Sunday, November 16, 2008

Bingka ubi

Ha selagi tak habis ubi di rumah ku...bermakna kata semua menunya berasaskan ubi hehehehe.
Here is the recipe. sib baik ada terselit gambar ni..



Bahan-bahan:
1. 3 cawan ubi kayu disagat, toskan dlm 30 minit
2. 1/2 cawan gula pasir
3. 1 cawan pati santan (aku guna hampir sekotak kecil santan brand M&S - lbh kurang 200ml)
4. 1 cawan pes pandan (x guna pun sbb x de tp ganti dengan pewarna kuning)
5. Butter
6. 1/2 sdt garam

Caranya;
1. Gaulkan ubi kayu bersama gula dan garam hingga sebati
2. Campurkan santan dan pes pandan. Gaul lagi. Bancuhan akan menjadi seperti bancuhan cekodok/jemput2. So kat sini kena pandai adjust pes pandan dan santan ye. Klu nampak dah mcm cair, jgn dihabiskan pulak santan n pes pandan tu. Klu guna pewarna, masukkan 1/2 sd teh pewarna. Masa aku buat tu, aku habiskan tuang santan, pastu nampak mcm dah elok bancuhannya. So, x de la tambah air bercampur pewarna tu utk menggantikan secwn pes pandan tu. Cuma titiskan terus pewarna tu.
3. Rasa kemanisan bancuhan. Klu tawar, tambah la gula lagi.
4. Masukkan bancuhan dalam loyang yang telah digriskan.
5. Hiriskan 4/5 butter dan taburkan di atas adunan tadi.
6. Bakar 170°C selama 1 jam/masak.

Bingka agak lembut semasa panas. Biarkan sejuk dahulu di dalam loyang sebelum dipotong.

No comments: