Thursday, April 12, 2012

Ayam goreng oat

Hmmm anak MJ yang sulung mmg suka masakan yang ada campur oat2 ni. Hinggakan setiap kali goreng ayam dia mesti tanya, ayam oat ke mama? Menu ni MJ dah byk kali buat sebenarnya. Cuma baru kali ni nak upload gambar n share resepi kat sini. MJ dapat dari blog kak Madiha. Mohon halalkan kerja-kerja CnP ni ye kak..mekasih... dan untuk rujukan sy jugak di masa akan dtg:D


Sumber asal :Mariam

Diubahsuai oleh MaDiHaA

Bahan2

1/2 ekor ayam ~ potong saiz sederhana (MaDiHaA buang kulit!)

2 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHaA guna Adabi) (resepi Mariam guna rempah kurma)

sedikit garam (agak2 sendiri mcm nak goreng ayam yg biasa)

sedikit gula anggaran 1 sudu kecil

1/2 cawan tepong beras

1/2 cawan tepong jagung (resepi Mariam guna tepong tempura/tepong beras & dibancuh dgn air, MaDiHaA guna serbuk gitu je)

1 ~ 2 biji telur ~ pukul sedikit (resepi Mariam tak letak)

Oat segera secukupnya

Minyak masak untuk deep fry

Cara2 menyediakan

1. Ayam dicuci bersih & tos kering. Gaul rata & perapkan ayam dengan rempah sup, garam & gula anggaran setengah jam.

2. Panaskan minyak secukupnya. Campurkan kedua2 jenis tepong dalam satu bekas. Gaul rata.

3. Ambil seketul isi ayam & lumurkan/balik2kan ayam di dalam campuran tepong jagung & tepong beras sehingga semua bahagian bersalut tepong.

4. Celupkan ayam tadi ke dalam telur yg dipukul sedikit. Angkat lalu salutkan pula dengan oat sehingga seluruh ayam disaluti oat.

5. Goreng ayam tadi di dalam minyak yg penuh. Ulangi proses yang sama & gorenglah ayam sehingga garing ke dua2 belah.

6. Nikmati ayam begitu sahaja ataupun dicicah sos cili pilihan berserta 'side dishes' seperti coleslaw & kentang putar. (MaDiHaA hidang dengan coleslaw & sosej aje)

No comments: