Selepas berjam2 menghabiskan masa di Bird Paradise WLP (Sgt lama sbb kanak2 paling seronok tgk, bg makan, pegang2 haiwan2 di taman tersebut), kami teruskan perjalanan ke Makam Mahsuri. Tempatnya sgt jauh berbeza dgn zaman MJ gi dulu.
Makam Mahsuri
Tiket dewasa:RM5.00
Tiket kanak-kanak :RM2.50
Di dalamnya terdapat rumah tinggalan keluarga Mahsuri, Panglima Hitam, lps tu umah sapa tah (x ingat)..dalam rumah mahsuri tu masih kekal mcm dulu. Cuma ada satu rumah ni milik sapatah x ingat, dalamnya dihias menarik. Ada replika manusia seperti saat2 mahsuri hendak dihukum. Siap sound gegak gempita bagai hehehe...jadi seram pulak masuk rumah tu.
Kawasan luarnya ada perigi. Masyarakat Melayu yang masih mempercayai 'kuasa air'. MJ berselisih dgn kumpulan makcik2. Dialog yang sempat ditangkap, "Air tu ko basuh muka. Insya-Allah muka ko lambat kedut'...tp bila MJ pandang muka yg bercakap dan yg tukang dgr perckpan tu...Allahuakbar, bw2 la insaf makcik hehehe...eh x kata apa, cuma mahu mereka sedar, kedutan tu semua adalah peringatan dari-Nya sahaja:D.
Kami bawa juga anak2 ke perigi tu untuk mereka lihat sendiri cara org2 lama mendapatkan sumber air. Diorg pun basuh muka gak hehehehe tp diberitahu utk rasa 'kenyamanan' air dr dlm tanah tu. Kawasan perigi tu pun dah dipulihara. Elok bersimen n bermarmar. Tepi2 perigi tu masih lagi nampak kehijauan sawah padi.
X jauh dari situ ada gerai2 jualan kuih2 melayu yg dibuat secara 'live'. Menarik tgk cara lama menyediakan kuih karas. Sambil bersila akak tu menggoyangkan bekas berisi adunan untuk membuat kuih karas. X de gambar ye adik2..leka tgk sampai lupa nak snap pic. So, sila dtg ke Makam Mahsuri.
Keluar dari Makam Mahsuri, masing2 dah kebulur, kami naik balik kereta utk ke kedai makan x jauh pun dari situ. Cuma, panas n dah letih nak jalan, naik la balik keta. Kedai makan berderet tu ada juga terselit kedai yg menjual barang2 hiasan, pakaian, cenderamata dll. Lps selesai semua, kami beredar.
Layan pic sebelum ke destinasi seterusnya..
Gambar lain x sempat nak cr sbb camera byk sgt hahahha..opps bukan tamak haloba okey..kamera enpon, kamera digital, kamera tablet :D..
No comments:
Post a Comment