Monday, November 3, 2008

Mini sardin puff

Ini sahaja la yg aku sempat disediakan untuk family alang & Capt. Pait. Sorry ye, hakimi x sihat. So, x dapat nak masak yang ganas2...chewahhh
Kuning telur tu tergaring sgt sbb terleka dok demah hakimi.




Bahan-bahannya:
1. Sardin dlm tin (apa2 brand)
2. Sebiji bawang besar (chopped)
3. Serbuk lada putih (ikut citarasa nak bubuh byk mana. Hari tu aku buat 1/2 sdt je)
4. Mayonis
5. Kulit roti canai segera/pita/ tortilla (Hari tu guna roti tortilla)
6. Kuning telur

Caranya :
1. Keluarkan isi ikan sardin. Hancurkan isinya.
2. Campurkan bawang besar cincang, serbuk lada putih, mayo - gaul sebati
3. Kalau nak tambah garam, bubuh secubit je. Kalau nak bubuh cili masak, cincang2 gak. Tp sbb hari tu anak buah ramai, so x leh la buat pedas2.
4. Potong kulit roti kepada 4 bahagian.
5. Ambil 1 bahagian dan bentukkan kon.
6. Masukkan isi sardin ke dalam kon tersebut. Buat sehingga semua roti n sardin habis.
7. Susun atas tray pembakar. sapu kuning telur kat bahagian atas kulit luar roti tu.
8. Bakar 70-80°C selama 20 minit (depends on oven type okey) atau kuning telur dah nampak masak blh le kuarkan dr oven.

No comments: