Thursday, November 8, 2012

Bercuti ke Langkawi 2012 (Part 5)

Balik dari Gunung Mat Cincang, kami teruskan perjalanan ke Pekan Kuah untuk 'meninjau' apa yg menarik utk dibeli ngeee...since, shopping is not our purpose of vacation, so kami x memborong la segala periuk belanga, pinggan mangkuk..huii sapa nak usung..anak nak kena pegang kiri kanan. beg lagi..Pasaraya pilihan kami pun hanya pemilik yg glamer itu...Haji Ismail Group...segala mak nenek ada kat situ. MJ hanya intai2 je bhgn pinggan mangkuk uols..nak masuk kawasan tu sbnrnya, tp anak dah berderet pegang baju mcm ketapi, ikut je bontot mak dia..ishh x berani la....kang pecah brg2 tu, x pasal2 je kena byr..sia2 ok perbuatan itu...

MJ mcm x 'mampu' nak ambik gambar kat situ hahahaha mcm org bangla gi melawat mydin pulak nak ambik2 gambar dpn pasaraya khennnn..so, x de gambar ye adik2...MJ gi situ hanya borong coklat beratus-ratus....ha tu nak kata aku riak la tu..ratus2 bijik je..senang nak tabur kat org2 yg jaki kat kitorg gi melancong hahahha...x de la, gurau je.

Lps selesai borong coklat, masing2 dah bau bacin, kitorg teruskan perjalanan ke aprtment sewaan kami. Mandi2, rehat n solat maghrib+isyak..Lps tu, keluar makan sbb anak2 semua dah kebulur..Lepas makan, kami terus gerak ke Pantai Chenang.

Bila sampai situ, MJ mcm x percaya situ tempatnya..sbb sgt 'hidup'. Gerai2 brgn kraf dan cenderahati disusun kemas. Terselit gak restoran2 yg berlanskap mewah. Rasa mcm jln2 kat Bukit Bintang, KL pun ada gak, mcm Kampung Baru pun ye gak..sbb happening la tempat tu. Org ramai la jugak time tu. Kitorg beli la sikit souvenir utk kawan2 di office (yang bertungkus-lumus cover kerje kitorg hehehhe).

Ada 1 je gambar family MJ kat depan sebuah kedai cenderamata...

Tgk tu..kuar jln pakai baju tido je budak2 tu..tp x rasa gayat pun ahahahha...

Dekat pukul 11pm, kami bertolak balik ke apartment sbb semuanya dah lemau. Esok tu kena pack utk pulang ke KL..Ok ye, sekian shj persembahan kali ini yg bertajuk Bercuti ke Langkawi 2012...Byk tmpt x gi sbb MMG X CUKUP 3D2N kalau ke Langkawi (if with kids)..percayalah...dataran lang, telaga tujuh, underwater world (mas ni diorg tgh buat construction), Kampung Ayer Hangat, Galeria Perdana, MARDI (tmpt ni Mj nak gi klu ke sana lain kali...sbb dirog kata blh mkn produk MARDI free2...ko x tau produk MARDI? ish ish ish...sila gugel:D)....

Thursday, November 1, 2012

Bercuti ke Langkawi 2012 (Part 4)

Berdebar2 x nak tunggu sambungan cite percutian i ni ye ahahhahaha...gediks. I bz sikit lately dgn hal2 duniawi. So, x sempat nak mengarang kat sini. Kalau cikgu BM i jumpa blog ni..confirm dia suka baca karangan i...sbb grammer hancus, plot kesinambungan ke laut dll kehancuran la kan wakakakaka..mari sambung cerita....

Kereta Kabel, Gunung Mat Cincang

Setelah puas berpoya2 di Makam Mahsuri, kami meneruskan perjalanan ke cable car. Masa tu dah petang n org x ramai sgt. So, x de la nak q beli tiket lelama sgtkan. Kawasan tu pun dah makin cantik. Dibina kedai2 ala2 bandar koboi gitu. Ada kereta kuda utk kanak2 menunggang (di bawah pengawasan pelatih), pastu yg berpenarik utk family. Harga tiket cable car MJ x sure sbb MJ n family free sbb my DH staf SPNB. Rasanya dalam RM15 untuk dewasa (dgn Mykad ye tanpa Mykad dekat RM30 kalau x salah), kanak2 MJ x sure.

Untuk menaiki cable car, minuman/makanan mmg x dibenarkan bw masuk.Ada rak barang disediakan untuk meninggalkan semua tu. Dah naik cable car tu, dia ada 2 stage. Naik la sampai stage akhir. Kat atas tu pemandangan sangat menarik. Nampak terus Pulau Dayang Bunting (depa kata la kan, kot tu bukan, ngan MJ2 sekali kena cong). Kawasan atas sekali juga ada jual2 air/mknn..so, jgn risau kebulur ke hapa ke. Tp harga up sikit la kan sbb 'risiko' nak bw naik tu kikiki...Mmg gayat sbnrnya bila cable car tu berenti tgh2 hutan pastu terbuai2 sikit bila angin tiup..Berdebar2 gak tp control sbb bw budak kecik dlm tu..kang mak dia jerit2, anak2 lg meroyan okey:D.

Perangai manusia yg MJ rasa uncivilized bila x leh tgk batu ke, papan ke..mesti nak tulis ' I waz here', I luv u, u luv me..cukup meluat la. Zaman dah moden pun ada lagi manusia2 zaman batu ni ye. Habis semua barang public korg nak conteng, nak tarah.Geram betul...mcm nak jentik2 je tgn tu klu MJ nampak. Sib baik x nampak tau..klu tidak.........ok meh layan gambar yg x berapa byk ni.(Aku malas nak belek setiap memory kad..nnt lagi berjaman la cite ni nak abis)

Sebelum pulang, sbb masa tu dah petang sesgt...kami solat dulu di situ. Jamak je..Ingat, jalan2 gak..suruhan Tuhan jgn dilupa..:D..Kemudahan surau pada MJ sgt selesa n bersih. Keluar dari surau, hujan renyai2...maka berlari2 anak la kami menuju ke van kami.

Ok sambung nnt..nak uruskan hal2 dunia nyata ni dulu...ketemu lg..daaaaaaaaaaa