Friday, March 16, 2012

Roti Gandum & Keju

Kajian saintifik menunjukkan, hidangan sarapan boleh memberi kesan dramatik kepada kemampuan belajar kanak-kanak. Sarapan menguatkan daya tumpuan, masa tindak balas, kebolehan belajar, perasaan dan ingatan, manakala tidak makan sarapan mengurangkan semua perkara berkenaan mengakibatkan jatuhnya prestasi kanak-kanak di sekolah.

Pakar nutrisi Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che Lah berkata, ibu bapa memainkan peranan penting membantu kanak-kanak memenuhi keperluan zat harian dan pilihan makanan harian seboleh-bolehnya mengikut rangka piramid makanan demi memastikan mereka mendapat gizi seimbang setiap hari.

Satu kajian di Universiti Cardiff, Wales baru-baru ini menunjukkan, mereka yang makan sarapan berserat tinggi kurang mengalami keletihan sebanyak 10 peratus, kebarangkalian kemurungan lebih rendah dan menunjukkan kemahiran kognitif lebih baik.

Serat membantu memperlahankan penyerapan makanan dalam perut, menyebabkan kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk jangka masa lebih lama. (Cited : http://cpintrass.com)

Maka, terhasillah sarapan pagi anaknda yg ringkas n dibekalkan ke sekolah. Uhhh nx week sudah mula sesi persekolahan. Aktiviti bgn subuh2 hr utk prepare mcm2 bermula kembali. MJ share idea utk ibu2 yg ketandusan idea tgh2 minggu nnt hehehe untuk sediakan sarapan anak yg ringkas, cepat tp berkhasiat.

Bahan-bahan untuk 1 set roti:

2 keping Roti wholemeal (MJ guna brand Gardenia)

Sekeping Cheesedale

Sebiji telur

Sedikit susu pekat

Cara-caranya:

1. Pecahkan telur dan campurkan sedikit susu pekat. Kocakkan sebati.

2. Letakkan sekeping roti dan lapiskan dengan cheese. Tutup dengan sekeping roti lagi di atasnya.

3. Potong segiempat kecil. Akan dapat 4 potong segiempat kecil.

4. Ambil potongan pertama dan celupkan dalam sebatian telur tadi. Letakkan atas kuali leper/non stick pan yg telah dipanaskan dan disapu sedikit marjerin/minyak.

5. Balik2kan apabila permukaan kekuningan dan bolehlah diangkat. Hidangkan bersama segelas susu.

No comments: