Monday, October 24, 2011

Pengat Labu

Pemanis mulut pun boleh, buat minum petang pun boleh. Tapi lately asik hujan sahaja di sebelah petang kat Serdang ni. Jadi menu2 gini agak kurang 'kick' disediakan...kan..ye ke..Ke MJ je yg kata gitu hehehe...

Senang je. Ni cara MJ. Kalau ada yg sudi nak share cara masing2, ok je. MJ 'campak' je semua dlm periuk - santan, gula pasir, gula merah, daun pandan, labu yg dah dikupas kulit n dipotong kecil2. Kalau nak buat cara MJ ni kena tgk dulu labu tu mcmana. kalau dah masak sgt, x blh nak campak sekali. Sbbnya takut nnt hancus sementara nak tunggu santan masak. Gula pasir dicampur sedikit dahulu dan cuba rasa semula slps labu dimasukkan. kerana labu tersebut akan mengeluarkan rasa manisnya dan akan mempengaruhi kemanisan pengat tersebut. Gula merah ditambah hanya untuk memberi mood warna pada pengat tersebut.

Masakan yang menggunakan santan mestilah dimasak pada api sederhana dan kerap dikacau kerana takut jadi tahik minyak. Dah x cantik pengat tu..:D . Ok boleh je cuba bila bosan2..

Friday, October 21, 2011

Apam Snow White

Hacuuuummmmm...haccuummm..fuhhh byknya habuk blog ni..hahaha lama x hapdet ko..mak bz yg entah apa, x tau la..Ok hari ni agak malas buat kerja, so MJ merajinkan diri utk menghapdet respei yg dah basi ni..MJ rayau2 umah K.Nur nun kat Singapore dan terpaut la tgk gambar2 di rumah beliau yg cantik2 n semua nampak menyelerakan..Pandai betul Kak Nur berfotograf. Tks to kak Nur for sharing the recipe.. saya share kat blog saya pula ye..

APAM SNOW WHITE
Resepi asal : qnq0910@myresepi.com
Copy dari blog: http://fiqah99.blogspot.com


Bahan-Bahan:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
2 cawan nasi
3 cawan air
1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-Cara
Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .