Bersambung kita ke siri kedua. Kali ini kita akan mempelajari fungsi baja. Biasanya jika kita membeli baja, kita akan jumpa perkataan dan nombor seperti ini - N15 P15 K6, N45 P11 K4
N - Nitrogen -> berfungsi untuk tumbesaran daun, kehijauan dan melebatkan daun
K- Potassium -> untuk warna bunga dan saiznya
Nombor yang terdapat pada NPK adalah mewakili peratusan kandungan dalam butiran baja tersebut. Ketiga-tiga bahan kimia ini diperlukan untuk menambahbaikkan fungsi tanah dalam proses penyuburan pokok yang ditanam. Walau bagaimanapun, kandungan NPK berbeza mengikut jenis tanaman yang hendak ditanam dan peringkat proses penanaman. Jenis-jenis tanaman tersebut adalah seperti tumbuhan berdaun, tumbuhan berbuah, bunga-bungaan dan sebagainya.
Bagi penanaman cili, pada awal penanaman kandungan baja yg terbaik adalah kandungan N yg tinggi berbanding P&K. Setelah pokok mula membesar, bunga mulai keluar, baja mesti ditukarkan kepada kandungan P&K yang tinggi berbanding N. Ada juga yang menyarankan agar memilih kandungan seperti ini N15 P15 K15 ataupun dapatkan terus baja jenis urea sewaktu proses penghasilan buah.
Terdapat 2 jenis baja di pasaran - baja organik dan baja bahan kimia. Baja organik biasanya diproses dari najis haiwan seperti kambing dan ayam. Jika ditabur pada pasu bunga, baunya akan 'semerbak' setiap kali ditiup angin.Wah! Baja ini mahal 3 kali ganda dari baja kimia. Kebanyakan petani komersil kita lebih gemar menggunakan baja bahan kimia kerana kos penggunaannya yang rendah tetapi hasilnya tetap sama. So, paham2 je la hasilnya dam kesannya utk jangkamasa pjg. Tp kita terpaksa kan...beli je la apa yg ada kat pasaran. Tetapi bagi penggunaan kita di rumah, ada baiknya gunakan baja organik yang lebih selamat apabila kita makan hasil tanaman kita nanti. Itulah sebabnya sayuran organik agak mahal berbanding sayuran biasa.
Sewaktu menabur baja, pastikan baja tidak di'longgokkan' pada pangkal pokok. Baja ni 'panas'. Kalau ditabur terlalu rapat dgn batang pokok, dikhuatiri pokok akan mati. Ini juga berkait dengan kuantiti baja yang hendak ditabur. Ikut sukatan yg dinasihatkan pada plastik bungkusan baja tersebut.
Sewaktu menabur baja, pastikan baja tidak di'longgokkan' pada pangkal pokok. Baja ni 'panas'. Kalau ditabur terlalu rapat dgn batang pokok, dikhuatiri pokok akan mati. Ini juga berkait dengan kuantiti baja yang hendak ditabur. Ikut sukatan yg dinasihatkan pada plastik bungkusan baja tersebut.
Sekian, terima kasih. Later i will update about fertigation system. I am still learning about this plantation system. Not much i can tell you. What is fertigation? Tungguuu..
2 comments:
Salam. Pokok mengambil nutrien. Adakah pokok mengeluarkan apa2 nutrien ke tanah ketika tumbuh?
Semasa tumbuh pokok tak keluarkan nutrient, tapi ia mengeluarkan enzime dan juga hormon2 melalui akar kedalam tanah. Jika ada bhgn yang mati atau pokok mati nutrient akan kembali ke tanah - info dari Prof saya :D
Post a Comment