg senasib dgn MJ yg telah tiada ibu untuk menjaga anaknya semasa berpantang. X pe, x perlu bersedih. Itu semua cabaran yg mesti dilalui dgn tabah. Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi panduan (angah, pait, alang, MIL, k.long, munirah) dan membantu semasa pantang (myza dan intan) sepanjang tempoh tersebut. Terima kasih dgn penuh kasih sayang buat DH yang menjaga MJ dgn baik sekali. Sy sgt menghargainya dan sayang kamu semua banyak2 hehehe...

74 comments:

hermyza said...

wah ada juga selit nama saya..padahal smua akak yg gagah buat sndiri..hehehehehe

Mamajenn said...

klu blh 1 kampung nye nama akak nak tulis hehehhe tp tu la kang boring plak bc post pepanjg hehehe

Anonymous said...

ada reason nape xdigalakkan makan daging awal2 pntg czer-coz urat2 kita byk putus..yg besar2 pun..so mesin perut xbule nk porses mknan yg liat2 mcm daging..

Mamajenn said...

anonymous : maaf la sy mungkin tidak mengikut pantang larang org melayu. dan alhamdulillah setakat ini, pemakanan yg sy percy blm lagi memudaratkan saya. Setahu saya yg memproses makanan adalah usus dlm perut dan sy pasti tidak terlibat langsung dlm kawasan pembedahan yg sgt hampir kpd bhgn ari2 kita. Sewaktu bersalin normal anak sblm ini pun sy mengambil daging n ayam sebagai sumber protein utk urat2 yg putus lbh byk (sbb lahir normal) kembali sembuh. So, sy perlu alasan yg rasional berkenaan ini. Kalau tuan/puan ada alasan yg lbh ke arah medical, Insya-Allah sy terima:D Happy reading!

harzharun said...

Thanx a lot for sharing...sy br 2 hr mjalani czer...masih x bgn bjalan...takotttt...huuuu...

Mamajenn said...

itu je pengalaman yg sy ada. saje kongsi untuk mereka yg mencari info. X pandai sgt bab2 ni semua. Hanya test pada diri sendiri dan lbh kepada merujuk kepada doktor..Alhamdulillah, bidan2 di tempat saya kebanyakannya dah moden wpun mereka semua di usia emas:D

mama ayra said...

saya pon czer anak ke3, kena makan suplemen untuk kesihatan badan.Alhamdulullah luka cepat sembuh. Badan pon sihat dan cergas.

Mamajenn said...

mama ayra : setuju2...supplemen penting sbb pemakanan kita seharian xsure lg lengkap ke x spt piramid mknn..xkan setiap kali nak mkn kena timbang2kan hehehhe..

Anonymous said...

Tma kasih utk info yg sgt bguna ni..sy dah hmpir sebulan czer ank pertama..alhmdulillah luka xde mslh,sy mnd mcm biasa lps 5hr czer..dan sy mnum gamogen sbgai suplemen..cuma ssu bdn x byk coz bby x bf..sdih jgk tp redha je la...

Mamajenn said...

Hi, tahniah dpt baby. Berkenaan bf, saya x mampu nak guide byk. Sbb sy bknlah cemerlang bab bf. Wpun berazam nak buat exclusive, sy hanya mampu bertahan selama 6 bulan shj. Slps tu x jln. Cr la info ttg bf klu berazam utk buat. Apa2 pun, susu ibu adalah yg terbaik:D..jgn cepat mengalah..pgg la kata2 ini..high demand, high output...

Anonymous said...

Aym daging tu msk style pe ek..

Mamajenn said...

Ayam & daging tu boleh buat sup2, bakar, masak black pepper. Daging tu blh bakar/panggang, pastu hiris nipis2 makan dgn cicah air asam+lada hitam...perghhhh mesti lupa tgh pantang la..hahahha...Tp sy prefer sup sbb nak hirup sup byk2..so, susu badan pun meriah bila ambil liquid byk:D.

Anonymous said...

Assalam. Blh tnya. Ada ambik apa2 jamu or set bersalin utk pulihkan bdn?

Unknown said...

Supplement ape je yg leh cdgkn ya utk kasi luka pmbedahan cpt sembuh? Xda idea, xda pgalaman lg, tp nak sgt tau sbb 2mgu lg sy bakal menjalani pembedahan buang cyst dlm masa yg sama sy sdg hamil 3bln

Mamajenn said...

Anonymous & norzalifa: supplement yang bagus untuk cepat memulihkan luka dalaman, saya cadangkan jus Biodelima. Luka cepat baik n bdan kita cepat segar. Cuba cek di FB mereka Kembara Delima Biz. Saya x ambil jamu sbb x suka bau2 dia n risau risiko anak panas/kuning lmbat baik. Tp lain org, maybe lain caranya ye..itu pengalaman sy shj. Maaf lambat balas..

yani ismail said...

salam...btul ke org ckp klu bersalin czer tak leh minum milo. taku nnti bekas luka czer tuh jadi parut hitam dan tebal..?

Mamajenn said...

Yani Ismail : ada juga dgr org kata begitu. Tp sy x nampak dari segi perubatan air milo/coklat/koko blh menyebabkan parut tu jadi tebal/hitam. Apa yang penting bg saya, luka jahitan itu sembuh sepenuhnya dan bebas jangkitan. Rawatan utk mencantikkan semula parut tu pasti ada di luar sana. saya x berani nk usul apa2:D. Blh tanya doktor skincare atau farmasi kot:D

cik waniey said...

Nk mencelah ckit..bab air milo 2,dkhuatiri ibu y jnis xtahan,boleh sembelit,bleh kurangkan sukatan,bab ayam kfc..rasenya ade celup telur sblum dgolek dlm tpung n goreng,papepun tngok ketahanan badan

Mamajenn said...

cik waniey,
Betul n setuju..semuanya depends pada ketahanan badan. Disitulah perlunya pengambilan pemakanan yg betul sebelum dan selepas kehamilan kan. Supplement pun membantu utk memulihkan cepat luka jahitan tu. Alhamdulillah sy mmg tiada masalah makan kfc sewaktu pantang..betul ke dia salut telur..wahh no more secret ingredients la ni hehehe

Qider said...

saya setuju,makan takleh catu sangat..macam mana nak sihat kalau tak makan makanan yang betul dan segar.

Mamajenn said...

Qider...kan? hehehehe

Cik Leez said...

Walaupun post ni dh lama tp nk jugak komen.. Hihi.. Sya pon baru 18hari czer anak kedua, masa anak 1st dlu mak aihh 2 minggu en suami urus lg nk bangun duduk mandi smua.. Alhamdulillah anak kedua ni 10hari saya dh boleh urus sendiri smuanya.. Dr mandikan anak, kemas rumah smua sbb kalau terbaring ke kat tilam mmg rasa badan x sihat, mmg kdg2 terasa sakit kat belah dlm, bila rasa sakit mmg sya rehat dlu..
Bab makanan memg sya x pantang sgt sbb sya pikir mat salleh tu x de pin pantang beria .. Lebi kepada adat je sbnrnya yg kata itu ini x blh mkn.. Dn jugak bergantung pd ketahanan badan, ayam key hefff seee sya tibai je jugak hihii x straight sgt sbb nnt mmg x de tenaga.. Kalau yg btol pntang tu pantang untuk bsama suami.. Yg tu mmg jaga dlu hehehe

Mamajenn said...

Hehehee nakal Mak cik Leez ni...Saya setuju. Pantang sangat tp memudaratkan watpe kan..Badan kita, so kita blh agak sendiri blh terima ke x. Maybe lain org, lain pula caranya..tulisan tu semua adalah dari pengalaman saya sendiri..bkn nak tunjuk hebat tp hanya berkongsi. Selebihnya terjadi dengan izin-Nya. Insya-Allah:D

Anonymous said...

Sy dah sebulan czer untk ank pertama..boleh x sy nk tny pengalaman semua..biasenye bpe lme mase untuk luka dalaman sembuh sepenuhnya?sbb luka luar dah elok kering..tq

Mamajenn said...

Anonymous : luka dalam ni susah nak cerita. sbb kita x nampak kan...maaf puan, sy sendiri tidak pasti dan tidak dapat membantu puan.

BONDAMAS said...

Tq atas information menu berpantang nih. Saya paling takut nk mkn apa2 selain bubur, bilis dan sosej. Biarpun saya dh lepas pntang 55 hari.

Anonymous said...

Salam.mereka kata kalo xpantang...kesannya bukan sekarang...tp bila dh berumur nanti.skang mmg sihat aje.

Kenari Putih said...

wah mj, hari pertama dah makan ayam.. sy xberani mkn ayam, lagipon sy mmg ada alahan kulit.. ikan dan daging je yg saya makan.. biasa ikan yg sy makan, ikan senangin mmg feveret..

Mamajenn said...

Maspaun : ambillah apa jua makanan selagi ianya halal, cukup khasiat dan tidak memudaratkan diri dan kesihatan hehhe

Mamajenn said...

Anonymous : Insya Allah selagi kita amalkan cara pemakanan yang sihat, cukup zat, kita dapat kekalkan kesihatan kita. Bergantung kepada situasi masing2. Selebihnya kita tawakal kepada Allah. Ada juga kawan2 sy yg pantang gile2 tp umur x jauh dr sy dh mengeluh sakit itu ini. Adakah pantang itu jaminan? Mungkin saya pun salah dalam mentafsir makna berpantang tp sama-samalah kita doakan kesihatan bersama untuk terus berbakti kepada keluarga kita..kan..:D

Mamajenn said...

Kenari Putih : Kalau itu yang menyihatkan puan, teruskan aje hehehhe..semua yg sy tulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Klu rasa x confident, x perlu ikut cara saya tu:D

Anonymous said...

Suka bc entry neh..sy pun bersalin czer..pantang nyer pasal naseb baik tk kena jahit smula..ikutkan sgt suma menda tkleh makn..sayur..sejuk..buah sejuk..air byk kembang..end up..luka tk baik2..pg cuci siap kena marah lg...huhh..bila dh tau tuh..santak je suma menda..kecuali seafood..barulah nampak luka mula nk heal..klo tk asyik lah basah berair je..siap ada bau

Anonymous said...

MJ thanks for info...sy baru plan nak mkn sup ayam kg..tu yg cari info dulu....x brani nak mkn terus...
Nway just to share...sy baru 15 ari bersalin czer anak pertama....tp dah 3 kali menjalani pembedahan...Alhamdulillah pembedahan kali ni sgt berbeza dgn yg 2 sblm ni....sbb kari ke 2 sy dah boleh jln perlahan2 dan hari ke 4 kat rmh pun dah blh wat keje rmh skit2...Sy dpt rasa kesan cepat penyembuhan ni dari supplement yg sy mkn sepanjang preggy..sy amik set Shaklee... Hasilnya mmg bagus...bagi kita tenaga dan penyembuhan luka yg cepat... Lg satu jgn lupa mkn pati ikan haruan...hasilnya pun mmg terbaikkk....:) Bagi yg tgh preggy tu elok lah amik supplement dan mkn lah mknan yg berkhasiat...jgn pikirkan diet atau pun takut gemuk ye....sbb semua tu adalah utk bagi kita tenaga masa bersalin nnti....

Anonymous said...

Saya nak tnye... klu ceaser ni, mmg kn duk baring n tido je sambil duk mengeluh sakit n xleh nk bagi menyusu anak pun ke?
Sbb ye la klu brnk biasa, kita dh digalakkn menyusu ank, terus dr baby lahir... tp sy tgk biras sy cam over je. smpi menyusu baby pun xboleh. sbb tgk org lain yg ceaser boleh je menyusu anak.. jln jg sikit2, ni tido je dlm bilik...masa di hosp 3hr, ank 100% nursery jg, die lgsg xambik tahu. bkesian baby xdpt nutrisi susu dr awal.

ima said...

setuju dgn mj..knp perlu pntang mkn pdahal khasiat mknan tu yg nk dbri pd bby..sya dh 3x czer so far ok.ari ptma czer sya dh mkn tlur mta krbau.alhmdulillah xde apa2.pgmln sya brpntng kli ke 3 ni kna bt kja sndri,mak dtg jga 2mgu je.pstu smua bt sndri.tiap kli czer sya akn tny smada luka sya ok @x..doc xbg ikat lg coz luka rahim yg lps msih cntik..so lg 4 thn czer lg utk kli ke 4 la bru doc nk ikat..

Mamajenn said...

Terima kasih semua. Insya Allah ilmu yg sedikit ini sy kongsikan utk semua. Mana yg confident cara rasa, boleh ikut. Yg masih ragu2, tiada paksaan untuk menerima semua yang saya tulis. Apa yang perlu, jaga kesihatan, jaga pemakanan, air perlu cukup diambil setiap hari. Insya Allah kita akan dapat pulih seperti sediakala.

Ibu bersalin czer adalah mampu juga menyokong penyusuan seawal hari pertama kelahiran. Rugi jika bayi tidak dpt susu awal (kolostrum) ibu. Byk khasiat dr susu awal tersebut.

Ima, bestnya dgr blh proceed ke 4! Moga selamat kedua-dua ibu dan bakal bayi nanti ye.

Anonymous said...

saya mmg sokong part mkn protein n minum air kosong 3 litre sehari. mmg badan x letih dan lebih cergas :)
tq ats perkongsian cara mandi sbb pglman yg lepas tmpat c sect bnanah gara2 x kering dan kena jangkitan kuman.
ina :P

Mamajenn said...

Salam Ina,

Ikut mana yg sesuai ye. Org kata penerimaan 'badan' seseorg tu x sama. Kalau ada mana2 yang rasa tidak sesuai dgn badan/bayi, better tinggalkan. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik oleh-Nya

lia said...

saya kurang dr 24 jam baru je lepas caesar.. tk dapat bf anak sbb anak ada masalah pernafasan sikit so kena sentiasa dekat dgn machine monitor.. sedih sgt tp td nurse dh bg susu botol skrg dia tido nyenyak sangat. sy baru gerak 2 kali dalam masa kurang 24 jam, satu mak tlg sikit and jalan bongkok. kali kedua gerak bangun baring sendiri and cuba utk tegak.. tp mmg sangat mnyakitkan.. bila agaknya sakit ni akan beransur? saya mummy muda baru nak masuk 18 tahun haha

ashrin said...

salam..sy pon baru je bersalin ceaser 2 minggu lps...alhamdulillah, kesihatan sy ok cuma anak je kena jaundis sket..
bab pantang2, mmg setuju sgt dgn puan, jgn la kita terlalu taksub sgt dgn amalan pantang yg memakan diri tu...ada yg bole kita ikut dan ada yg tak bole kita ikut...

bab mandi tu mmg sy mandi mcm biasa, tp lepas mandi sy akan lap kering2 dan anginkan tempat luka ceaser tu...alhamdulillah luka setakat ni ok bila nurse check..

bab minum air mmg sy kena minum byk air sbb tgh musim panas skrg ni disamping utk pastikan bekalan susu badan sentiasa ada sbb baby sy ada jaundis (sgt berharap jaundis baby akan berkurangan..huhu)

bab makan, mmg kawal jugak la...tp sy akan pastikan setiap makanan yg sy ambil ada khasiatnya utk badan dan sembuhkan luka... :)

Mira Hamzah said...

Bab nk mandi tu mmg sy pun seriau nk bagi air lalu. Hari 1-7 mmg xbagi kene air. Tp masuk day 8 sy mandi cam biasa tp pastu la kering2 n letak kain gauge. Perati selalu kt depan cermin. Tgok kot2 kat pelipat2 berpeluh so kene lap lah.. Mmg leceh sikit nk jaga. Tp kgn merungut, nt lg sakit, pahala pun kurang hikhik... Kalau berdenyut2 non stop lebih 24 jam better pi check kat specialist.
#pengalamanceaser2kalije

Mamajenn said...

Salam Lia: Tahniah, maaf lambat reply sbb jarang dah nak berbelog skrg ni heeeee..sakit tu bergantung kepada org. Sbb kita x tau nk measure kecukupan zat yang diambil setiap hari utk membantu mengurangkan/menghilangkan sakit tu. sabar la ye..selamat berpantang.

Salam Ashrin: Ambillah apa sahaja makanan yang dirasakan selamat n sihat untuk kita n bayi. Enjoy your mommmy world ye:D

Salam Nomi : hehehe ye, yg penting kebersihan kan..Dah itu rezeki kita, redha je la mak..:D

Unknown said...

