Balik dari Gunung Mat Cincang, kami teruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk 'meninjau' apa yg menarik utk dibeli ngeee...since, shopping is not our purpose of vacation, so kami x memborong la segala periuk belanga, pinggan mangkuk..huii sapa nak usung..anak nak kena pegang kiri kanan. beg lagi..Pasaraya pilihan kami pun hanya pemilik yg glamer itu...Haji Ismail Group...segala mak nenek ada kat situ. MJ hanya intai2 je bhgn pinggan mangkuk uols..nak masuk kawasan tu sbnrnya, tp anak dah berderet pegang baju mcm ketapi, ikut je bontot mak dia..ishh x berani la....kang pecah brg2 tu, x pasal2 je kena byr..sia2 ok perbuatan itu...
MJ mcm x 'mampu' nak ambik gambar kat situ hahahaha mcm org bangla gi melawat mydin pulak nak ambik2 gambar dpn pasaraya khennnn..so, x de gambar ye adik2...MJ gi situ hanya borong coklat beratus-ratus....ha tu nak kata aku riak la tu..ratus2 bijik je..senang nak tabur kat org2 yg jaki kat kitorg gi melancong hahahha...x de la, gurau je.
Lps selesai borong coklat, masing2 dah bau bacin, kitorg teruskan perjalanan ke aprtment sewaan kami. Mandi2, rehat n solat maghrib+isyak..Lps tu, keluar makan sbb anak2 semua dah kebulur..Lepas makan, kami terus gerak ke Pantai Chenang.
Bila sampai situ, MJ mcm x percaya situ tempatnya..sbb sgt 'hidup'. Gerai2 brgn kraf dan cenderahati disusun kemas. Terselit gak restoran2 yg berlanskap mewah. Rasa mcm jln2 kat Bukit Bintang, KL pun ada gak, mcm Kampung Baru pun ye gak..sbb happening la tempat tu. Org ramai la jugak time tu. Kitorg beli la sikit souvenir utk kawan2 di office (yang bertungkus-lumus cover kerje kitorg hehehhe).
Ada 1 je gambar family MJ kat depan sebuah kedai cenderamata...
Tgk tu..kuar jln pakai baju tido je budak2 tu..tp x rasa gayat pun ahahahha...
Dekat pukul 11pm, kami bertolak balik ke apartment sbb semuanya dah lemau. Esok tu kena pack utk pulang ke KL..Ok ye, sekian shj persembahan kali ini yg bertajuk Bercuti ke Langkawi 2012...Byk tmpt x gi sbb MMG X CUKUP 3D2N kalau ke Langkawi (if with kids)..percayalah...dataran lang, telaga tujuh, underwater world (mas ni diorg tgh buat construction), Kampung Ayer Hangat, Galeria Perdana, MARDI (tmpt ni Mj nak gi klu ke sana lain kali...sbb dirog kata blh mkn produk MARDI free2...ko x tau produk MARDI? ish ish ish...sila gugel:D)....
4 comments:
ko tak tau produk Mardi??!!!
ish ish ish
aku lagi tak tauuu
wakakka!
haishhhh sib baik x tau...klu tau pasti akan menambahkan nafsu makan n kilos
salam perkenalan Mamajenn..Apart. tu ada lif tak. cadangnya nak booked apart. tu for my family day next year
sy rasa mcm x de..sbb mcm x tinggi sgt. Maksud sy, ada 2-3 tingkat kot..MJ nye bilik setingkat dgn parking area..tp nak gi pool kena turun bawah..emmm blh bygkan x:D ngeeee
Post a Comment