Monday, October 24, 2011

Pengat Labu

Pemanis mulut pun boleh, buat minum petang pun boleh. Tapi lately asik hujan sahaja di sebelah petang kat Serdang ni. Jadi menu2 gini agak kurang 'kick' disediakan...kan..ye ke..Ke MJ je yg kata gitu hehehe...

Senang je. Ni cara MJ. Kalau ada yg sudi nak share cara masing2, ok je. MJ 'campak' je semua dlm periuk - santan, gula pasir, gula merah, daun pandan, labu yg dah dikupas kulit n dipotong kecil2. Kalau nak buat cara MJ ni kena tgk dulu labu tu mcmana. kalau dah masak sgt, x blh nak campak sekali. Sbbnya takut nnt hancus sementara nak tunggu santan masak. Gula pasir dicampur sedikit dahulu dan cuba rasa semula slps labu dimasukkan. kerana labu tersebut akan mengeluarkan rasa manisnya dan akan mempengaruhi kemanisan pengat tersebut. Gula merah ditambah hanya untuk memberi mood warna pada pengat tersebut.

Masakan yang menggunakan santan mestilah dimasak pada api sederhana dan kerap dikacau kerana takut jadi tahik minyak. Dah x cantik pengat tu..:D . Ok boleh je cuba bila bosan2..

No comments: