Monday, October 29, 2012

Bercuti ke Langkawi 2012 (Part 3)

Selepas berjam2 menghabiskan masa di Bird Paradise WLP (Sgt lama sbb kanak2 paling seronok tgk, bg makan, pegang2 haiwan2 di taman tersebut), kami teruskan perjalanan ke Makam Mahsuri. Tempatnya sgt jauh berbeza dgn zaman MJ gi dulu.

Makam Mahsuri

Tiket dewasa:RM5.00
Tiket kanak-kanak :RM2.50

Di dalamnya terdapat rumah tinggalan keluarga Mahsuri, Panglima Hitam, lps tu umah sapa tah (x ingat)..dalam rumah mahsuri tu masih kekal mcm dulu. Cuma ada satu rumah ni milik sapatah x ingat, dalamnya dihias menarik. Ada replika manusia seperti saat2 mahsuri hendak dihukum. Siap sound gegak gempita bagai hehehe...jadi seram pulak masuk rumah tu.

Kawasan luarnya ada perigi. Masyarakat Melayu yang masih mempercayai 'kuasa air'. MJ berselisih dgn kumpulan makcik2. Dialog yang sempat ditangkap, "Air tu ko basuh muka. Insya-Allah muka ko lambat kedut'...tp bila MJ pandang muka yg bercakap dan yg tukang dgr perckpan tu...Allahuakbar, bw2 la insaf makcik hehehe...eh x kata apa, cuma mahu mereka sedar, kedutan tu semua adalah peringatan dari-Nya sahaja:D.

Kami bawa juga anak2 ke perigi tu untuk mereka lihat sendiri cara org2 lama mendapatkan sumber air. Diorg pun basuh muka gak hehehehe tp diberitahu utk rasa 'kenyamanan' air dr dlm tanah tu. Kawasan perigi tu pun dah dipulihara. Elok bersimen n bermarmar. Tepi2 perigi tu masih lagi nampak kehijauan sawah padi.

X jauh dari situ ada gerai2 jualan kuih2 melayu yg dibuat secara 'live'. Menarik tgk cara lama menyediakan kuih karas. Sambil bersila akak tu menggoyangkan bekas berisi adunan untuk membuat kuih karas. X de gambar ye adik2..leka tgk sampai lupa nak snap pic. So, sila dtg ke Makam Mahsuri.

Keluar dari Makam Mahsuri, masing2 dah kebulur, kami naik balik kereta utk ke kedai makan x jauh pun dari situ. Cuma, panas n dah letih nak jalan, naik la balik keta. Kedai makan berderet tu ada juga terselit kedai yg menjual barang2 hiasan, pakaian, cenderamata dll. Lps selesai semua, kami beredar.

Layan pic sebelum ke destinasi seterusnya..

Gambar lain x sempat nak cr sbb camera byk sgt hahahha..opps bukan tamak haloba okey..kamera enpon, kamera digital, kamera tablet :D..

Tuesday, October 23, 2012

Bercuti di Langkawi 2012 (Part 2)

Ok, kita sambung cerita. Pagi hari kedua, sementara menunggu kanak2 ribena berenang di swimming pool, MJ n DH keluar cari sarapan. dah ko duduk hotel budget kan..mana nak ada sarapan sume Jah oiii:D. Tapi jangan risau, gerai menual kuih-muih, mahu pun warung2 minum mmg byk dan senang nak jumpa. Kami pergi ke 1 gerai kuih...oh lupa nak ambik gambar sbb kuar pun x bw hp/kamera. Pelbagai jenis kuih-muih dgn harga yg masih la 3-4 seringgit ye. Sgt murah. Mmg MJ kalau jln2 suka mencuba kuih-muih/mknn yg jarang nak dpt kat Selangor. Ye, sy sgt enjoy mencuba makanan2 yg jarang/x pernah sy jumpa.Tp x la sampai exotic2 bagai kan...eeeuuwww...

Sampai di apartment sewa kami, sarapan n bersiap utk mulakan perjalanan mengelilingi Pulau Langkawi. Tempat2 yang ingin dituju telah pun dibincangkan bersama adik-beradik mlm sblmnya. So, pg tu x de la buang masa br nak tgk map utk ke sana sini. Ooo jgn lupa, beli map/dapatkan map Langkawi sbb senang nak tau apa yg plg dkt dgn tmpt kita menginap, ke mana tmpt yg nak dituju dll. MJ x perasan abg MJ beli kat mana tp rasa kat Jeti Langkawi tu mmg byk kedai2. So, cr la kat situ.

Bird Paradise Wildlife Park

Ni pada MJ tempat baru. Sbb dulu2 MJ gi (last tahun 2003 klu x salah) belum ada lagi tempat ni. Tempatnya sgt cantik terpelihara. Ada kafe di sudut kanan meghala main entrance. Mula2 beli tiket dulu...

                           Tiket dewasa : RM12.00 (Tunjuk Mykad ye br dpt harga ni)
                           Tiket kanak-kanak : RM6.00

Tempat ni sgt luas (ke dia pusing2 MJ rasa luas hahahaha). Sejuk je kat dalam tu. Boleh bw stroller klu mahu cuma ada tangga sikit2 blh la bw baby tu lompat2 sikit:D. MJ prefer sling carrier je sbb senang nak hangkut n main sumbat je dlm handbag. X menyusahkan nak usung sana sini.

Kat sini, kanak2 paling enjoy rasanya. Sbb disamping melihat haiwan2 di situ, mereka blh memberi makanan kepada haiwan2 di situ. Makanan haiwan utk dibeli ada dijual di situ. Murah je MJ rasa. Kat situ bkn sekadar ada semua spesis burung, tp ada juga buaya, ular, kambing, keldai...errr zirafah, gajah sume MJ x nampak lak..yg comei2 je byk.

Gambar ni di kawasan lobi. Ada diletakkan haiwan2 yg comel ini. Anak2 blh menyentuh terus/ bergambar dgn haiwan2 ini. Ada bbrp staf yg bertugas di luar ni utk membantu atau menyelamatkan keadaan hahahha..budak kecik dah nampak haiwan2 gini mereka blh menjadi rakus...takut....:D

Di dalamnya, kita akan di sambut dgn kebisingan mulut burung kakak tua. Huuiihhhh sgt riuh n tetiba rasa kita mcm duduk sekali ngan dia dlm hutan hahahha..

Kat dalam kawasan ni ada gak 'batu yang diukir' dgn tulisan cina yang melambangkan sesuatu..kami pun menyelit lah hehehehe...


 Ok, tgk2 dulu gambar..nnt MJ sambung lg ye..nak buat keje sikit..

Friday, October 19, 2012

Bercuti di Langkawi 2012 (Part 1)

Julai...Ogos...September....Oktober...haishhh nazak dah blog ni..kesian peminat2 ahkah...ahahahha perasan kan..

Kali ni x mo update pasal makanan. Tp trip Mj yang dah basi ni. Kebetulan ada sorg 'silent reader' ni...silent la sgt kan...nak survey pasal trip ke Langkawi sbb dia nak gi bercuti x lama lagi. So, Mj yg dah ingat2 lupa ni pun akan berusaha utk meng'update' cerita basi ni. Kos semua, insya-Allah MJ akan cuba dptkan resit2 yg masih tersimpan n x masuk washing machine hehehe..

Asalnya trip ni untuk Family Day outing keluarga MJ. Tp last minute, ada 3 family je yg available utk pergi. So, organizer (x yah toleh kiri kanan sapa org nye...i la), x leh nak tunggu lama sgt utk confirmation sbb nak book hotel n kereta sewa.

Kami bertolak dr Serdang terus ke Sg. Petani. Menziarah anak2 saudara MJ yg masih kecil tp telah kehilangan ayah (abang MJ) pada usia mereka dlm lingkungan (8-9 thn). Bermalam di rumah Mama & Ayah Qaish (oh ini rumah ipar bukan rumah tumpangan ye mahu pun homestay..so ni x termasuk dlm travel log ahkak)..tq ye my SIL & BIL. Sebelum bertolak ke Langkawi, perkara yg MJ buat:

                      1. book hotel (3D2N)
                         -> Hotel
                         -> 1 unit apartment 3 bilik = RM350 (Harga apartment shj. X de b/fast, towel, toiletteries etc.)
                         -> pilih ni sbb tu je yg ada, muat utk kami sekeluarga n murah time tu
                         -> dlm 10 minit drive dr jeti langkawi
                         -> contact no :  refer bawah ni

 ++++++++++++ Kat bawah ni copy sebiji sebijat dalam email+++++++++++++++++++++++
Check in time: 1 tengahari
Check out time:12 tengahari

Apartment @ 250.00 sehari
1 apartment x 2 hari x 250.00= RM500.00

Bayaran deposit  sekurangnya RM50.00 untuk mengesahkan tempahan ke akaun

PUBLIC BANK 3987689905
RK SRI LEGENDA ENTERPRISE

*** Deposit tidak dikembalikan jika pembatalan dibuat kurang dari 48 jam dari tarikh tempahan
Sms jika telah membuat deposit dan simpan bank in slip sebagai bukti semasa check in nanti.

Tuan/Cik/Puan boleh lawati blog saya untuk rujukan >>>
http://penginapanlangkawilegenda.blogspot.com/


ROHANA SAAD
H/P : 013 5991899
RK SRI LEGENDA ENTERPRISE
Apartment Sri Legenda,
Jalan Sri Legenda
07000 Kuah, Langkawi, Kedah DA
 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
                       * Bilik kami x berkisah sgt. Asalkan dpt tido sbb gi sana bkn nak tido je tp nak layan anak2 berjalan. So, klu nak lbh selesa, cr la hotel2 yg berbintang2 tu :D

                      2. book rental car (urvan 14 seater) (3D2N)
                          -> van dia bersih
                          -> service bagus. Kita sampai je jeti terus dia call bgtau tunggu kat mana.
                          -> pakai diesel je. so jimat la bab minyak
                          -> contact no :01116570608 Siti Roziah
                          -> harga :RM250
               
                          Option lain: pihak hotel kami menginap tu pun sediakan car rental..blh call ->
++++++++++++++++++++++++++Copy dari email tu jugak ++++++++++++++++++++++++++
 Jika tuan/puan memerlukan kenderaan untuk disewa tuan boleh hubungi 0175027375 (Zahir),  0174197003 (Shidee) atau 0107993835 / 0142471756 (Mohamad), 0125339143 (Kak Sham)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
                     
nota badan : maklumat di atas tidak dibayar oleh mereka2 yg terlibat. So, jgn risau. I am not making any biz here:D

Sehari sebelum bertolak ke Langkawi, kami merayau2 ke Jeti Kuala Perlis. Utk survey parking cemana, tiket cemana. Mmg akan nampak ramai org naik motor n melambai2 tanya "tiket feri ka, bang?". Mula-mula takut gak nak beli sbb takut kena 'kapur' tp kami memberanikan diri tanya n mintak dia book. Sbb dia kata, x yah bayar dulu, nnt dah nak bertolak esok n sampai kat jeti call dia n byr total cost.Parking sume dia yg uruskan kat mana. Kita bawa je keta sampai tempat dia tunjuk n park. Jgn lak bg kunci kat dia. Arrr baca2 sikit kot takut hilang ke, kena kopak ke...:D

Harga Parking : RM10/day

Harga tiket : Dewasa : RM36 (2 hala)
                   Kanak-Kanak:RM26 (2 hala)

Pukul 11 pagi sepatutnya kami kena naik feri di Jeti Kuala Perlis. Tetapi, kalau dah bw anak2 kecil, kemudian ayah MJ yg tidak sihat n susah nak bergerak cepat...makanya, terlepaslah feri time tu. So, call brader tu balik minta tukar time. Kena denda ok...Dlm rm20/total tiket...bkn per tiket ye. Per total. Disebabkan kami sampai awal sikit dr time yg baru (12.30pm), kami lepak2 jap di Masjid Al-Hussin, Kuala Perlis. Sgt cantik n damai masjid tu. Anak2 meriah la berlari sana sini.


So, pukul 12.30 kami naik feri terus ke Langkawi. Feri tu berenti 2 tempat. Tempat pertama, ko jgn turun..bukan tu Langkawi. Tunggu dulu dlm feri tu (dia bot sebenarnya tp suka la i nak panggil feri). Layan angin laut..pastu next stop br la turun. Lupa nak info. Kalau bawa warga emas/x berupaya/sakit kaki/gout hahahha, boleh dptkan wheel chair dr unit pemeriksaan tiket. Kat bahagian dalam ruangan menunggu sebelum keluar ke arah bot. Sebab jauh jugak la dr tempat menunggu tu nak ke feri. Kesian pulak diorg nak jalan jejauh. Ok...nx post kita story bila dah sampai Langkawi ye.Daaaa