Tanpa segan-silu, MJ godek lagi resepi dari blog kak Ratna di sini
Minta izin kak Ratna untuk kongsi di blog MJ ye. Tq kak. Saya suka sgt kek ni..blend aje..
3rd Sumber : MaDiHaA
a.k.a Ratna
Bahan-bahan ( loyang 9 inc ) kalau nak kek lebih tinggi boleh guna loyang 8 inci
1 biji buah limau (oren) - ita tambah 1 biji lagi parutan kulit orange (MaDiHaA tambah 1/4 biji buah lemon ~ lebihan buat salmon steak)
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn (Ikut sama mcm Ita.. tapi lain kali kena kurangkan ke 1 cawan jer)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
ita tambah 1 sudu besar orange sunquick (MaDiHaA tambah sunquick tropika)
Cara-cara
1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
2. Masukkan kedalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus. (boleh panaskan oven suhu 170C masa ni yer..)
3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
5. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.