Friday, October 19, 2012

Bercuti di Langkawi 2012 (Part 1)

Julai...Ogos...September....Oktober...haishhh nazak dah blog ni..kesian peminat2 ahkah...ahahahha perasan kan..

Kali ni x mo update pasal makanan. Tp trip Mj yang dah basi ni. Kebetulan ada sorg 'silent reader' ni...silent la sgt kan...nak survey pasal trip ke Langkawi sbb dia nak gi bercuti x lama lagi. So, Mj yg dah ingat2 lupa ni pun akan berusaha utk meng'update' cerita basi ni. Kos semua, insya-Allah MJ akan cuba dptkan resit2 yg masih tersimpan n x masuk washing machine hehehe..

Asalnya trip ni untuk Family Day outing keluarga MJ. Tp last minute, ada 3 family je yg available utk pergi. So, organizer (x yah toleh kiri kanan sapa org nye...i la), x leh nak tunggu lama sgt utk confirmation sbb nak book hotel n kereta sewa.

Kami bertolak dr Serdang terus ke Sg. Petani. Menziarah anak2 saudara MJ yg masih kecil tp telah kehilangan ayah (abang MJ) pada usia mereka dlm lingkungan (8-9 thn). Bermalam di rumah Mama & Ayah Qaish (oh ini rumah ipar bukan rumah tumpangan ye mahu pun homestay..so ni x termasuk dlm travel log ahkak)..tq ye my SIL & BIL. Sebelum bertolak ke Langkawi, perkara yg MJ buat:

                      1. book hotel (3D2N)
                         -> Hotel
                         -> 1 unit apartment 3 bilik = RM350 (Harga apartment shj. X de b/fast, towel, toiletteries etc.)
                         -> pilih ni sbb tu je yg ada, muat utk kami sekeluarga n murah time tu
                         -> dlm 10 minit drive dr jeti langkawi
                         -> contact no :  refer bawah ni

 ++++++++++++ Kat bawah ni copy sebiji sebijat dalam email+++++++++++++++++++++++
Check in time: 1 tengahari
Check out time:12 tengahari

Apartment @ 250.00 sehari
1 apartment x 2 hari x 250.00= RM500.00

Bayaran deposit  sekurangnya RM50.00 untuk mengesahkan tempahan ke akaun

PUBLIC BANK 3987689905
RK SRI LEGENDA ENTERPRISE

*** Deposit tidak dikembalikan jika pembatalan dibuat kurang dari 48 jam dari tarikh tempahan
Sms jika telah membuat deposit dan simpan bank in slip sebagai bukti semasa check in nanti.

Tuan/Cik/Puan boleh lawati blog saya untuk rujukan >>>
http://penginapanlangkawilegenda.blogspot.com/


ROHANA SAAD
H/P : 013 5991899
RK SRI LEGENDA ENTERPRISE
Apartment Sri Legenda,
Jalan Sri Legenda
07000 Kuah, Langkawi, Kedah DA
 
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
                       * Bilik kami x berkisah sgt. Asalkan dpt tido sbb gi sana bkn nak tido je tp nak layan anak2 berjalan. So, klu nak lbh selesa, cr la hotel2 yg berbintang2 tu :D

                      2. book rental car (urvan 14 seater) (3D2N)
                          -> van dia bersih
                          -> service bagus. Kita sampai je jeti terus dia call bgtau tunggu kat mana.
                          -> pakai diesel je. so jimat la bab minyak
                          -> contact no :01116570608 Siti Roziah
                          -> harga :RM250
               
                          Option lain: pihak hotel kami menginap tu pun sediakan car rental..blh call ->
++++++++++++++++++++++++++Copy dari email tu jugak ++++++++++++++++++++++++++
 Jika tuan/puan memerlukan kenderaan untuk disewa tuan boleh hubungi 0175027375 (Zahir),  0174197003 (Shidee) atau 0107993835 / 0142471756 (Mohamad), 0125339143 (Kak Sham)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
                     
nota badan : maklumat di atas tidak dibayar oleh mereka2 yg terlibat. So, jgn risau. I am not making any biz here:D

Sehari sebelum bertolak ke Langkawi, kami merayau2 ke Jeti Kuala Perlis. Utk survey parking cemana, tiket cemana. Mmg akan nampak ramai org naik motor n melambai2 tanya "tiket feri ka, bang?". Mula-mula takut gak nak beli sbb takut kena 'kapur' tp kami memberanikan diri tanya n mintak dia book. Sbb dia kata, x yah bayar dulu, nnt dah nak bertolak esok n sampai kat jeti call dia n byr total cost.Parking sume dia yg uruskan kat mana. Kita bawa je keta sampai tempat dia tunjuk n park. Jgn lak bg kunci kat dia. Arrr baca2 sikit kot takut hilang ke, kena kopak ke...:D

Harga Parking : RM10/day

Harga tiket : Dewasa : RM36 (2 hala)
                   Kanak-Kanak:RM26 (2 hala)

Pukul 11 pagi sepatutnya kami kena naik feri di Jeti Kuala Perlis. Tetapi, kalau dah bw anak2 kecil, kemudian ayah MJ yg tidak sihat n susah nak bergerak cepat...makanya, terlepaslah feri time tu. So, call brader tu balik minta tukar time. Kena denda ok...Dlm rm20/total tiket...bkn per tiket ye. Per total. Disebabkan kami sampai awal sikit dr time yg baru (12.30pm), kami lepak2 jap di Masjid Al-Hussin, Kuala Perlis. Sgt cantik n damai masjid tu. Anak2 meriah la berlari sana sini.


So, pukul 12.30 kami naik feri terus ke Langkawi. Feri tu berenti 2 tempat. Tempat pertama, ko jgn turun..bukan tu Langkawi. Tunggu dulu dlm feri tu (dia bot sebenarnya tp suka la i nak panggil feri). Layan angin laut..pastu next stop br la turun. Lupa nak info. Kalau bawa warga emas/x berupaya/sakit kaki/gout hahahha, boleh dptkan wheel chair dr unit pemeriksaan tiket. Kat bahagian dalam ruangan menunggu sebelum keluar ke arah bot. Sebab jauh jugak la dr tempat menunggu tu nak ke feri. Kesian pulak diorg nak jalan jejauh. Ok...nx post kita story bila dah sampai Langkawi ye.Daaaa

3 comments:

myza said...

hehehe sama2 kasih..kalau sudi mai lg teratak buurruk kami ni :)

Mamajenn said...

buruk la sgt ye bertingkat2 tu hahahha..insya-Allah klu ada rezeki n umur panjang:D

shamsibah said...

cuba tengok ni www.carlangkawi.blogspot.com atau call 0124440109