Friday, June 15, 2012

Petua dapat anak

MJ jumpa ni kat FB dan ingin berkongsi kepada pasangan suami isteri yang masih mendambakan zuriat pengikat kasih.
 (Gambar ehsan dari Google)

[PETUA DAPAT ZURIAT]

1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.
2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.
3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.
4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.
5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.

Doa Untuk Mendapat Cahayamata ”Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik
(Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 89).

Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.

Begitulah serba ringkas cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh pasangan yang inginkan anak. Mudah-mudahan, doa dan usaha yang berterusan diperkenankan oleh-Nya.


Bersama-sama ini juga MJ ambil sebahagian petikan dari tulisan Mufti Perlis (2009) yang dikongsi bersama oleh pemilik blog ini http://rezekihalal.com/.


"Namun begitu, ada juga yang bergantung kepada Allah SWT ketika susah saja, jika sudah berakhir kesusahannya dia kembali berpaling. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya, begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.” (Surah Yunus: 12)

Mengapa cepat sekali hati berubah? Sekejap ingat sekejap lupa, iman dan kufur bertukar-tukar seperti baju yang dipakai. Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh. Kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap, iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir. Dia menukar agamanya dengan sedikit keuntungan dunia.” (Hadis riwayat Muslim)
Perubahan iman yang berlaku sebegini pada asasnya disebabkan renggangnya hubungan manusia dengan Allah SWT, lemahnya keyakinan mengenai sifat-Nya dan kejahilan yang disengajakan. Secara sengaja mereka menolak kebenaran al-Quran dan Sunnah, berdolak-dalih mencari alasan untuk meninggalkan agama ke tepi. Pandai berputar belit menafikan ayat-ayat Allah dan semua itu dilakukan kerana mereka lupa siapa diri mereka sebenarnya."

3 comments:

Ann said...

tq sharing mamajen...sgt mmbntu utk kami:)

Mamajenn said...

minta saja dari Dia.. Dia maha mendengar. Goodluck:D

Outbound di malang said...

nice blog :)
salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...