Thursday, February 9, 2012

Kerabu terung

Kerabu yang MJ biasa jumpa semuanya kering. Tapi menu yang MJ cuba dari Majalah Rasa Dis '11 agak berbeza. X rugi mencuba. Boleh mempelbagaikan cara masak terung..kan..asik2 terung bakar, terung masak sambal, pajeri. X pun setakat campak2 dlm kari or dalca kan hikhikhik. Cara masak menu ni pun macam biasa cuma byk pulak step nye.

Ini resepinya:

Bahan-bahannya:
150g terung (layur atas api, buang kulit dan potong dadu) - MJ x potong dadu pun tp semi bulat
375ml santan
75g bawang merah - tumbuk kasar
2 biji cili merah - tumbuk kasar
50g udang kering - ditumbuk
1 sd makan lada hitam - ditumbuk
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
10 ekor udang hidup - bakar dan ambil isinya

Cara:
1. Didihkan santan di atas api perlahan. Masukkan udang kering, lada hitam tumbuk, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga mendidih. Angkat.
2. Masukkan bawang merah, cili merah dan udang yang telah dibakar ke dalam sebuah bekas.
3. Masukkan terung dan santan yang dimasak tadi. gaul sebati.
4. Masukkan ke dalam bekas hidangan dan sedia dihidangkan.

Sgt mudah dan sedap.

Wednesday, February 8, 2012

Udang Sambal Petai

Emmmhhh x yah bg resepi la. Semua org dah hebat masak sambal. Cuma MJ gatal nak boh gambar kat sini. Bg nampak meriah blog ku ini hahahha..Bkn apa, sbb dah byk sgt outstanding resepi n gambar n aktiviti, tu yg selagi boleh nak clear kan cepat yg dah basi2 nye cite ni hehehe..

Dah, gi pasar cari udang n petai. Boleh masak lunch karang..:D

Friday, February 3, 2012

Bercuti ke Bandung, Indonesia (Part 1)

Mungkin ada sesiapa yg dok riuh mencari info tentang bercuti di Bandung, Indonesia. Apa yg best di sana? Betul ke org nye begitu, begini? Awal2 MJ n family decide utk pergi bercuti di sana, mmg mcm2 cerita yang pelik2 dan menakutkan MJ dengar dari org sekeliling. berdebar2 juga ksebenarnya nak pergi. Tp nak batalkan rugi plak sbb tiket flight semua telah dibayar. So, tawakal je la. Niat mmg nak bawa anak2 jalan2 tgk negara org dan urusan peribadi kami.

Kami memang x pernah membawa keluarga keluar dari Malaysia. Zaman bujang dulu merasa la. Tp itu pun atas alasan kerja (semua diuruskan oleh department). Jadinya, byk ilmu perlu diperolehi sblm berlepas. Mujur ada kawan MJ yg sorg ni. Kaki melancong hehe..Mekasih Nowwa yg byk ajar itu n ini pada kami. Jasamu dikenang. Luv u bebeh! Sapa2 nak refer cuti di sana-sini blh la gi jenguk blog beliau.

Hari yang ditunggu tiba. Setelah sampai di LCCT, kami ke bahagian check-in (luggage n ticket). Beg baju besar dihantar ke kargo manakala beg2 penting (beg susu n diapers baby) MJ isi dlm backpack shj untuk dibawa ke atas flight. Ye arr kang emergency, baby MJ poo ke atas tu kan susah plak nak salin bagai. Kemudian kami ke balai berlepas. Ada lagi satu pemeriksaan pihak kastam di situ. Selepas melewati pihak kastas, kami beli mknn ringan utk anak2 makan kerana bimbang flight delay ke apa ke or dirog maybe lapar. Turun tangga dari bahagian tersebut, kami ke ruangan menunggu. Tunggu berhampiran kawasan gate kami. Flight kami delay 45 minit je. Memang riuh bw anak2 n penat pun ye jugak sbb diorg dah excited sgt nak naik flight. (alah jakun plak anak2 aku ni kan). Tepat jam 8 mlm, Gate kami dibuka. Pihak AA mengesahkan sekali lagi boarding pass kami sebelum dibenarkan melalui laluan ke kapal terbang kami. Saat sampai sahaja di atas kapal terbang, pramugari dan pramugara Indonesia menyambut kami.

