Friday, February 15, 2013
Menu berpantang 2 : Ikan senangin kukus
Serius MJ cakap, MJ hanya makan ikan ni masa pantang je. Bkn kerana harganya dlm kategori ikan mahal, tp rasa dagingnya yg MJ rasa x 'kick' :D (Kau kan..pantang pun nak mkn sedap2 hehehe)..ok, ibu2 dalam pantang...nak kurus cepatkan..hikhik..sila elakkan makanan bertumis2 bagai ye. Kukus, grill, panggang...kukus, grill, panggang...kukus!
Bahan2nya:
Ikan senangin (dibersihkan)
Hirisan halia
Hirisan carrot
(sila jgn isi potongan lobak putih spt dlm gambar..sbb dia spoilkan rasa kuah kukusan tu. MJ bubuh sbb nak tambah susu..petua katanya:p)
Hirisan serai
Jus limau nipis (Ambil dalam sehiris. Perah n klu suka blh je kukus sekali kulit limau tersebut)
Kiub pati ikan (jika suka)
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Panaskan air kukusan.
2. Sediakan ikan di dalam pinggan/bekas tahan panas.
3. Taburkan semua bahan tersebut kecuali jus limau nipis.
4. Kukus dlm 15-20 minit.
5. Masukkan jus limau nipis dan kukus semula dalam 10 minit lagi.
6. Akhirnya...makan dgn nasi panas2 ye ibu2..
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment