Thursday, July 28, 2011

Biskut coklat chips rangup (hapdet resepi tertangguh)

Selamat berpuasa semua...amboi dah 11 Ramadhan baru nak wish..hehhehe..byk iklan la lately..susah tul nak update blog. Sebenarnya tajuk entry tu dah lama. Gambar ada kat sini. Tp MJ baru terjumpa resepinya n terajin nak update. Ye la kan, benda yang baik elok dikongsi bersama...x gitu..Ini pun kebetulan adik MJ fwd balik resepi yg MJ pas kat dia melalui sms. Sib baik dia simpan lagi..TQ ye achu Pait.

Disbbkan MJ terhilang kertas yg MJ print tu, so mmg x ingat sapa punya n dr mana MJ dpt. Minta maaf sgt2..bkn sengaja..tp klu ada yg tahu sumbernya, minta inform ye..MJ akan update semula entry ni.

Ok dah tau dah sapanye resepi...tq kepada pemilik blog ini yg sudi berkongsi resepi...sgt best dan minta izin share plak di blog sy ni ye.. http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2009/11/crunchy-chocolate-chip-cookies.html

Bahan-bahannya:
Bahan A
35 g badam cincang - bakar selama 4 min

Bahan B
*200g tepung gandum
*1/2 sdt baking powder
*1/2 sdt soda bikarbonat
*1 sdb serbuk koko
* Ayak bersama dan ketepikan

Bahan C
70 g gula
160g butter
1 biji kuning telur
100g choc chip


Cara-caranya:
1. Pukul gula bersama butter hingga kembang.
2. Masukkan telur kuning dan pukul seketika.
3. Masukkan choc chip dan gaul dengan senduk.
4. Masukkan tepung dan gaul rata.
5. Sudukan adunan mengikut saiz yang dikehendaki atas tray yang telah digris, dan tekan/penyekkan menggunakan garfu.
6. Bakar mengikut suhu dan masa oven memasing..

Sunday, July 24, 2011

Pengalaman Caesarean (1)

fuhhh bizinya org ni. Hari ni br sempat memblog. MJ ingin berkongsi dgn sesiapa yg mencari info atau pengalaman org yang di ceaser.

Ceaser dilaksanakan dalam keadaan kecemasan atau telah dijangka. Misalnya mereka yang mempunyai kandungan songsang, biasanya doktor akan menentukan tarikh untuk ibu berkenaan di ceaser. Kes-kes kecemasan apabila berlaku perkara yang tidak dirancang di bilik bersalin, contohnya. Bagi kes MJ, doktor terpaksa decide untuk ceaser setelah bacaan degup jantung bayi makin perlahan. Walaupun, agak kecewa sebab laluan telah buka 6cm, Mj terpaksa redha demi menyelamatkan nyawa bayi MJ.

MJ sgt2 berbangga dengan kecekapan staf Dewan Bersalin Hospital Putrajaya. Sgt cekap. MJ rasa dari bilik bersalin di tolak ke bilik pembedahan dan proses mengeluarkan bayi serta jahit semua, dalam 15 minit dah siap.

Masa bius dicucuk di tulang belakang, sakit çontraction'hilang serta-merta. Kemudian, MJ dah x rasa apa2 dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Bius tu dibuat separuh pinggang. Boleh la dgr segala percakapan doktor n staf serta yg paling bahagia bila dengar suara baby menangis. Semasa di operate, MJ rasa sejuk sgt, menggigil2 sampai gigi pun berlaga2. Mulanya MJ ingat sebab aircond bilik tu ke..tp bila MJ suarakan pada nurse, dia kata itu mmg effect dari bius tersebut. Masa nurse tunjukkan baby untuk kita sahkan sendiri jantina bayi, bergenang sekejap airmata. Satu lagi Amanah Illahi yang wajib kami corakkan.

Selepas sahaja selesai, MJ rasa nak muntah. Ini adalah normal kesan dari ubat bius tersebut. Terharu sekali lagi, apabila nurse di bilik bedah tersebut sanggup menadah tangannya untuk menadah muntah MJ gara-gara dia x sempat nak capai mangkuk. Sib baik perut dah memang kosong sbb makan last pukul 9.30 mlm. So, air kuning yg pahit tu je la yang keluar. Kalau x, mesti nasi, isi ikan, ayam sume bersepah hehehe...

Selepas itu MJ ditolak ke sebuah bilik dan ditempatkan di situ untuk beberapa ketika. Untuk tujuan monitoring kot. MJ x tanya sgt sbb dok rasa sejuk n nak cakap pun susah sbb gigi berlaga2 hahaha..tp ada sorg doktor dok sebelah n tgk2 kat komputer. Dia cek maklumat MJ dll.

Ok pengalaman seterusnya di entry seterusnya...ok x leh panjang2..kang muak pulak korg baca hikhikhik

Wednesday, July 20, 2011

Welcoming a new member in our family

:: Muhd. Adam Hazimi B. Muhd. Gadaffi ::
:: 7.56am ::
:: 3.02kg ::
:: Hospital Putrajaya ::

Alhamdulillah, i was safely delivered our 3rd baby on 10th June 2011. Just feel fresh and free to update my blog. But, not much to say now. Insya-Allah I'll will share with you my 1st (and last, hehehe hopefully) experience of caesarean.