http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/1284-soalan-dan-jawapan-berkaitan-penjagaan-bayi.html
Berapa banyak garam yang selamat ditambahkan ke dalam sayur kukus lecek untuk bayi saya yang berusia tujuh bulan?
Garam berbahaya untuk bayi yang masih
kecil, khususnya yang berusia di bawah empat bulan, kerana buah pinggang
mereka masih belum matang dan tidak boleh mengumuhkan garam ke dalam
air kencing. Diet yang mengandungi terlalu banyak garam boleh
menyebabkan bayi mengalami pendehidratan yang, dalam keadaan yang
terlampau, boleh menyebabkan kerosakan organ.
Bayi memang memerlukan garam dalam
jumlah tertentu di dalam dietnya tetapi ia sudah dibekalkan oleh susu
ibu atau susu formula dan selepas empat bulan, ia boleh didapati
daripada makanan yang tidak diproses seperti nasi, buah-buahan dan
sayuran. Jangan tambahkan garam ke dalam makanan bayi sewaktu atau
selepas memasak makanan tersebut.
Anda juga perlu berhati-hati terhadap
lain-lain perasa yang mengandungi garam, misalnya kicap, sos tomato, sos
tiram dan sebagainya. Ia tidak perlu ditambahkan ke dalam makanan bayi
sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 12 bulan. Jika anda menyediakan
hidangan untuk seluruh ahli keluarga, ketepikan bahagian untuk bayi
sebelum menambah garam.
Ok, dah clear semua mommies:D..Ginjal bayi belum cukup matang utk memproses garam dan boleh menyebabkan kerosakan ginjal yang serius. Jangan kecewa jika bayi menolak makanan yang kita masak. Bukan tak sedap ye mommies, mungkin ada sebab lain. Dia dah kenyang ke, makanan panas sgt ke, atau pun telah bertukar rasa (basi. ni jenis yg buat stok 3/4 hari). Jangan dipaksa bayi makan. Cuba cari kaedah dan waktu dia selesa untuk makan. Bayi tidak mampu memberitahu apa yg tidak kena dengan makanan tersebut. jadi, mommies kena perhatikan byk perkara apabila makanan pejal pertama bayi diperkenalkan. Contohnya, alergik pada kulit ke, kerap buang air besar/cirit-birit. Kadang kala tekstur makanan yang kasar (seperti isi ikan bilis), tidak selesa dilidah/tekak mereka. itu yang menyebabkan bayi menolak menu tersebut. Mula perkenalkan bayi dengan puri buah2an. MJ biasanya bagi pisang dan betik. Lecek atau blend halus.
Dan info lagi dari sini:
http://pingganmerah.blogspot.com/2012/05/bahaya-garam-pada-anak-kita.html
Anda mungkin mendapati
makanan mempunyai rasa yang kurang sedap kalau tidak menambah garam
kerana langit-langit kita sudah terbiasa dengan rasa masin. Tapi ingat
bahawa langit-langit mulut bayi adalah berkembang dan bahawa dia belum
mendapatkan keutamaan untuk selera masin! Bahkan, makanan yang anda
anggap tak sedap boleh saja diterima si kecil.
Mommies kena bijak memilih dan menyediakan menu si kecil. Campurkan bahan2 asli yang boleh memberikan rasa kepada makanan tersebut seperti labu, keledek manis, keledek manis jepun, lobak merah, tomato. Jika tiada idea untuk menjadikan makanan tersebut ada rasa, tambahkan sahaja susu ibu yang diperah/stok. Segalanya lengkap dalam susu ibu. Boleh je guna susu formula, kalau tiada susu ibu.
Ingin MJ beritahu di sini. Stok susu ibu tidak boleh dipanas secara langsung dengan api (atas dapur). Kerana nutrisi lengkap yang terdapat dalam susu ibu akan hilang. Jadi, cairkan susu dengan merendam dalam air suam atau menggunakan food warmer (MJ guna ni). Gambar ehsan encik gugel. (Malas nak ambik gambar kat umah. Nak post cepat kat opis. Brand nnt sok MJ update.).Kemudian curahkan sahaja ke dalam makanan tersebut sebelum menjamu si kecil:D.