Thursday, February 9, 2012

Bercuti ke Bandung, Indonesia (Part 2)

Hari pertama di Bandung MJ agak kelam-kabut sikit dgn masa. Enpon plak x auto convert ke waktu semasa negara tersebut. Jadi, MJ punya sembahyang subuh hr pertama tu, bkn lagi layak dipanggil subuh gajah..tp maybe subuh unta padang pasir gaknya. Bgn 6.30 dan berangan seperti waktu di Malaysia. Matahari dah setinggi galah Jah oii! Akak br nak solat. gara2 x bukak langsir n dok confident enpon den secanggih itu hauhauhau...Subuh di sana sgt awal. Dlm pukul 4.30 pg gitu. bila MJ tgk enpon (yg x convert tu), pukul 5.30...ohhh awal lg...bumm balik...dan dgn selambanya bgn 6.30. Ya Allah! Ampunkan hamba Mu ini:(

'Pagi-pagi' lagi kami dah keluar sarapan dan sarapan disediakan oleh pihak hotel budget kami. Menu yg free - mee goreng, nasi goreng, air teh, teh susu, kopi, kopi susu. Mereka di sana tidak panggil teh 'o tu, teh yg x bubuh susu. Tapi Teh sahaja. Kalau nak yg susu, ckp terus, Teh susu..dah korg jgn gi gaduh plak ngan waiters kat situ klu dpt air lain dr yg korg ckp. Nak buat cemana, masuk kandang kambing, mengembek le :D Walaupun, nasi dan mee goreng shj yang disediakan, semuanya sedap di tekak kami.

Dalam pukul 8.00 pg gitu, supir kami , Pak Ugih telah sedia menunggu. Tempat pertama yg dibawa Pak Ugih adalah Pasar Baru..Sepanjang jalan ke PB, MJ perhatikan jalanraya mereka sgt sesak n padat. Bunya hon bersepah2 sana sini. Pening. MJ rasa ngeri gak klu stering keta Pak Ugih tu di tangan MJ. Woh mau mulut aku ni x diam bersungut, menyumpah tgk kenderaan yg penuh n bersesak2 tu. Walaupun begitu, MJ tidak nampak sebarang pergaduhan/kemalangan di jalan2 di situ. Pelik pulak. Kalau tgk org2 yg bw motor ,terutamanya, mmg rasanya mcm byk sgt kemalangan kita akan jumpa tp MJ x nampak pun sume tu jadi kat situ. Hebat ek diorg ni hehehe.
Sampai di PB, MJ rasa nak pensan..bukan sbb panas ke, x cukup makan ke apa..tp umangaiiiii byknya 'perkara2' yang boleh mempercepatkan aliran keluar IDR kami. Tempat tu lbh kurang mcm pasar Siti Khadijah Terengganu. Cuma, di situ sgt sesak dan padat cara peniaga2 mereka menyusun barang. MJ ikut petua Ahkak Nowwa, Jgn lupa tawar harga...hehehe

Habis memborong - kain ela manik, kain sulam, telekung, t-shirt, seluar jeans, baju baby,Pak Ugih membawa kami ke Restoran (ala lupa plak nama dia). Ni sbb dah lapar, tu yg x tgk dah sume tu. Restoran dia bersih n selesa. Apabila menu diserahkan pada kami, ha kau apo bondo den nak mentedarah ni..Ada antara perkataan dia mmg kami x faham, jadi order mana yg ada dlm gambar shj le :D.. Nasi timbel komplit setiap seorg dan jus mcm2 kami order hehehe.. Sementara tunggu menu yang kami order siap, datang la sorg akak ni bawa sepiring otak2. Ko jgn ingat free Senah oii.. Tu x termasuk dlm set ye Senah. Byr ok? Dlm sebakul tu ada 20 keping kalau x salah. Selepas kitorg dah membaham semuanya, kemudian convert ke RM, woh sebatang RM1++. Emmmhhh terkena plak ek. Kat sini br 50-60sen je..X pe la achik x kisah, sbb sedap hehehe.

Setelah kenyang, kesemua ahli keluarga MJ dah keletihan sgt. Walau pun, Pak Ugih masih menawarkan tempat2 lain utk dibawa, SUMPAH AKAK DAH PENAT SHOPPING! Byk factory outlet sepanjang perjalanan pulang kami ke hotel. MJ dah mmg x lalu nak membeli sbb penat, hanya merelakan mata utk tgk2 offer2 yg ada. Kebetulan pula waktu itu hampir dgn sambutan Krismas. Lagi la meriahnya sale. Akhirnya, kami surrender dan minta dihantar ke bilik. Balik bilik bukannya terus tido tp biasala pompuan, mesti belek2 brg yg diborong hehehhe..ok sambung ke Part 3. Panjang dah entry ni.

7 comments:

sehati sejiwa said...

hahahha~~ gajah pun gajah nak wat camner..tapi bila baca cam ceronok jer ..hehhe~~tak sabor nak baca part 3!!!

erkrr..cik bob telan tak jus tuh? paksa dia. n ugut!! nak sihat ke tak??? hahahha~~

Mamajenn said...

mmg seronok..nnt klong dah naik sale biodelima tu, blh la gi trip ke sana...insya-Allah..weh promote dlm blog le puloks..

cikbob? arrr nnt sy update ngan k.long:D

myza said...

tula mcm best ja..nnt kite wat family Nordin trip la plak "p

Mamajenn said...

nak buat family trip? jauh tu hehehe...try dekat2 dulu..Nnt dah tau cemana nak arrange ramai2,br blh plan gi jejauh..idea saje:p

sehati sejiwa said...

betoi tu makngah...bila? bila?

Mamajenn said...

errr sapa kapla dlm family en.Nordin? Sila angkat tangan. Dlm family en.sulaiman, sy la orgnya hehehhe

Iwan Setiawan said...

Salam semua,

Hai saya Iwan dr bandung ada menyediakan perkhidmatan Transport & booking hotel di Bandung & Jakarta. Untuk quotation Perkhidmatan Transport & Supir di Bandung mahupun di Jakarta, boleh hubungi, sms, whatsapp @ email ke

sms/call/whatsapp : +6281221401090 (Iwan Setiawan, Bandung Indonesia)
tel Office : +622261699456
email : setiawantransport@gmail.com
website : www.setiawantransport.com
facebook : setiawantrans@gmail.com
or can
sms/call/whatsapp at : 0173029722 (Bella @ Ila, Cheras Selangor - isteri iwan)
email : syabilah@gmail.com

Company Travel Agen 100% milik orang ISLAM dan semua pekerja adalah 100% orang ISLAM