Sunday, August 14, 2011

Menjaga luka caesar & berpantang (Pengalaman Ceasarean 2)

Susah nak cerita ni hahaha..MJ sebenarnya bukanlah org yang mengikut sgt pantang-larang melayu. Kebanyakan pantang-larang yg diberitahu org keliling ada yg MJ ikut dan ada yg tidak, mengikut rasionalnya utk dipatuhi dan juga keadaan moden sekarang.

Pernah dengar org bersalin x boleh minum air byk? Hmmm mitos yg MJ terima masa anak pertama. Akibatnya, susu badan kering dan luka lambat sembuh. Bagi ibu2 yang berhasrat untuk menyusui bayi anda, kita perlu minum sekurang2nya 3 liter air sehari. Insya-Allah susu badan akan mencukupi dan mengenyangkan bayi kita. Tentang luka pula, MJ ada terbaca di ruangan kesihatan Utusan Malaysia dlm tahun ni..tp lupa pulak nak ingat alasan2 dari segi perubatan tentang pentingnya air yg mencukupi dan sgt membantu untuk menyembuhkan kembali luka dgn cepat.

Cukup ke dgn air kosong sahaja? Tidak, bayi kita perlu cukup zat n vitamin yg semuanya diperolehi dari susu ibu tersebut. Jadi, perlu utk ibu itu mengikut piramid makanan dan jika perlu, vitamin atau pil2 tambahan diambil.

Masa MJ belum habis hari lagi, ada jiran datang bertanya itu dan ini. Kebetulan anak perempuannya juga caeser. MJ tanya dia makan apa .."Ala, acik bagi makan kentang dgn sawi je. Yg lelain acik x berani nak bagi takut menanah pulak". Perghhh sungguh tegar anaknya berpantang masa tu dah masuk 3 minggu dgn makan itu je dan anak dia masih tidak cergas dlm tempoh tersebut. Bukan nak membangga diri la kan, tp Alhamdulillah, MJ sudah mula buat kerja rumah seawal 2 minggu slps caeser. Mungkin terpaksa sbb DH MJ kembali bekerja dan MJ tiada maid. Mmg sakit jugak hendak bergerak tp digagahkan juga demi kesihatan diri sendiri n menguruskan anak yg 2 org lagi.

1. Perlu bergerak/berjalan
OK, org caeser x leh nak duduk or baring je, yang. Ambil air ujung katil pun nak suruh cik abang ambilkan hikhihik. Kena bergerak sendiri w/pun perlahan. Untuk bangun n duduk dari kerusi, just tekan/pegang sikit bahagian luka tu n bangun perlahan-lahan. Apabila kita bergerak, oksigen yg dibekalkan oleh darah akan dapat sampai ke bahagian luka tersebut. Luka tersebut memerlukan oksigen yg mencukup untuk pulih. Kata nurse kat Hosp. Putrajaya tu la. Nak terangkan secara medical term, bukan bidang MJ :p

2. Bersin/batuk/berdehem
Begitu juga ketika hendak bersin atau batuk. Part ni mmg MJ surrender. Rasa x puas batuk n bersin..So, sama juga. Tekan sedikit tempat luka n lepaskan. Tp mmg x puas beb. Bersabarlah dgn ujian-Nya

3. Mandi
Ada mcm2 cara yang MJ dengar org caesar mandi. i). Tutup luka dengan plastik yang panjang (plastik sampah kerat 2), ii). mandi terus n x cover apa2 di tempat luka, iii). lap badan sahaja sehingga tempoh luka kering....

Haaa MJ nye style lg best hahaha. Mandi mcm org rukuk dalam solat tu dan bahagian luka MJ cover dgn kain batik yg digulung2 n sarung/lilit je kat pinggang. Jirus bahagian kepala sampai pusat dan bawah kecuali tempat yg ada kain batik tu je hehehehe..cuak nak bagi air kena luka. Kena mandi n bersyampu juga untuk menjaga kebersihan diri sbb lps tu kita akan berkepit dgn baby. Dah sebulan, baru la MJ berani mandi terus tanpa lapik tempat luka.

Menurut doktor, sebenarnya boleh je mandi terus tp MJ yg takut sbb mcm2 cerita dgr jika tempat luka tu tidak dijaga betul selepas mandi.

4. Menjaga luka caesar
Ini perlu diambil perhatian untuk mengelakkan bhgn luka menanah. MJ tiada proper way utk menjaga luka ni. Hanya memastikan tempat luka sentiasa kering dr sebarang lembapan. Mungkin ini membantu dr pengalaman MJ sendiri.

a. Pastikan panties kerap ditukar dan buatannya dr kain kapas agar menyerap peluh. Setiap 4 jam, panty liner atau pad mesti ditukar.

b. Walaupun tempat luka ditutup semasa mandi, lapkan juga tempat luka selepas mandian. Guna sahaja tisu untuk memudahkan kita mengesan lembapan/air yg terdapat pada tisu tersebut slps mengelap.

c. Gunakan hair-dryer instead of kipas angin. Ini kerana dikhuatiri kipas angin tersebut tidak bersih atau menarik habuk sekitarnya dan menempel diluka tersebut.

d. Ada sesetengah private hospital bekalkan ubat luka. Sapukan sahaja.

e. JANGAN sapukan sebarang jel gamat la, minyak gamat la .....di tempat luka. Biarkan sahaja ia kering sendiri. Sebarang cecair/lembapan boleh menyebabkan kuman melekat dan seterusnya menyebabkan jangkitan pada luka.

5. Makanan & minuman
Mmg macam2 yang MJ dengar x boleh makan n minum. Tp pada MJ, usah dera wanita yg telah kehilangan banyak darah, terputus urat yg banyak sebab melahirkan anak:D. OK ni yg MJ makan n minum sepanjang pantang. Mungkin boleh cuba sedikit dahulu. Jika tiada sebarang masalah pada badan n anak, boleh la makan seperti biasa.

Sayur-sayuran
- Sawi - Pak choy - Kobis bulat - Lobak Putih - Pegaga - Taugeh - Carrot - Bayam hijau - Kobis daun - Kailan - Kentang - Suhun n fucuk - Sawi putih - Kucai - Tomato

Lauk
- Ikan merah - Ikan tenggiri - Ikan haruan - Ikan senangin - Ikan sebelah - Ikan selar - Ikan gelama - ayam n daging

Hey ppl, awak perlu ambil protein untuk cepat menyembuhkan luka tersebut. So jgn takut mkn ayam n daging. X gatal pun. Kalau x berani, cuba sedikit dahulu okey. MJ makan ayam dr 1st day operate. Alhamdulillah tiada masalah...hmm so blh la nak makan burger, kfc dll...no harm la. Jgn dera diri ok, makan je.

Minuman
- Milo - Horlicks - Soya Organic Melilliea Drink - Yogurt Drink (any flavor) - Nesvita - Oat Drink

Bukan la MJ nak menunjukkan diri ini hebat seperti SuperMak okeh...hanya berkongsi pengalaman dan ilmu yg cetek ini dgn adik2 diluar sana. Mungkin ada yg senasib dgn MJ yg telah tiada ibu untuk menjaga anaknya semasa berpantang. X pe, x perlu bersedih. Itu semua cabaran yg mesti dilalui dgn tabah. Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi panduan (angah, pait, alang, MIL, k.long, munirah) dan membantu semasa pantang (myza dan intan) sepanjang tempoh tersebut. Terima kasih dgn penuh kasih sayang buat DH yang menjaga MJ dgn baik sekali. Sy sgt menghargainya dan sayang kamu semua banyak2 hehehe...