Salam mj. Nk tanya. Beranak czer ni bila ea kita boleh exercise? Sbb saya kaki exercise. Adakah lepas czer saya dah tak boleh main sukan mcm badminton, atau lain2 outdoor.

Anonymous said...

salam mj..saya nak tnya,klau dah dua bulan bersalin czer, dah boleh ke makan seafood?

Anonymous said...

salam mj..saya nak tnya,klau dah dua bulan bersalin czer, dah boleh ke makan seafood?

Unknown said...

Saya setuju.saya berpengalaman 3 kali czer.skrg berpantang 29 hari.mmg saya xhad kan makanan.makan je semua especially telur dan ayam.lagi pon di hospital mmg diorg bagi je ayam kan.ha bedal.Alhamdulillah so far saya xpernah ade mslh dgn luka czer tu.doc dan nurse siap kata luka saya cantik..."ni mesti pantang betul2 kan?luke cantik je ni.." ha tula ayat yg biase sy dpt dari doc dan nurse.satu lagi supplement vit c,multivitamin memang xtinggal. Tips luke cepat sembuh adalah bergerak secepat mungkin selepas bius habis. Buat eksesais kaki atas katil je pon dah ok.lps tu kene berani gerak turun katil. Tips kedua, luka czer mesti sentiasa kering.tips ketiga makan perlu cukup zat piramid makanan supaya luka dalaman tu sembuh cepat dan elok especially kene cukup protein untuk build sel baru. :-)

Anonymous said...

Lebih kurg 3 tahun bru smbuh spnuhnye..ini misi bidan hspital yg bgtau..

Anonymous said...

Salam awk..nak juga komen walaupon post lama. Sy setuju dgn posting awk ni sebab sy juga cser (2x). Sy juga x ambil jamu. Apa2 pon berpantang ketat disiplin tak menjamin juga kesihatan hari tua. Sbb makcik sy pon ckp..dulu2 segala benda dia ikut. Mmg ketat..dah masuk 50an mmg dah sakit bdn padahal berpantang beria itu x boleh ini tak boleh.. Sudahnya dia ckp - ikut bdn kita and apa doktor pesan. Sebab zaman dah moden. Yg penting cukup zat protein etc..exercise.. Sy seminggu lepas bersalin dah start buat kerja rumah walaupon ditegur kwn2 mak. Dorg suruh baring..sebenarnya salah tu..mana boleh baring..lagi sakit adalah.

Unknown said...

Klau boleh kena pantang terutama kobis tu, bayam tu sejuk... rahim kita urat wanita x boleh sejuk...saya caesar tp salah mkn sikit ja terus demam ketar...selimut bertungku...

Unknown said...

Saya pun bersalin czer dah hari ke 19 harini..luka luar seminggu dah ok cuma dalam je kadang2 terasa jugak perit2 tu..
haritu operate waktu pagi..petangnya dah boleh bangun sendiri utk mandi..luka basahkan je cuma kena keringkan lepas mandi..doc memg suruh bgerak byk sebab kasi darah bjalan so lg cepat luka sembuh..

hari pertama pun sy dah makan ayam cuma masak bahagian isi jela..kulit2 semua buang..setakat ni ok takde mslh..daging pun seminggu operate sy dah mkn..mula2 makan seketul je dulu..tgk 2,3jam ok tak rasa efek pape so mkn jela hehehe

Life Is Beautiful said...

Assalamualaikum

Seronok tgk komen2 ibu yg bersalin ceaser disini
Saya juga ingin kongsi sedikit pengalaman berpantang ceaser ni

1. Anak pertama tahun 2010, secara ceaser di hospital umra sebab xbukak jalan dan tulang pinggul saya mmg kecik. Saya pun mmg rendah je orgnye huhu. Contraction lebih 12 jam tapi bukaan sgt xmemberangsangkan. Jadi, mmg kene ceaser.

