Thursday, March 22, 2012

Kuih Kaswi

MJ sebenarnya suka sgt makan kuih kaswi. Tambah-tambah kalau kaswinya jenis 'gegar'...Perghh memang syok layan. Tp disebabkan MJ agak kurang suka kelapa2 parut ni, so yg gambar tu hanya semata2 untuk ditepek diblog ini sahaja. yang MJ makan, togel! hehehe..

Hari tu rayau2 kat blog kak Izahdaut. Terjumpa plak resepi kuih ni yang mcm senang je pada pandangan pertama MJ, untuk dibuat. Sebab main sukat cawan kan...tu yg gumbira hati. X yah nak kuarkan penimbang bagai.. MJ minta izin dari kak Izah untuk kongsi resepi tersebut di blog MJ pulak dan utk reference MJ di masa akan datang. Mekasih kak!

Rugi x cuba tau..mmg sedap.:D

KUIH KASWI
resepi: kak Wan
yang dah cuba: kak Che Ct


Bahan A
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan C
Kelapa parut dicampur sedikit garam

Loyang 9" atau acuan lompang

Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.

MJ baca banyak petua nak bagi kuih kaswi tu gelap. Tp pada MJ jenis gula merah yang digunakan mmg membantu. Ada yang kata tambah kicap juga. Hehehe MJ x buat tp MJ suka2 tambah 1 1/2sdb cuppucino paste sbb nak bg kaler gelap sikit. Tp rasa dia mmg superb la..manis2 pahit cuppucino gitu:D. Mintak ampun pemunya asal resepi. MJ mmg suka cuba jaya >peace<

4 comments:

izahdaut said...

akak pun suke sangat resepi yang ini, memang elok gegar nyer tu kan. hehe.. tapi bab kelapa parut ni leh kawanngan anak2 akak, diorg memng suke mkan togel gitu jugak.haha

Mamajenn said...

kak izah. Tks ye share resepi tu kat blog akak. Sy sbnrnya dah byk kali buat lps sy test pertama kali tu menjadi n sedap..huhuhu..tp mcm bias, makan yg togel gak hakhakhak

Cho Zila said...

makan tak berkelapa pun sedap sebab sekarangni suka tersedak kalau makan ngan kelapa....

Mamajenn said...

ha tu kena cr punca tu, kenapa skrg br mkn ngan kelapa jadi tersedak plak hehehe