Wednesday, April 18, 2012

Granola bars

Sebenarnya MJ x pernah tahu pun nama makanan ni 'granola bars'. Cuma MJ selalu jumpa kat rak2 di supermarket bahagian cereal. MJ cuma emmm sedapnya nampak benda ni n nampak mcm makanan penuh fiber. Tp kotak kecik, sikit n mahal. Tetiba blog walking, terjumpa la sebijik sebijat makanan ni kat blog kak Madiha (lagi)..laju la MJ kopipes tp peram dulu. 2/3 kali gi Giant, dok usha lagi benda tu n CONFIRM, itu la namanya n bendanya.

Terus cari barang n buat ngan anak2 adam MJ. Sgt la meriahnya...ha kau, puas makan...:D

Ok MJ share resepi ni kat blog MJ plak. Ikut semua panduan kak Madiha. Insya-Allah jadi. Minta halal ye kak Madiha untuk MJ kongsi dgn pengunjung blog MJ pula.

Granola Bars
Diolah oleh MaDiHaA a.k.a Ratna
(saiz loyang ialah 9" x 9")

Bahan2
2 cawan Oats (kali ni MaDiHaA guna ‘Nature Ten Whole Grains Cereals’)
1 cawan Corn flakes
1 ½ cawan Puffed rice (resepi asal guna ½ cawan je) - non hado..so MJ x bubuh pun
2 sudu besar Badam cincang (non stock.. MaDiHaA ganti pumpkin seed) - MJ guna almond flakes
2 sudu besar Walnut cincang
2 sudu besar Raisins
¾ cawan madu (resepi asal 1 cawan)
½ cawan Brown sugar (MaDiHaA kurangkan sikit)
4 sudu besar butter

Cara menyediakan

1. Sediakan loyang yang sesuai. Alas dengan baking paper dengan ukuran lebih panjang sedikit dari loyang supaya mudah nak angkat bars. Baking paper tadi beruskan dengan butter. Sediakan sehelai lagi baking paper yang disapu butter untuk lapisan atas.
2. Panaskan oven 160C. Masukkan oats, corn flakes, puffed rice, badam cincang & walnuts dalam satu tray besar & ratakan. Panggang lebih kurang 10 minit supaya bahan2 tersebut rangup. (kalau tray kecil.. bahagikan kepada dua bahagian) Dalam masa 5 minit buka oven & kacau2 atau balik2 kekacang atau bahan2 tadi supaya ia rangup sekata. Ketepikan & biarkan ia sejuk.
3. Dalam periuk besar yang sesuai.. (guna periuk bertangkai lebih mudah) cairkan butter dengan api perlahan. Masukkan gula perang & madu & kacau rata dengan api sederhana pula. Biarkan hingga gula cair & campuran tadi berbuih. Padamkan api bila nampak campuran seakan pekat sedikit.
4. Segera masukkan bahan2 yang dipanggang tadi serta kismis & dengan kadar segera kacau sehingga benar2 rata. Pastikan setiap bahan bersalut dengan sirap madu yang dimasak tadi dengan rata.
5. Tuangkan di dalam loyang yang disediakan tadi & ratakan sambil menekan2 dengan senduk kayu supaya padat. Biarkan bancuhan benar2 sama rata & padat supaya mendapat bars yang sama tebal & tidak pecah2 semasa dipotong. Lapikkan lapisan atas bars dengan baking paper yang satu lagi & gunakan rolling pin yg kecil (atau guna je apa2 botol yg sesuai mcm botol nescafe ker) & roll rata2 atas baking paper tadi supaya permukaan bars elok rata. Tarik semula baking paper bahagian atas & biarkan ia sejuk sebentar.
6. Keluarkan bars yang telah sejuk dengan cara menarik baking paper yg berlebih tadi & letakkan di atas papan pemotong. Potong bars kepada kepingan-kepingan kecil dengan pisau tajam dengan cara menekan dari atas. (bukan dengan cara menggergaji ye!) Potong ikut saiz kegemaran & sedia untuk dihidangkan.
7. Simpan Granola Bars dalam bekas kedap udara. Boleh juga dibungkus satu2 secara individu supaya mudah nak dibawa ke mana2 untuk snek bekalan.

Tuesday, April 17, 2012

Ayam Halia (dr blog Rencah Kehidupan)

Masakan yg dah biasa dibuat tp MJ saja nak try ikut resepi org lain. Kalau dah merayap blog org laju2 (versi takut bos nampak hehehe), print2 resepi, perap 5 -6 malam, mana nak hengat hasil masakannya cemanakan. So, bila MJ buat sendiri, snap2 gambar n konon nak copy link balik dr blog org ni..tup2...loh kenapa hasil aku lain sgt dari dia hahahahha..apa2 pun..sedap, MJ suka.


Kalau sesapa nak tgk hasil sebenar (ada kuah sikit) blh refer kat blog Nenie Shah Alam. MJ minta izin berkongsi resepi di blog MJ ye. Tq bebyk..


AYAM HALIA
Sumber :- 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza


BAHAN-BAHAN
  • 250 gm ayam (MJ goreng jap)
  • 1/2 s.teh tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
  • 1/2 s.teh serbuk lada hitam
  • 1 pokok daun bawang
  • 1/2 biji tomato (potong baji)
  • 1 sb minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan-B (dihiris)

  • 1 1/2 inch halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata.Kemudian masukkan sedikit air
  3. Masakkan ayam sehingga lembut
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam.Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato dan daun bawang dan kacau rata.
  6. Sedia di hidang

Thursday, April 12, 2012

Ayam goreng oat

Hmmm anak MJ yang sulung mmg suka masakan yang ada campur oat2 ni. Hinggakan setiap kali goreng ayam dia mesti tanya, ayam oat ke mama? Menu ni MJ dah byk kali buat sebenarnya. Cuma baru kali ni nak upload gambar n share resepi kat sini. MJ dapat dari blog kak Madiha. Mohon halalkan kerja-kerja CnP ni ye kak..mekasih... dan untuk rujukan sy jugak di masa akan dtg:D


Sumber asal :Mariam

Diubahsuai oleh MaDiHaA

Bahan2

1/2 ekor ayam ~ potong saiz sederhana (MaDiHaA buang kulit!)

2 sudu besar serbuk rempah sup (MaDiHaA guna Adabi) (resepi Mariam guna rempah kurma)

sedikit garam (agak2 sendiri mcm nak goreng ayam yg biasa)

sedikit gula anggaran 1 sudu kecil

1/2 cawan tepong beras

1/2 cawan tepong jagung (resepi Mariam guna tepong tempura/tepong beras & dibancuh dgn air, MaDiHaA guna serbuk gitu je)

1 ~ 2 biji telur ~ pukul sedikit (resepi Mariam tak letak)

Oat segera secukupnya

Minyak masak untuk deep fry

Cara2 menyediakan

1. Ayam dicuci bersih & tos kering. Gaul rata & perapkan ayam dengan rempah sup, garam & gula anggaran setengah jam.

2. Panaskan minyak secukupnya. Campurkan kedua2 jenis tepong dalam satu bekas. Gaul rata.

3. Ambil seketul isi ayam & lumurkan/balik2kan ayam di dalam campuran tepong jagung & tepong beras sehingga semua bahagian bersalut tepong.

4. Celupkan ayam tadi ke dalam telur yg dipukul sedikit. Angkat lalu salutkan pula dengan oat sehingga seluruh ayam disaluti oat.

5. Goreng ayam tadi di dalam minyak yg penuh. Ulangi proses yang sama & gorenglah ayam sehingga garing ke dua2 belah.

6. Nikmati ayam begitu sahaja ataupun dicicah sos cili pilihan berserta 'side dishes' seperti coleslaw & kentang putar. (MaDiHaA hidang dengan coleslaw & sosej aje)

Monday, April 9, 2012

Cendawan rangup

Lama x makan cendawan goreng. Kebetulan rezeki kawan office bagi cendawan yg diperolehi secara percuma dari ladang penyelidikan yang mereka kunjungi. Kemudian, 1 hari tu muncul pulak gambar cendawan goreng kat side bar MJ..dari blog kakak pojaan hati...kak Izah. Dengan serta-merta terlekat mata kat resepi itu n terus mencuba bila balik umah.

alah x sempat nak label gambar tu..x pe la...klu org tu baik, dia x curik gambar ni hehehhe..if u need the gambar, pls credit to my blog ok:D

dan setelah 'berempah' 'berlulur' bagai akak2 cendawan itu..maka inilah hasilnya...


MJ mintak izin kak Izah utk share kat blog saya ni pulak ye..memang sedap di makan panas2..

CENDAWAN RANGUP
by: izah

250 gm cendawan tiram *kurang lebih
* bersihkan dan keringkan cendawan. Jika cendawan besar, boleh disiat2 kan.
Ketepikan.

3 sb tepung gandum
3 sb tepung jagung
3 sb tepung beras
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam
1 1/2 sb serbuk kari daging
1 1/2 sk garam halus *ikut citarasa
1 biji telur

Caranya:
Setelah dibasuh cendawan, ketepikannya.
Campurkan semua tepung dan bahan perasa kecuali telur.
Masukkan ke dalam bekas tapuware besar bertutup dan tutup bekas.
Goncang2kn tepung supaya semuanya sebati. Ketepikan.
Pukul sikit telur dlm mangkuk besar.
Masukkan ke semua cendawan tadi ke dalam telur.
Gaul2 rata.Kemudian masukkan ke dalam tapuwre berisi campuran tepung.
Goncang2 dan goreng hingga garing.
Cadangan hidangan: dihidang panas panas.

Tuesday, April 3, 2012

Chilled Coffee Cheesecake

Kenapa gambar atas springform je? Err x sempat nak buat elok2. Sbb jadual 'hidup' hari tu mcm full n anak ulang-ulang minta potong n makan..dan ayat yang menghilangkan letih seharian -Sedapnya kek mama!!:D...Hai anak2, mama pun ambik dari org resepi ni. Sapa lagi klu bukan Chef idola mama Chef Hanieliza. Dah, malas nak tulis byk2..jom kongsi kesedapan kek ini di dapur memasing hehehe sbb nak share yg atas tu, dah lama selamat:)

Memang senang n sedap..Minta izin kak liza, paste kat laman umah sy ni pulak..

Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter lembut [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt asli
100 gm gula halus [gula kastor]
1 s/b coffee paste (MJ tukar mocha paste sbb coffee paste abis)

Larutan agar-agar cair [panaskan sehingga mendidih]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan
coklat rice

Cara
1. Alaskan loyang cheesecake 8 inci dengan kertas kek [kertas A4 pun ok]
2. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang. Bakar dalam suhu 180 selama 10 minit.
3. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
4. Masukkan yogurt dan kacau rata
5. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
6. Masukkan coklat rice dan kacau rata.
7. Masukkan dalam loyang. Taburkan coklat rice sebagai hiasan.
8. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
9. Keluarkan dan hidangkan.