Saturday, November 15, 2008

Kek ubi kayu

Sebenarnya x tau nak buat apa ngan ubi kayu yg alang bg dah dkt 2 minggu. Hehehhe..pastu terjumpa la resepi ni kat my resepi.com. Ok here is the recipe...


Bahan-bahan:
a. 250 gram butter
b. 1 cawan gula pasir
c. 5 biji telur
d. 1 1/2 cawan tepung
e. 1/2 tin susu pekat
f. 1 sdb baking powder
g. 2 1/2 cawan ubi kayu disagat
h. 1 sdt esen vanila
i. sedikit pewarna kuning (Saje tambah sbb ubi tu mcm putih pucat je)
j. sebiji lemon - perah jusnya

Caranya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur 1 per 1 sambil memukul
3. Masukkan tepung, susu pekat, baking powder secara bergilir dan sedikit demi sedikit - gaul rata
4. Masukkan ubi kayu, esen, pewarna, jus lemon - kacau sebati
5. Masukkan dalam loyang yg telah digris.
6. Bakar pada suhu 150°C selama 1 jam/masak (Temp. depends on oven type)

Nota : Selepas ubi disagat, letakkan dalam tapis dan biarkan airnya keluar. Sementara tu, prepare la bancuhan yg seterusnya.

No comments: