Untuk bayi yang baru mencapai usia 6 bulan, adalah tidak digalakkan untuk memperkenalkan makanan yang dicampur (blend) dengan prune atau buah2 yg diawet/jeruk. Walaupun makanan tersebut mungkin tinggi serat tetapi usus bayi belum bersedia untuk 'menghadam' pewarna, pengawet dan perisa yang digunakan. Ni pengalaman MJ masa bayi MJ berusia 6 bulan. Bagi makan prune sikit je, x abis pun sebiji. Tapi dia jadi cirit-birit n muntah bila bagi susu. Bila bawa jumpa doktor, doktor suruh ingat balik apa makanan yang dia makan lain dari kebiasaan. Bila MJ kata bagi makan prune, terus doktor kata itu la punca sbb bahan makanan berpengawet/berperisa tambahan tidak sesuai utk bagi bawah/awal 6 bulan:D hmmmm bijak sgt maknya. excited nak bg anak mkn mcm2 bila dah cukup 6 bulan.
Untuk menu kali ini, MJ campurkan bubur nasi + isi labu + jagung (yg fresh punya) + ayam. Blend hancur ye jika bayi masih belum ada gigi dan tidak bersedia untuk mengunyah.
Peringkat pertumbuhan gigi bayi adalah tidak sama antara seorang bayi dengan bayi yang lain. Jadi, jgn banding-bandingkan dengan anak jiran atau sedara-mara pula:D. Jika bayi telah mula tumbuh gigi, makanan mereka bolehkan di blend kasar sedikit. Ini bertujuan untuk melatih bayi mengunyah makanan mereka.Bagi bayi yang telah berusia 7-9 bulan, dan koordinasi tangan agak baik, boleh diperkenalkan makanan 'finger food' - mcm rice cakes, carrot yg dipotong nipis, kepingan keju, buah-buahan yang lembut (betik, pisang). Walau bagaimanapun, jangan biarkan bayi anda makan bersendirian tanpa pengawasan kerana dikhuatiri kemalangan berlaku seperti tercekik.
MJ mula memperkenalkan makanan bertumis2 kepada bayi MJ pada usia seawal 9 bulan. Tapi, minyak yang digunakan adalah sedikit dan juga MJ gunakan Virgin Olive Oil yang kaya dengan Omega 3 (kata Dr. Halina.) Sebenarnya macam-macam menu yang MJ 'test' untuk bayi MJ hahaha tapi tidak semuanya MJ sempat ambik gambar. Maklumla supermama in da house kan...mcm ribut bila buat kerja. Tu yg selalu miss ambik2 gambar yg dieksperimen kan..biasanya utk menu yang baru diperkenalkan MJ x buat macam setengah2 orang, ulang menu yg sama berturut 2/3 hari..tp MJ akan buat secara berselang 2/3 hari. Bila nampak dia punya ngap tu mcm welcome the food, so blh la lekat kat kepala menu tu. MJ juga refer kat website annaberkarmel lepas baca blog Dr.Halina untuk lbh byk menu yg yummylicious dan berkhasiat bagi bayi:D..
Menu atas ni ala2 bolognese sauce with pasta shell. Utk pasta shell ni MJ rebus lbh lama sedikit dr texture al dente sebab MJ nak make sure lembut untuk bayi MJ kunyah. Kemudian tumis bawang besar yang dipotong dadu, masukkan daging ayam (tidak digalakkan menggunakan daging lembu kerana ia mengambil masa yang lama utk diproses bagi usus bayi), kacau2 sampai agak2 masak. Campurkan pure tomato yg diblend dr buah tomato (bukan yang dalam can) dan air. Masukkan sedikit spaghetti bolognese spices/oregano dan thyme shj. Jika nak masukkan carrot ke, cauliflower ke, aa time yg elok bila kuah dah mendidih. Campur semua tu dan kalau tahap rasa tidak begitu masam (maklumlah saiz tomato x samakan), boleh ditambah tomato yg dipotong dadu. Biarkan ia hancur dalam kuah tersebut. Ok siap dah..boleh curah atas pasta tadi, taburkan serbuk parmesan cheese (MJ guna serbuk sbb yg parutnya x de) dan dia pun akan makan nyumnyumnyum :D. have a try mommies!
2 comments:
sedapnya silap2 mama yg abeskan hihii
hehehehe yg pasta tu jgn bantai prego plak..prego tu mak pak dia je yg blh makan...sbb perut kiat dah kebal ngan bhn pengawet wakakaka
Post a Comment