Friday, October 31, 2008

Tiramisu Cake


Bahan untuk coating tu lebih sesuai utk saiz sponge cake yg besar. Yang aku buat tu sponge cake 6" je. Sebab nak bagi makan pun utk jumlah tetamu yg sikit kan..

So, here is the recipe...

Bahan-bahan:
a. Sebiji sponge cake (aku guna sponge mix flour je. Kalau nak senang, beli siap je)
b. 250 g cream cheese (Philadelphia)
c. 150 ml yogurt asli (ada org ganti ngan fresh cream/whipping cream tp tak pernah try)
d. 1/2 cawan gula castor
e. serbuk nescafe secukupnya (kalau guna mangkuk caserole tu blh la gantikan dengan 1 cawan air nescafe)

bahan spread top layer (pilih la mana yang suka)
- serbuk nescafe (hari tu guna ni je)
- serbuk koko
- blueberry dalam tin

Cara-caranya:
1. Potong kek kepada 2/3 lapisan (hari tu aku buat 2 layer je, malas!)
2. Pukul cheese n gula hingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi hingga sebati.
4. Letakkan layer pertama atas pinggan hidangan/*mangkuk
5. Sapukan 1/3 cheese yang dipukul tadi pada lapisan tersebut.
6. Taburkan serbuk nescafe (bubuh atas tapis teh tu, pastu buat mcm ayak tepung)
7. Ambil layer kedua dan ulangi langkah yang sama sehingga layer terakhir.
8. Layer akhir tu aku tabur serbuk nescafe gak
9. Simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum dihidangkan.

Untuk yang guna mangkuk (yang arwah mak nye dah hilang..tatau sapa rembat)
lepas letak layer pertama, tuang 1/3 air nescafe, sapu cheese. Buat sampai layer sume siap. Tu je..tak suka pakai mangkuk sebab macam susah je nak potong/angkat masuk piring.

My personal comment:
I preferred to use yogurt rather than whipping cream/fresh cream because it effect a lot of the cheese taste. To me, whipping cream is milky taste and fresh cream is not too sweet taste. But i like the taste of masam2 pada cheese tu when i use yogurt. Maybe one day i like to change with a lemon paste and spread a blueberry on top layer. Macam sedap je. Emmm bila ye mood rajin tu nak dtg. Ok have a try.

2 comments:

NUR BAITI said...

kak..saya nak ucap thx byk2 cuz post resei kek ni...n baru skrang saya jumpa resepi kek tiramisu yg senang ni..

Mamajenn said...

akak mmg suka cr resepi yg simple2. Klu blh x yah berpeluh2 kat dapur hehehe..