Dah cari2 tempat duduk, kemudian tunggu sampai semua penumpang masuk dan duduk tempat masing2. Di luar hujan gerimis. Kilat kadang2 kelihatan di cermin kapal terbang kami. Semasa dlm penerbangan, terasa juga gegaran bila kilat/guruh. berderau jap darah. Dlm hati berdoa, Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami..ngeri tau.

Dalam flight turut dijual makanan. Pramugari/a akan membawa troli dan berjalan di laluan antara penumpang sambil membawa makanan. Mj tidak mengambil tiket sekali dgn makanan. Lagi 1, x berani nak try lagi menu mereka hehehe..klu dah kebulur sgt, blh je beli. Maggi pun ada. Sementara itu, pramugari yg lain akan datang menghampiri setiap penumpang sambil bertanya, Indonesian? If no, then please fill up this form madam. Ada borang kecik yg perlu diisi detail kita. Kad tersebut mesti disimpan sehingga tiba di terminal nnt.

Hampir 1 1/2 jam di dalam flight (eh tp x rasa lama pun), kami nampak 1 kawasan yg penuh cahaya. Ye, rumah2 org2 bandung. Dibina rapat2 dan sangat padat. Maka, kami pun yakin, ahh lega dah nak sampai. Terminal mereka kecil shj. Tidak seluas LCCT/KLIA. So, confirm korang xkan sesat.

Sampai di terminal, agak kurang selesa juga pada MJ. Kami kena beratur di laluan yg agak kecil dan x tau pun utk barisan apa. Sehingga tertinjau2 utk tgk laluan Indonesia or Foreigner. Org sgt ramai. Panas. Penat. Mula la MJ menahan2 je sabar.

Sampai giliran kami, pak imigresen Indonesia memeriksa dokumen kami. Kad kecik yang diberikan di tas flight diserahkan. Sebahagian kecil kad itu dikoyak n diminta kami menyimpannya lagi sehingga diserahkan sebelum pulang nnt.

Beg dah tiba, supir pun dah tiba juga! Terus supir membawa beg kami dan diminta menunggu seketika utk beliau dtg ambil kenderaan. Kereta MPV yg luas dan selesa serta bersih. Hmmm senang hati MJ. Terus sahaja kami minta bawakan kami ke tempat makan. Sebaba anak2 bersungut dah lapar. Agak2 apa yg kami makan hari pertama sampai di sana .............................................. KFC! Waa lega hati dpt mknn yg sama mcm di Malaysia.

1 yg MJ suka, KFC mereka sgt bersih. Ruang basuh tangan yg selesa utk anak2 guna. Walaupun tlh dibina rendah, tp mereka turut sediakan stool untuk mereka yg lagi kecik panjat dan gunakan sinki. Kat Malaysia mungkin ada tp MJ x pernah jumpa. Mereka ada ruangan santai berbumbung mcm coffeahouse di Malaysia. Ohh remaja di sana sama shj mcm di Malaysia. Lepak, main2 enpon/lappy. So, normal okey..x de yg pelik2. DH MJ yg membuat tempahan makanan. Cuak juga katanya masa mula2 nak ckp. Takut mereka tidak faham. Alhamdulillah, ok shj. Sehingga mereka berikan - GRATIS utk bapak!. DH yg tidak faham mulanya menolak apabila 3 cd ditunjukkan kepada DH. Ingatkan suruh beli. Staf kaunter tersebut terus menerus kata, ini gratis pak..gratis..pilih sj. Disebabkan takut benda2 x elok berlaku, gaduh ke apa ke kan..DH MJ memilih salah 1 cd yg ditunjukkan kepadanya. CD Rossa. Sbb itu je artis yg DH kenal hehehe.

Ingatkan kena bayar, rupanya diorg mmg bg free. Comeh laki den.

Penat dah taip..nnt sambung la episod kedua. Bladder MJ pun rasa mcm dah kecut2 nak gi washroom hehehe...

Thursday, February 2, 2012

Ikan pekasam goreng

Sebenarnya MJ tidak pernah makan ikan pekasam. Hhmmm macam pelikkan. Tp memang tidak diajar keluarga kerana mak n ayah x makan ikan sungai. kebanyakan ikan pekasam yang MJ jumpa semuanya diperbuat dari ikan sungai. Jadi pada usia 3series ni kan, Mj br la pertama kali memberanikan diri mencuba - masak n makan, menu tersebut. Tp tiba2...argghhhhhhh menyesalnya x makan sejak dulu hahahha...sedap rupanya ikan pekasam ni.

Saudara Syed Huzer ni kena bg royalti ni kat blog MJ sbb tepek produk dia kat sini hehehe. MJ jumpa ikan pekasam ni di kedai yg MJ tiap2 hari gi sarapan (weekdays) dgn kawan2 office. Bila nampak benda ni, MJ tanya member MJ sedap ke? DIa kata, sedap. Cubalah. MJ terus la capai n tanpa segan silu ngeeeeeeeeeeeeee...tanya org kedai tu, cemana nak masak ikan ni..

Tuan kedai tu pun ajar la MJ dgn loghat utara dia..uuiihhhh senang ja ni.. adik goreng ikan tu dulu. Masuk sekali hat serbuk2 ni. Ni bukan apa, beraih (beras) ja. Nanti dia masak, harum ja bau. Dah masak ikan tu, adik boh dlm pinggan sat. Kemudian, hiris bawang merah/bawang besar, cabai kecik (cili api). Goreng bawang merah tu sampai garing. Dah garing, tabuk (tabur) ataih ikan tu. Bubuh pulak cili padi, perah asam limau (limau nipis). Perghh makan dgn nasik panaih..Memang begini la (sambil menunjukkan tanda best!) hahahahha..


Tapi x tipu. MJ memang jatuh cinta terus la dgn menu ni. Sgt membuka selera. Nasi x ingat tambah brp byk la:D. Jadi, sapa2 yg jakun makan mcm MJ ni, lps ni kena cuba menikmati makanan ni. Rugi tau x cuba. Malaysia mmg kaya dgn makanan yg unik n sedap2. Dah cuba br tau!!

Tahun 2012


Perghhh sampai dah x de shoutbox service br nak update..punya la bz hahahha konon.

Sapa kata lambat dah nak wish..Suka la, I punya blog:D Happy New Year everyone!!! Suko kau yo lah kan nak wish lambat2 ni... Tahun 2011 MJ penuh dgn pelbagai cerita. Cerita sedih, gembira, gelak, ketawa, menangis, semuanya ada. Semuanya menambahkan lagi warna hidup MJ yg sedang melalui zaman '3 series' ni..(ingat merce je ada series2 ni...) MJ paling menyampah nak ingat benda2 pahit ni..kes2 tangkap leleh ni sume kan. Bikin stress hidup je. Tp MJ kata tipu klu benda tu x bermain kat otak MJ yg serabut mcm2 hal ni. So, w/pun pahit benda tu harus dijadikan pengalaman hidup untuk lebih matang dlm menggalas peranan sebagai hamba Allah di bumi ni. Syukur juga MJ masih diizinkan oleh-Nya untuk bernafas di atas bumi ini.

Ok mari mulakan tahun baru dgn semangat utk membelog. Hehehe azam ni weh..