Friday, October 31, 2008

Temptation oreo cheesecake

Atas kek tu tergaring plak tu yang nampak kuning2.

Resepi dari Chef Alex Goh


Bahan-bahannya:

Based cake:
a. 200 g biskut oreo yang diblend (hari tu aku guna biskut marie coklat je)
b. 50/60 g butter dicairkan

Cara membuat based cake:
1. Campurkan butter yang telah dicairkan ke dalam biskut yang diblend.
2. Gaul sebati
3. Tekan rata dalam acuan spring foam (aku guna acuan 8" kalau x salah)
4. Masuk dalam oven, bakar pada suhu 160°C selama 10 minit. Kalau x nak bakar pun blh, biar dlm peti ais dalam sejam. tp hari tu nak cepatkan, so bakar je.

Inti:
Bahan A:
a. 500 g cream cheese (Philadelphia)
b. 130 g gula castor

Bahan B:
a. 1 sdt esen vanila

Bahan C:
a. 3 biji telur

Bahan D:
a. 200 g whipping cream (hari tu guna 200 ml [1 kotak kecik tu] ok je)

Bahan E:
a. 15 keping biskut oreo sandwich kerat 4 setiap 1

Caranya:
1. Pukul A hingga gebu. Masukkan B dan putar lagi hingga sebati
2. Masukkan C satu persatu dan putar hingga gebu
3. Tambah D dan putar sebati
4. Masukkan E dan gaul sebati
5. Tuang inti dalam based cake
6. Bakar pada suhu 160°C selama 50-60 minit (depends on oven type ye) secara bain marie/water bath dan sehingga bahagian tengah kek masak.
7. Setelah kek masak, jangan keluarkan kek terus. Renggangkan pintu oven dan biarkan kek menyejuk selama 1 jam atau lebih. Sbb bila kek keluar terus dr oven, perubahan suhu secara tiba-tiba akan menyebabkan kek retak kat tengah...ishh mcm cikgu ilmu alam plak..tp tu tips dr pakar2 masak le.
8. Kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 5 jam/semalaman.
9. Tuang *ganache atas kek (hari tu ganache aku termasuk air. so x jadi le ganachenya)
10. Simpan kek dlm peti ais lagi dalam 2 jam ke utk bg ganache set.

*Untuk ganache:
coklat masakan, whipping cream - masak secara double-boiler. Sume cair baru masukkan butter nak bg kilat je nih. Sukatan ni agak2 je sbb bukannya nak guna byk. Utk hias atas kek. Ikut le kreativiti memasing - nak buat bentuk bulat2 ke, silang pangkah ke...etc. I punya jadi srang labah2 yang kena tiup angin pastu tercucuk ranting pulak...ceh

Senang sgt kek ni. Diorg kata sedap tp aku rasa biasa je.

2 comments:

aid said...

aloh....maleh le nk salin...nak buat lg maleh...tumpang makan kat umah ko je le.....muakahkahkahkahkahkiok

Shima Sulaiman said...

x yah salin..hangkut je notebk kau ke dapur..pastu letak tepi oven hahahaha