Ok nak cerita pengalaman pantang masa anak pertama ye. Seawal seminggu lepas ceaser saya dh makan BURGER MCD!!! Haaaa....double cheese burger tau hahaha... Then makan siap makan pizza dominos semua. Alhamdulilah....Baby ngn Mama die alhamdulillah sihat walafiat. Jaundis Baby pun rendah dan seminggu dah pulih dari kuning. Pendek kate xde la mkn pantang sgt smpi semua xleh makan. Saya bedal segala kecuali yg mmg diketahui makanan yg sejuk2 or angin2. Mama saya pun cakap klau xmakan mana nak keluar susu dan dpt segala vitamin kan.

2. Anak kedua tahun 2013, pun sama ceaser di hospital Az Zahra di Bangi. Mmg xde rezeki nak bersalin normal sbb air ketuban dh hijau dan tali pusat terbelit. Terus emergency ceaser, waktu tu dh 8cm bukaan. Allah SWT lebih mengetahui dan Dia sebaik2 perancang. Saya pun pasrah sbb dh 2 kali ceaser.

Sama juga pantang bedal semua, pendek kate nasi goreng pun saya makan. Ikan ke ayam goreng pun saya makan waktu pantang. Plus, kali kedua ni badan lebih cepat sihat sbb amalkan vitamin. Lepas je ceaser terus telan vitamin. Jadi badan pun cergas.

Mungkin ada yg tertanya2 luka ceaser saya mcm mana? Alhamdulillah luka sembuh dgn cepat. Keringkan guna hair dryer dan mesti lap dgn kering tempat luka tu. Alhamdulillah walaupun saya makan mcm org xpantang tapi luka dalaman pun sgt cantik doktor kate.

3. Anak ketiga tahun 2017 bulan Mac, ye baru je bersalin kali ketiga di hospital Shah alam. Alhamdulillah, doktor sendiri sahkan dalaman sgt cantik dan elok. Xde melekat2 bahagian dalam tu. Sbb doktor tanya nak ikat ke tidak, jadi doktor kene check la kan dlm tu ok ke x. Alhamdulillah, Point of story adalah kita boleh makan semua yg berkhasiat selagi tidak memudaratkan. Vitamin pun Jgn lupa diambil sbb nak makan mcm2 kan. Sekarang ni pantang sendiri je kat umah, balik dari hospital mandi air suam mcm biasa. Xpe kene kat luka nanti keringkan dgn hair dyer dan raba2 la sket kat tempat luka tu basah ke x. Dari anak pertama hingga ketiga ni mmg mandi mcm biasa. Jgn takut nak mandi nanti badan pun xsihat.

Bykkan ambik ikan haruan yg asli ye yg pati tu byk garam aje. Goreng pun sedap. Mmg lagi cepat baik luka dalam tu.

Unknown said...

Assalamualaikum...wlupun entry ni dah lme tp sye baru je bsalin ceaser ...nak tyela ikan cecaru boleh mkan tak ye...kicap pon ...saye baru smggu bsalin saye jage luka czer saye...luaran sume kering tapi suddenly luke jadi keras dan bgkak.. yang lagi teruk sye demam berulang dgn suhu yang tggi ... spe ade pengalaman mcm saye..fyi sye dh on antibiotik 2 hari

SALIZA SACHARI said...

Kena jaga betul2 luka pembedahan nii. Ambil makanan yang kaya dengan nutrisi. Vitamin C untuk lawan jangkitan, vitamin B lancarkan beredaran darah, asid amino + protein untuk kalogen kulit supaya lebih cantik dan resveratrol untuk luka cepat sembuh

Unknown said...

assalamualaikum..
tqvm sbb kongsi pglmn. akk plg nk tahu pasal mknn yg boleh cuba d mkn. dh czer kali ke-2 tp msih takut2 nk mkn byk bnda. stuju sgt yg kita x boleh hadkn sgt mknn sbb cmne nk baik luka kalau semua bnda x boleh mkn. sekali lg akk amat hrgai perkongsian di atas.

Anonymous said...

Makan vitamin apa elok utk luka cepat sembuh ya?

Anonymous said...

Waah...sy pon skrg tgh bpantang hari ke10, bsalin ceaser kali ke 2...sy pon mkn je mcm2,cme mkn ckit2 jela...kt hspital time srpn pon diorg bg ns gorg...ha3...tawakal je...xbrani sgt jgk nk mkn mcm2, tkut luke xelok kn, tp try la mkn ckit2 dlu, klau ok bru proceed kn...stiap org xsame....yg pntg enjoy time bpantg...=)

Syar said...

Nak tanya sis...vitamin apa yg awak syorkan utk kita makan?

Saya ada baca di blog mat salleh.. kita digalakkan makan prenatal vitamin..

Syar said...

Nak tanya sis...vitamin apa yg awak syorkan utk kita makan?

Saya ada baca di blog mat salleh.. kita digalakkan makan prenatal vitamin..

Unknown said...

Vitamin ape yg sis ambil tu?

Anonymous said...

Thanks to my father who informed me on the topic of this web site, this weblog is actually
awesome.

Unknown said...

Jgn takut utk berjalan.. Sb dr situla awk akn rase blh control sakit slepas berjalan..pape pun setiap gerakkan bgn dan duduk pegang ditempat czer supaya xde tekanan dan blh mngurangkn sakit.. In shaa Allah

Unknown said...

Awk kn kerap bg susu pd baby supaya die jgk akn kerap bf.. Utk susu yg bnyk awk kn always set mind dgn mengatakan susu awk bnyk.. In shaa Allah bnyk la susu tu. Itu yg sy praktis slepas dpt pencerahan dr nurse di nicu ketika ank sulong dl..xperlu supplements utk bnyk kn susu sb pergerakkan dlm bdn kite semua dr otak kita jg.. Harap dpt membantu..

ketynakshare said...

Alhamdulillah saya pun czer. Seminggu dah elok skg tinggal parut je. Bab makanan sebenarnya pantang atau tidak mmg setiap manusia kena jaga pemakanan. Minyak jangan ambil dlm kehidupan seharian, sayur kena banyak, nasi cukup segenggam. Bukan org pantang je kena jaga pemakanan, yg tak pantang pun kena jaga kesihatan. Kita back to kelas makanan. Badan pun cantik luar dlm.

Unknown said...

Assalamualaikum.. IBU2 yg bersalin ceaser ada amek ubat perancang tak utk elakkan lahir anak dekat sbb takot luka dlm tak sembuh tapi dah pregnant lagi, ade tak tips klau takank amek perancang?

Unknown said...

Kenapa tmpat luka czear sy ad rse pdih2... Kat hujung yg ad bnang tu?

Unknown said...

saya pun baru bersalin mmg rasa pedih kat hujung benang tu sis doc n misi kata sebb nk sembuh kulit jd tegang..saya 25hari baru yg hujung matikn beng tu baik dn kering..

Anonymous said...

Wah bestnya baca blog sis.. saya bersalin czer 44 hari suda hari nii..anak ke 2 slps 12 thn.. syukur laa 🥰🥰blog sis Tulis saya suda lakukn Dan amalkn sdiri.. kepada ibu2 yg bersalin czer jgn takut untuk berpantang..yg penting semangat kena kuat

Unknown said...

Assalamualaikumm..Biar pun pos ini sda lama..sya sekarang tngah bpantang lepas bsalin ceaser juga kali kedua..ada tak siapa2 taw ubat penjagaan untuk luka yang terbuka

Unknown said...

Boleh erk mkn sup ayam??sy dah 2minggu dah Ceaser..xberani lagi nk mkn ayam daging😅

Unknown said...

Untuk ayam kfc takde celup telur,sbb sy ade family yang kerja bahagian kitchen di kfc..

Anonymous said...

Saya ceaser kali kedua pun tetap makan ayam masa hari pertama.hari ke10 makan daging.alhamdullilah tkde pape n luka pun cantik

Ai Rish said...

Misi ada bg tau yg kat hujung tu mmg rasa sakit sikit sebab dia matikan jahitan kat situ.

Unknown said...

Assalammualaikum....walaupun dah Lama pos nie,Sy pun dah Lama nk tnya....berpantang kalau minum air sejuk (ais)boleh Ker utk yg bersalin czer @normal....Kwn Sy bedal jer . Taking dgr....Ada effect pd Luka X??jika minum air ais.tq

Unknown said...

Salam... nak tnye..ibu ceaser boleh mkn ayam bndar x? Sbb yg sy tau, ayam kg saja...